Kehamilan

Alhamdulillah Allah Makbul Doa! Tak Percaya Dapat Hadiah Paling Mahal Anniversary

Share

Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kali keempat, pelakon Shukri Yahaya telah menerima satu kejutan daripada isterinya, Tya Adnan.

Menerusi Instagram TV milik Tya, dia telah menghadiahkan sebuah kotak yang mengandungi alat ujian kehamilan di dalamnya.

Pelantun utama drama Andainya Takdir itu kelihatan terkejut kerana pada mulanya dia berharap hadiah tersebut adalah permainan video.

“Alamak! Apa 23 ni? Eh ‘pregnant’ la..Alhamdulillah,” sambil senyum.

Berita kehamilan itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka, Aaira Ameena yang sama-sama gembira dengan kedatangan ahli baru.

Terdahulu, Tya mendedahkan pernah mengalami keguguran akibat jatuh di dalam bilik air.

Doa termakbul

Sewaktu anniversary mereka beberapa hari lalu, Shukri ada memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu buat isterinya.

BACA [‘Ameena Letih Hisap Ibu Jari Kaki.’ Shukri Yahaya Bagi Hint Sempena Anniversary Ke-4]

Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua untuk memberi kawan kepada Ameena. Lagipun kalau diikutkan usia Ameena pun dah masuk 3 tahun.

“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.

Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

Sumber: ig Tya Adnan

Published by
Wan Amy