Selepas menghitung hari untuk bersalin anak kedua, Jihan Muse telah selamat melahirkan bayi keduanya di salah sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Setakat ini, isteri kepada Ungku Hariz belum lagi berkongsi secara rasmi perkembangan terkini kelahiran dan jantina cahaya matanya kepada umum tetapi beberapa rakan terdekat telah mengucapkan tahniah.
Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi insta stories, pada Selasa.
Ads
“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.
Ads
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut repost status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Ads
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.
Sebagai ibu bapa, kita sering bimbang tentang pemakanan dan kesihatan anak-anak. Namun, ada satu elemen penting yang kadang-kadang kita abaikan — iaitu pengambilan air yang mencukupi. Air kosong atau air masak adalah minuman terbaik untuk tubuh, terutama bagi kanak-kanak. Dalam dunia yang penuh dengan minuman manis yang mengandungi gula berlebihan, penting untuk kita memberikan penekanan kepada kepentingan air kosong untuk kesihatan anak-anak.
Air kosong adalah sumber hidrasi semula jadi yang tidak mengandungi kalori, gula, atau bahan tambahan yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh. Kanak-kanak memerlukan air yang mencukupi untuk membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik, dari pencernaan, sistem imun, hingga pengawalan suhu badan. Secara keseluruhan, air masak adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan dehidrasi dan memberi manfaat jangka panjang kepada kesihatan mereka.
Menyokong Proses Pencernaan: Air memainkan peranan penting dalam membantu proses pencernaan dan pengangkutan nutrien ke seluruh tubuh.
Meningkatkan Kepekatan dan Fokus: Anak-anak yang terhidrasi dengan baik cenderung lebih fokus di sekolah dan lebih bersemangat semasa bermain.
Menjaga Sistem Imun: Pengambilan air yang cukup membantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan mengurangkan risiko jangkitan.
Menstabilkan Suhu Badan: Air membantu mengekalkan suhu badan yang stabil, terutama semasa aktiviti fizikal.
Sediakan Air Sentiasa: Pastikan anak-anak ada akses mudah kepada air kosong sepanjang masa. Sediakan botol air di sekolah atau semasa mereka bermain.
Buat Menarik: Gunakan gelas berwarna-warni atau botol air dengan karakter kegemaran mereka untuk menarik minat mereka minum air.
Jadikan Rutin: Ajar anak untuk minum air pada waktu-waktu tertentu setiap hari, seperti selepas bangun tidur, sebelum makan, dan sebelum tidur.
Elakkan Minuman Manis: Kurangkan pemberian minuman manis yang mengandungi gula tinggi. Beritahu mereka tentang manfaat air kosong secara beransur-ansur.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak minum air kosong dengan mencipta persekitaran yang menggalakkan pengambilan air yang sihat. Dengan memberikan contoh yang baik dan menjadikan minum air sebagai rutin harian, ibu bapa boleh mengelakkan anak-anak terdedah kepada minuman manis yang berbahaya. Ibu bapa juga boleh memberi pemahaman kepada anak-anak tentang manfaat air kosong secara positif agar mereka lebih bermotivasi untuk terus mengamalkannya.
Kesejahteraan anak-anak bermula dengan kebiasaan yang baik. Salah satunya adalah memastikan mereka mendapat hidrasi yang mencukupi melalui pengambilan air kosong yang konsisten. Sebagai ibu bapa, kita berperanan penting dalam membimbing mereka untuk membuat pilihan yang sihat. Jadi, mari kita beri perhatian kepada keperluan hidrasi anak-anak dan elakkan minuman manis yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka. Mulakan dengan memberi contoh yang baik dan memberi mereka peluang untuk menikmati faedah air kosong.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bayi awak songsanglah” kata doktor semasa membuat ujian imbasan. Cuak hati si ibu bila mendengarnya. Terus tergambarkan perlu dibedah untuk bersalin, risau dan bimbang!
Tenang dulu mama, jangan cemas. Paling penting untuk anda perlu tahu bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
JENIS-JENIS SONGSANG
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
PROSEDUR EXTERNAL CEPHALIC VERSION ( ECV) BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG
Bagi kandungan songsang tanpa komplikasi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi tentang prosedur External Cephalic Version atau ECV yang boleh dilakukan untuk untuk memusingkan bayi sebelum bersalin.
Menurut beliau, kandungan yang mungkin mengalami keadaan nuchal cord atau atau tali pusat melilit leher tetap boleh melalui prosedur ini kerana semuanya dipantau rapi, Sekiranya tidak berjaya, ibu akan bersalin menerusi pembedahan caesarean.
Nak Bersalin Normal Cuba ECV
ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Secara ringkasnya, ia adalah prosedur memusingkan bayi secara fizikal (seperti urutan) yang dahulunya dilakukan oleh para bidan zaman dahulu kala.
Namun, kini ianya dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan lengkap dengan alatan perubatan untuk menjamin keselamatan ibu mengandung dan bayi.
Kadar kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, iaitu 50% peluang berjaya.
ECV TIDAK MENYAKITKAN
Jangan risau, kebanyakan ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengakui bahawa prosedur ECV tidak menyakitkan tetapi memberikan ketidakselesaan kepada mereka buat sementara waktu sahaja.
Yang tukang buat ECV dan pesakit dua-dua kena BERTENANG . Biasa bila saya buat ECV saya kena kunyah coklat untuk dapat ketenangan. ?
Si ibu tak boleh makan coklat, kene puasa 6 jam sebelum ECV, in case kalau ada komplikasi perlukan pembedahan caeser, ibu dah berpuasa dan ready jika ada sebarang komplikasi berlaku.
ECV BUKAN UNTUK BAYI MELINTANG, KEMBAR ATAU SONGSANG BERMASALAH
Satu lagi, ECV ni hanya untuk baby songsang SAHAJA.
Baby melintang, kembar atau baby songsang yang bermasalah lain yang difikirkan tidak selamat untuk pusing – jangan paksa doktor anda lakukan ya. TAK BOLEH ECV
BAYI SONGSANG BERGERAK SENDIRI MENGUBAH KEDUDUKAN
Baby songsang ni tak boleh bergerak pun ikut lampu bila disuluhnya lampu even lampu spotlight menghala ke perut ibu tu. JANGAN MENGARUT
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
1. Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2. Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3. Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4. Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5. Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6. Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7. Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8. Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!