Alhamdulillah, baby Merdeka! Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung mereka awal pagi 31 Ogos.
Mona Allen melahirkan bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi.
Berkongsi berita gembira itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada 2.39 pagi,” katanya.
Ads
Mona dan Pekin turut menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka sempena kelahiran anak sulung yang dinantikan selama ini.
Kebetulan pula lahir sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Ads
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatklan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Jika diikutkan due date untuk bersalinnya pada September dan tak sangka baby nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Mengenangkan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu, sesiapa pun pasti akan merasa sedih. Bayangkan anak kita dalam situasi itu pun, mesti rasa tak sanggup kan? Tapi andainya itu janji Allah, siapa kita untuk menolak takdir itu.
Sama juga dalam situasi tiga anak kecil ini berusia 5 tahun, 3 tahun dan 2 bulan kehilangan ibu dan masing-masing belum mengerti sepenuhnya ibu dah pergi menghadap ilahi.
Melalui perkongsian video di akaun Tik Tok fieza2401, dia berkongsikan kesedihan dialami oleh anak rakan baiknya selepas kehilangan ibu tercinta yang bertarung nyawa selama 10 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Setelah 10 hari di hospital
Berdasarkan video tersebut, wanita ini memaklumkan bahawa kawan baiknya telah menghembuskan nafas terakhir setelah 10 hari dirawat di hospital akibat masalah hati rosak.
Difahamkan juga, arwah dikatakan baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang kini berusia dua bulan lebih. Siapa sangka, baru sahaja habis berpantang, arwah telah dijemput pergi buat selama-lamanya.
“Kenapa ibu tidur dalam tanah”
Apa yang membuatkan hati ini sebak, anak arwah bertanya kenapa ibu tidur di dalam tanah. Memang tak dapat digambarkan perasaan anak kecil itu apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tersayang.
Doakan anak arwah kuat walaupun tanpa kasih ibu
Dalam kesempatan itu juga, Fieza meminta orang ramai mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman selain berharap agar tiga anak kecil ini tabah menerima dugaan ini.
Moga nasib anak yatim ini yang kehilangan ibu terus mendapat kasih sayang dari ayahnya dan saudara mara terdekat. Mungkin bagi anak kecil seusia anak arwah, perasaan rindu dan mencari-cari ibu akan dirasai bila waktu nak tidur. Harap semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak bersyukur bila pasangan mula berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga buat penyanyi Usop yang apabila isteri tercintanya, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung.
Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, dia sangat terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.
“Sekitar empat bulan lalu, saya pernah cakap kepada isteri jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berubah ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.
Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat-lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredaanNya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.
“Alhamdulillah usia kandungan isteri sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua berjalan lancar,” kongsi Usop.
Kredit: mStar; IG Usop Official & Tik Tok TeHa Richer
Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran, doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk:
Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.
Pendarahan Sub-Konjuktiva
Jika anda melihat dengan dekat pada bahagian putih di mata anda, anda hanya akan dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian putih mata. Ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya ini berlaku maka :
Masalah biasa yang terjadi di kalangan bayi biasanya adalah :
Konjuktivitis
Penghalangan saluran air mata tersumbat
Konjuktivitis
Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, contoh : terkena bahan kimia
Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.
Simptom-simptom dan tanda-tanda
-Keluar cecair kekuningan daripada mata
-Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur
-Tahi mata yang sudah kering di bahagian atas pipi
-Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu
-Kelopak mata membengkak
Konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol
Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:
-Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
-Diberikan suntikan antibiotik melalui saluran vena.
-Ibu bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.
Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia
Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5 hingga 12 hari selepas kelahiran.
Rawatan yang diberikan biasanya adalah :
Tip-tip untuk diingat :
-Oral antibiotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
-Antibiotik titisan mata dan membersihkan mata.
-Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
-Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
-Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ia boleh berjangkit.
-Jangan gunakan titisan mata yang lama kecuali dengan arahan doktor.
Pencegahan
Titisan mata pencegahan, silver nitrate 1% telah tidak digunakan di Malaysia sejak beberapa tahun kerana pengurangan kes konjuktivitis gonoccocal dan terdapatnya antibiotik yang lain.
Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang.
Bermakna saluran yang biasanya menyalurkan air mata dari mata ke hidung tersumbat/tersekat. Bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan untuk merembeskan air mata jika termasuk debu atau bahan kimia tetapi biasanya tidak boleh merembeskan air mata kerana emosi hinggalah sehingga berumur antara 2 hingga 3 tahun. Ini menerangkan kenapa tercetusnya simptom pada umur yang agak lewat sungguhpun ianya bermula dari lahir.
Perkara ini berlaku kepada 2 hingga 6 peratus kelahiran baru. Kedua-dua belah mungkin tersumbat. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun.
Air mata yang kerap mengalir juga boleh menjadi tanda kepada ‘glaucoma’ kongenital (sejak lahir) dan ini akan mengakibatkan sensitif kepada cahaya dan pembesaran kepada mata yang terlibat.
Tanda-tanda dan simptom
Air mata keluar berterusan yang mana biasanya dalam beberapa minggu selepas lahir.
Keluar air mata dibahagian lebih bawah kelopak mata dan pipi.
Bahagian putih mata pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan atau pink sehingga jangkitan bermula.
Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran.
Jika jangkitan tidak dirawat, jarangkali ia akan merebak sehingga ke sekeliling bahagian mata atau pipi.
Rawatan
Rawatan diperlukan segera jika:
Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak
Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.
Berjumpa doktor sekiranya:
Terdapat tanda dan simptom (konjutiva), seperti keluar cecair kekuningan
Jika air mata berterusan keluar selepas berumur setahun, dapatkan rawatan daripada ophthalmologist (Pakar Mata).
Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar seperti di glaucoma kongenital.
Kredit: Myhealth
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!