Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor88, Ayie dan isterinya, Tasha Awie yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada petang semalam.
Menerusi Instagramnya, Ayie berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya di IG.
Bayi perempuan seberat 3.18kg yang begitu dinantikan sekian lama itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Setapak, Kuala Lumpur.
Kongsi Ayie lagi, dia amat bersyukur kerana dipermudahkan Allah SWT ketika kelahiran puteri sulungnya itu.
“Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah swt. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas kelahiran puteri sulung kami.
“Semoga kau berikan kesembuhan yang cepat kepada isteri ku,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu Ayie turut juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya dan isteri hingga selamat melahirkan.
“Terima kasih family, rakan-rakan dan semua yang mendoakannya. MasyaAllah,” kongsinya lagi yang begitu terharu dengan kelahiran itu.
Melalui entri yang sama juga Ayie turut memuat naik gambar puteri kesayangannya walaupun tidak menunjukkan wajah dengan jelas.
Malah Ayie juga turut berkongsi panggilan nama Baby NNA yang bakal diberikan nama nanti.
“Baby NNA | 22.7.22 | 3.18kg ❤️,” kongsinya.
Meninjau di Insta Story keduanya, sekeping gambar Ayie yang mengendong kemas puteri sulungnya itu menarik perhatian ramai.
Malah Ayie juga tidak kekok menukarkan lampin dan membedung bayinya biarpun tidak punya pengalaman.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Ayie di IG turut sama menitipkan ucapan tahniah di atas kelahiran si comel mereka.
Menarik: Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!