Ibu dan bapa mana yang tidak bimbang bila mana anaknya merasai kesakitan. Lebih-lebih lagi pada bahagian mata yang cukup berbahaya.

Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim atau mesra disapa Mieja berdepan detik cemas bila mana anak keduanya, Sara Erina cedera di bahagian mata.

“Alhamdulillah ‘Corneal Abrasion’ Sara Makin Pulih,” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku!

Menerusi Instagramnya, isteri kepada pelakon filem Paskal itu memaklumkan pendarahan pada mata anaknya itu disebabkan terkena cover buku.

Lebih parah lagi, kecederaan itu menyebabkan Sara mengalami koyak di bahagian hujung matanya.

“Alhamdulillah ‘Corneal Abrasion’ Sara Makin Pulih,” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku!

“Isnin haritu, in a split second je jadi. Terkena cover buku. Maka, menangislah jugak maknya terkejut darahnya keluar dari dalam mata.

“Jumpa doktor, hujung mata adik koyak & ada corneal abrasion,” begitu kongsinya di Instagram.

Ads

Ibu mana yang tidak rasa tersentuh melihat pendarahan sebegitu sekali pada anaknya. Namun ibu kepada dua orang cahaya mata itu mendoakan agar anaknya tidak perlu menerima jahitan dan lekas sembuh.

Luahnya lagi, dia bimbang jika berlaku perkara-perkara tidak diingini sebegini berlaku lagi kepada anak-anaknya.

“Alhamdulillah ‘Corneal Abrasion’ Sara Makin Pulih,” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku!

“Esok appointment lagi sekali dengan doktor untuk check keseluruhan. Hopefully takda benda yang perlu dijahit & tak perlu kita berkampung di hospital.

“Sekarang pun banyak kerja tertangguh. Maaf sangat. Rasa macam tak nak tengok phone, tak nak buat kerja & nak tengok adik Sara 24 jam sebab takut benda sama jadi lagi,” luahnya.

“Alhamdulillah ‘Corneal Abrasion’ Sara Makin Pulih,” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku!

Ads

Menerusi satu entri terbarunya, Mieja memaklumkan keadaan Sara kini semakin bertambah baik selepas menerima rawatan lanjutan daripada sebuah hospital di ibu kota.

Meninjau di Instagram Hafizul Kamal, bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga turut berkongsi hal sama malah bersyukur tiada sebarang kecederaan pada retina mata anaknya.

“Alhamdulillah corneal abrasion Sara dah pulih dengan bergaya dan takde retina damage. Terima kasih atas doa kalian.

“Serious Note!! Anak-anak bawah 2 tahun.

“NO SCREEN TIME!! Ada hikmah jugak jadi injury ni, kena latih mata anak-anak untuk biasa tengok imej pada jarak jauh. Since pkp sejak Sara kecik so distance antara dinding rumah ni tak cukup jauh untuk train muscle mata tu. Kalau di biar senang dapat rabun jauh.

Ads

“Both my lil pwincess memang tak diajar rapat dengan gadget tapi terlepas pandang part jarak pandangan tu,” kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pijot (@hafizulkamal)

Terdahulu, Mieja dan Hafizul mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016 dan kini, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raisya Amanda dan Sara Erina.

Artikel berkaitan: Jangan Paksa Anak Tak Mahu Makan, Ada Tipnya, Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Baby Mudah Makan

“Alhamdulillah ‘Corneal Abrasion’ Sara Makin Pulih,” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI