Ibu mana yang tidak bimbang bila mana anak lambat bercakap bila mana usianya semakin melepasi usia dua tahun. Bagi pelakon, Mia Ahmad dia kini bersyukur bila mana anak sulungnya yang mengalami masalah speech delay atau lambat bercakap kini mula menampakkan perkembangan yang baik.
Menurut perkongsiannya di Instagramnya, kata Mia, anak sulungnya, Sayf Issa kini sudah menampakkan perkembangan yang positif malah kini sudah pun bercakap dan membuat ayat dalam komunikasinya setiap hari.
Bahkan kata Mia lagi, jika inginkan sesuatu, Isa sudah pandai meminta dan mula berkomunikasi dengan baik. Satu perkembangan yang begitu memberangsangkan.
“My first born ni memang ajar mommy dia to trust the process. At times rasa juga down tu tapi takde la sampai nak give up.
“Alhamdulillah he can communicate now, belum fluently bercakap tapi dah pandai minta kalau nak apa-apa. “
“Satu sentence yang dia boleh cakap is “I want……. Yang lain banyak one or two word. But he tried. So proud of you sayang.
Ads
“Dah compliance bila kita beri instructions. Nak kena polish dekat attention span and fine/motor gross dia je. You’re already there my love,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Mia juga turut menasihati pengikutnya yang turut sama mempunyai masalah speech delay untuk terus bersabar selain berusaha untuk memberi ransangan pada anak-anak.
“Begitulah perkembangan terbaru Issa. Banyak yang tanya selalu kan? And mostly dari parents yang belum nampak result.
Ads
“I feel you… kita tak sabar nak tengok anak delayed ni improved but again.. trust the process. Ikhtiar dengan consistently pergi therapy and jumpa paeds.
“Along the way saya pun banyak buat kesilapan dan refer dengan parents yang ada experienced yang sama. You’re not alone. Nak down boleh tapi jangan lama-lama kesian dekat anak.
“Apa pun semua takkan terjadi tanpa izin Allah S.W.T. Remember, kita berjaya, anak berjaya. Bukan semuanya atas usaha kita semata tapi atas keizinan dari Nya.
“Kena letakkan betul-betul keyakinan pada Allah S.W.T. Banyakkan beri manfaat pada makhluk sekeliling dan doa. Parents, we can do this,” katanya lagi.
Terdahulu, Mia mendedahkan perihal anak sulungnya yang mempunyai masalah lambat bercakap biarpun usianya kini sudah pun melebihi usia tiga tahun lebih.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Mufti Wilayah Persekutuan pesan penting bagi ibu ayah pilih nama yang ada makna baik untuk anak yang bakal lahir sebab ada perkaitan dengan keperibadiannya nanti. Jangan terlalu terpengaruh memilih nama yang moden dan terkini tanpa mengambil kira maksudnya.
Jom baca penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak namakan anak lelaki saya dengan nama Dayyan Eijaz. Ada maksud yang tidak baik tak pada nama itu? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Soal pemberian nama anak adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh syarak. Ini kerana, penamaan nama yang baik merupakan di antara faktor dalam membentuk peribadi yang soleh pada diri seseorang itu. Berikut merupakan beberapa nas nabawi yang menunjukkan kepada hal tersebut:
Daripada Abu al-Darda’ R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948)
Hadis ini dinilai sanadnya oleh Imam al-Nawawi sebagai jayyid manakala Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub mengatakan bahawa hadis ini sebagai hasan. Maka jelas daripada teks hadis di atas menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu memperelokkan pemberian nama anak-anak serta kaum kerabatnya.
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wahb al-Jusyamiy bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berikanlah nama dengan nama para anbiya’. Dan nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Riwayat Abu Daud (4950)
Berdasarkan hadis di atas, Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub menyebutkan bahawa Bani Israil dahulu banyak menamakan anak-anak mereka dengan nama Emanuelle, dan maknanya adalah “Tuhan kami bersama dengan kami”. Oleh yang demikian itu, nama yang paling Allah S.W.T sukai adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Dari sudut seorang kanak-kanak itu, apabila dia dapat berfikir dan berakal kelak akan mengetahui bahawa dia adalah hamba kepada Allah dan Allah adalah sayyidnya dan juga maula (penolong) kepadanya. Rujuk Tuhfah al-Maudud (Hlm. 389).
Perkaitan Di Antara Nama Dan Keperibadian
Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut. Di antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub Rahimahullah dengan katanya: Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama.
Demikianlah nama-nama yang baik akan mendorong kepada akhlak dan perbuatan yang baik. Dan tidaklah Rasulullah S.A.W itu dinamakan dengan Muhammad dan Muhammad melainkan kerana banyaknya ciri-ciri dan sifat terpuji pada diri baginda S.A.W. Dan sesungguhnya pemilik nama yang baik kadangkala malu dengan namanya, dan kadangkala disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang bercanggahan dengannya. Lihat Tuhfat al-Maudud Bi Ahkam al-Maulud (Hlm. 250).
Maksud Nama Dayyan Eijaz
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami nyatakan penjelasan berkenaan nama Dayyan Eijaz. Perkataan Dayyan دَيَّانُ mempunyai beberapa maksud seperti berikut:
Di antara nama-nama Allah S.W.T yang baik. Yang membawa erti yang menjatuhkan hukuman (Al-Hakim) dan yang melaksanakan hukuman (Al-Qadhi). Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Akan dibangkitkan umat manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, tidak berkhatan, serta tidak memiliki sesuatu pun. Kemudian Allah S.W.T menyeru mereka: Aku adalah al-Malik dan Akulah al-Dayyan. Riwayat Ahmad (15612)
Ia juga membawa maksud yang memberikan ganjaran kebaikan terhadap perbuatan baik dan memberikan balasan keburukan terhadap perbuatan jahat.
Ia juga membawa erti al-Qahhar iaitu yang Maha Perkasa.
Saidina Ali bin Abi Thalib R.A juga pernah disifatkan sebagai Dayyan oleh sebahagian salaf dengan kata mereka: Adalah Dayyan bagi umat ini selepas Nabi mereka adalah Ali bin Abi Thalib. Iaitu qadhi dan hakim bagi umat ini.
Manakala perkataan Eijaz إيجاز pula membawa maksud berikut:
Ringkasan, iaitu tidak memanjang-manjang.
Lafaz yang sedikit tetapi mengandungi maksud yang banyak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa penamaan anak dengan nama Dayyan Eijaz adalah dibolehkan. Ini kerana, nama tersebut tidak membawa maksud yang buruk, dan tidak juga dilarang oleh syarak selain ia turut membawa kepada maksud yang baik. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas lagi terang kepada kita dalam beragama. Ameen.
Membesarkan anak-anak pada zaman sekarang bukan satu tugas yang mudah. Pendedahan kepada teknologi dari awal usia membuatkan mereka kurang berekplorasi dengan alam selain emosi dikawal oleh gajet.
Selain itu, aras akademik yang semakin tinggi juga sedikit sebanyak membuatkan anak-anak kita pada masa kini turut tertekan.
Perkongsian daripada Wawa Shauqi tentang kenapa kanak-kanak zaman sekarang lebih mudah stress daripada anak zaman dulu menerangkan apakah sebab utama mereka ini mudah tertekan.
Menurut Wawa ada 3 sebab utama yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa hari ini. Menurut wanita ini juga, sesekali ibu ayah perlu cuba selami hati dan perasaan anak-anak untuk ambil tahu apakah cara didikan kita itu adil buat mereka.
Kenapa kanak-kanak sekarang lagi senang stress dari anak zaman dulu?
Saya TERJAGA,
TERSENTAK,
TERBUKA MATA
bila dengar satu patah ayat dari Puan Ummu Aminah dalam live semalam.
Katanya, “Kanak-kanak sekarang sangat fragile. Kalau dulu, anak-anak masih boleh ‘jadi orang’ bila dirotan. Tapi sekarang dah tak boleh. Sebab anak-anak sekarang fragile macam kaca.”
3 Sebab Utama Yang Perlu Kita Kenal Pasti
Kenapa anak zaman sekarang lebih ‘fragile’?
Sebab 1️Eksplorasi terhad.
Zaman dulu, anak-anak belajar membina ketahanan diri dari aktiviti bebas di luar rumah. Bebas panjat pokok, terjun sungai, lompat atas lopak dan main atas batas sawah.
Tapi zaman sekarang, ramai kanak-kanak duduk di bandar. Rumahnya jarangkan bertanah. Kalau bertanah pun sekangkang kera. Atau tak ada sungai dan pokok untuk diteroka.
Kebebasan eksplorasi juga terpaksa dikawal disebabkan jenayah yang berleluasa. Aduhai. Saya sendiri pun, macam ni.
Jadi, janganlah pekik kami kalau nampak saya dok bagi semangat kat anak yang sedang panjat pokok atau join anak mandi hujan.
Peluang eksplorasi anak saya ni dah tak banyak. Sebab itu saya tak larang anak saya buat benda yang dia sudi nak mencuba. Walaupun nampak bahaya. Insya Allah, saya pantau sebaiknya.
Saya percaya, BANYAK MELARANG bukan sahaja menyekat kemahuan anak nak meneroka. Malah, membantutkan daya tahan fizikal serta emosi anak.
solusi: tengok gambar
Sebab 2️Emosi dikawal gajet
Bila anak ada cetusan emosi, mereka sepatutnya belajar untuk melepaskan dan menyalurkan dengan cara yang betul.
Biasa tak bagi anak henfon bila mereka menangis?
Alah.. trik ni saya pun pernah buat. Terutama kalau kat tempat yang mereka tak boleh bising. Sebenarnya, tak sihat tau. Tapi, kalau sekali sekala buat menyelamatkan keadaan dan sebagai solusi terakhir, ampunkanlah diri sendiri.
Yang bahaya bila kita beri kepada anak HAMPIR SETIAP KALI mereka menangis.
Rupanya, bila kita buat macam ni, kita akan didik mereka bahawa henfon adalah tempat untuk mereka bergantung, setiap kali mengalami emosi yang tak best. Walaupun bila dah besar.
Bila sedih, kecewa, marah, henfonlah solusi. Jadi mereka tak belajar bagaimana cara yang betul untuk mengendali emosi. Dan tak tau bahawa, komunikasi adalah salah satu bentuk yang sihat untuk salurkan emosi.
Nak-nak pula, internet di henfon ni, ‘membawa’ anak kita ke mana sahaja tanpa sempadan. Mudah sangat untuk anak dapat pengaruh negatif dalam fon tu. Dari TikTok, Bigo semua tu, tiba-tiba, anak kita dah bertukar jadi seorang yang tak pernah kita didik. Nauzubillah…
Ini belum lagi menyentuh bab persaingan. Bersaing siapa pakai fon paling canggih, siapa yang nampak lagi cool, lifestyle siapa paling menarik, semua ini ibarat persaingan anak zaman kini di media sosial.
Sebab 3️Aras akademik semakin tinggi?
Sekolah sepatutnya medan untuk anak berjuang dalam akademik.
Walaubagaimanapun, sistemnya menyediakan satu acuan yang perlu di’fit’ oleh semua kanak-kanak. Disebabkan terlalu nak fit kanak-kanak dalam satu sistem tu, kita mak pak ni dah tak ambil kira sama ada anak tu : – cukup asas atau tak – dah bersedia atau tak – types of learning anak tak sesuai dengan cara pembelajaran di sekolah – mengenepikan fitrah mereka untuk bermain – mengenepikan keperluan emosi mereka – ketinggalan perkembangan lain seperti perkembangan emosi, fizikal, spiritual, komunikasi, urus diri dll – dihalang untuk tonjolkan bakat dan potensi lain
Usaha untuk anak jadi pandai adalah usaha yang sangat baik. Anak-anak kita memang perlu kita latih untuk mampu beradaptasi dengan sistem sekolah.
Tapi, jangan kerana terlalu fokus nak anak capai akademik, kita terlupa untuk bangunkan perkembangan anak yang lain. Especially perkembangan emosi.
Kita lupa yang perkembangan emosi yang sihat inilah yang menentukan anak tu ada kemampuan yang besar untuk cope stress atau tidak. Dan bila dah besar, mampu beradaptasi dengan orang lain, mampu tahap tekanan, dan tak cepat melatah bila diuji.
Niat yang baik tak menjamin usaha yang betul.
Usaha yang baik tak menjamin tindakan yang bijak.
Sesekali, kita pandanglah mata anak-anak. Selami hati mereka. Duduk di tempat mereka dan cuba dalami perasaan mereka. Adakah selama ini mereka melihat kita sebagai seorang yang adil dalam mendidik.
Sumpah, saya kalau buat gitu, selalu keluar segala rasa kesal. Nasib baiklah kita sentisa ada peluang untuk belajar dan betulkan silap kita. Tau apa yang paling saya struggle dalam dunia parenting ni?
BALANCE.
Ada beberapa pakar mengibaratkan parenting ni ibarat main layang-layang; perlu pandai bila nak lepaskan atau tarik tali layang-layang yang sedang di udara.
Macam mana letihnya nak balancekan layang-layang tu, macam tulah nak balancekan dunia parenting.
Ada hari yang saya keletihan mental, emosi dan fizikal untuk ‘play balance’, saya hanya biarkan anak-anak buat ikut sukati mak bapak diorang.
Tapi ada hari yang saya dapat kekuatan, saya perlu mainkan semula ‘balance’ ni. Ia sangat susah. Tapi inilah perjuangan kita, kan! Kepada ibu bapa yang baca tulisan ini,
forget your past mistakes and let’s start over. Relearn and redo.
Kalau Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hambanya yang bersalah, kenapa kita perlu tutup ruang kita untuk mencuba semula. Ini perjuangan kita.
Semoga kita mampu melahirkan anak-anak yang resilient & strong from inside. Yet loving & caring with others.
Hanya sebiji rambutan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menemui ajal akibat tercekik ketika makan buah tersebut.
Dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau, Baling, Kedah, usaha untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya walaupun pertolongan awal dah diberikan oleh bapa mangsa.
Berlari sambil menjerit dan memegang leher
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.
Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.
“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.
Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.
“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Dunia dikejutkan berita duka apabila seramai 179 orang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan,...