Sejak kepulangan Ainul Mardhiah di tanah air Ahad lalu, bapanya Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terbaru anaknya yang berusia 11 bulan itu. Ternyata perubahan positif itu telah mengembirakan semua pihak terutama buat kedua ibu bapanya.
Menerusi laman Instagram, Ainul yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser di mulutnya itu kelihatan semakin sihat dan berisi.
“Sedapnya. Rasa manis-manis kat jari. Tapi air liur tu jangan lah sapu satu muka. Apa Ainul ingat air liur tu boleh skrub muka ke?,” katanya dalam nada mengusik.
Ads
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen dimana rata-rata bersyukur melihat keadaan terkini Ainul yang semakin membesar dengan sihat.
Senang Hati Tengok Ainul
Ads
Makin berisi, makin comel
Nikmat Allah untuk Ainul
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa tidak boleh memandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.
Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi. Mari kita ikuti cara-cara mudah memandikan bayi.
Paling penting mama dan papa perlu yakin dan melakukannya dengan betul dan selamat. Dengan izin Allah, urusan memandikan bayi menjadi mudah dan lancar.
Sebelum memandikan bayi, mama dan papa perlu memastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Cuba celupkan siku untuk tujuan ini. Buka pakaian bayi dan pastikan bahagian sulit bayi dicuci terlebih dahulu menggunakan tisu lembap sebelum dimandikan.
Langkah 1
Setelah dipastikan air mandian suam, cuci terlebih dahulu bahagian intim & punggung bayi hingga bersih.
Telangkupkan badan bayi dengan tangan kanan memegang bahagian tengah punggung. Manakala tangan kiri pula memegang erat bahagian dada dan bawah lengan bayi.
Posisi ini bagus diaplikasikan ketika memandikan bayi baru lahir kerana dapat mengelakkannya daripada terkejut.
Bagi memandikan bayi, pastikan anda memasukkan bahagian kakinya terlebih dahulu. Kemudian, cuci bahagian berkenaan dengan sempurna.
Langkah 3
Tangan bahagian kiri masih lagi berada dada dan bawah lengan bayi. Perlahan-lahan turunkan kedudukan bayi untuk menyiram bahagian belakang badannya dan bersihkannya dengan sempurna.
Penggunaan sabun di semua bahagian tubuh dibolehkan untuk bayi baru lahir kecuali muka. Dalam pada itu, pastikan anda hanya menggunakan sabun yang bersesuaian dengan bayi.
Langkah 4
Selepas itu, pusingkan kedudukan bayi. Tangan kiri berada di bawah tengkuk bayi. Cuci bersih badan, bawah lengannya, leher, punggung, dan pelipat betisnya.
Langkah 5
Selanjutnya, cuci kepala dan mukanya menggunakan air mandian yang disediakan dalam bekas berasingan. Kalau boleh, kepit telinga bayi untuk mengelakkan air memasuki telinga. Biasanya air itu disediakan di dalam gayung. Pengakhirannya cuci sekali lagi bahagian belakang bayi.
Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan. Lap kering terutama sekali pada bahagian pelipatan untuk mengelakkan terjadinya ruam.
Teruskan langkah seterusnya untuk mencuci bahagian pusat, menuam, memakaikan lampin, barut dan pakaian bayi. Lakukan dengan pantas kerana bimbang bayi kesejukan. Pastikan suasana bilik tidak terlalu sejuk semasa langkah-langkah ini dilakukan. Kemudian susukan bayi selepas dimandikan.
JANGAN TAMBAH KAHAK ANAK. KITA PERLU UBAH. Usah rumitkan, burukkan lagi keadaan kesihatan anak kita sekarang dengan pemberian susu kotak, roti, kek, aiskrim, biskut, ice blended, boba tea pekat likat super manisnya.
Kupasan Puan Ainini Zainal ini sangat bagus kerana ia memberi panduan bagaimana ibu bapa harus ubah kepada pemakanan sihat.
Ini baru sikit yang disebut. Banyak lagi list makanan dan minuman tinggi gula anak-anak kita, kan?
Ibu ayah jangan rasa teruk. Saya dulu pun pernah melalui fasa bagi je semua kat anak, SEBAB KITA INGATKAN OK JE.
Berapa banyak gula kita ‘beri’ pada anak setiap hari?
Anak ada kerap batuk, selesema, demam, gatal-gatal? Atau kurang daya tumpuan sama ada di luar atau dalam pembelajaran, selalu cranky, kadangkala anxiety dan terlalu aktif tanpa diketahui punca?
Atau Ekzemanya semakin teruk, Asma pula tak reda-reda?
Ia mungkin berpunca daripada berlebihannya kadar kandungan gula yang mereka ambil setiap hari. Ya, saya tahu mungkin ramai yang akan ‘in denial’, tapi ibu ayah, kadangkala kebenaran itu memang pahit.
Ini bukan rekaan. Based on research, gula adalah antaran CULPRIT, penyebab keradangan dan penyumbang peningkatan mukus/hingus/kahak.
Mukus itu penting untuk respiratory system kita, untuk lindungi paru-paru tetapi TIDAK JIKA IA JADI BERLEBIHAN.
Jika kita biasa mulakan sarapan keluarga dan bekal anak dengan air manis, selepas ini, apa kata biasakan dengan air kosong saja?
Or at least, bagi anak buah jika benar dia mahu yang manis. Whole fruit. Jika kita tahu berapa banyak gula yang ada dalam air kotak kegemaran anak, susu kultur wajib dalam sarapan anak atau jus dalam botol komersial yang kita sangka tiada bersudu-sudu gula dan semulajadi, mungkin kita tak akan percaya, itulah yang kita berikan pada mereka.
Realitinya, kandungan gula dalam minuman serta makanan harian anak-anak yang kebanyakannya komersial, AMATLAH TINGGI.
Gula bersudu-sudu memang kita tidak suap ke mulut mereka, tapi semua itu dibancuh di dalam minuman dan makanan kegemaran mereka, mommies.
Badan yang sihat datangnya daripada usus yang sihat. Sistem imun badan lemah juga berkaitan dengan USUS. Usus yang sihat adalah usus yang BEBAS DARIPADA KEBOCORAN USUS (LEAKY GUT).
Jika usus bocor, ia umpama kita makan sejuta jenis makanan berkhasiat, khasiatnya tidak diserap ke badan kerana usus kita bocor (khasiat keluar melalui bahagian bocor itu.)
Kerana itulah, makan sihat pun tiada kesan. Itu yang makan sihat, bayangkan yang makan segala jenis makanan yang memudaratkan.
Leaky gut salah satunya datang daripada PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT DAN PENGAMBILAN MAKANAN PENYEBAB KERADANGAN.
Apakah makanan punca leaky gut PALING POPULAR?
GLUTEN.
Gluten datangnya daripada TEPUNG GANDUM. Gluten jika tidak dapat dihadam sempurna oleh usus, berlaku keradangan. Penyebab masalah seterusnya yang berlarutan hingga memberi kesan terhadap kesihatan. Sedikit demi sedikit.
Slowly BUT SURELY.
GULA.
Satu lagi CULPRIT. Ramai tak sangka gula adalah makanan penyebab keradangan dan menyebabkan sistem imun badan merudum.
Kerap sakit.
Selesema.
Berkahak.
Baru sembuh, minggu depan sakit lagi.
Ramai tak tahu, GULA mempengaruhi daya fokus dan fungsi otak.
Makanan bergluten/bergandum dan bergula paling popular yang diberikan kepada anak-anak kita adalah
ROTI.
KEK.
BISKUT.
DONAT.
SUSU KOTAK BERPERISA, MINUMAN DALAM BOTOL/TIN BERWARNA WARNI. TINGGI GULA.
JAJAN (JUNKFOOD).
FASTFOOD.
Roti, kek, biskut, makanan segera sebenarnya sudah boleh masuk kategori junkfood kerana kandungan bahan yang digunakan majoritinya menyamai bahan yang digunakan industri makanan untuk junkfood.
Digabungkan pula dengan makanan minuman tinggi GULA. Ramai akan cakap, OH, PATUTLAH ANAK SAYA SELALU BERKAHAK. PATUT SELALU SAKIT. PATUTLAH BARU SIHAT, DAH SAKIT BALIK.
Akhirnya, kita dapat kaitan, kan? 😭
Sihat dan sakit itu, ya URUSAN ALLAH. Tapi Allah juga memberi pesanan kepada kita di dalam Al Quran betapa perlu mencari yang BUKAN SAJA HALAL, TETAPI TOYYIB (SIHAT, TIDAK MEMUDARATKAN).
Mahu lihat LOGO HALAL SAJA, restoran makanan segera pun bersusun logo halal, rak jajan, minuman tinggi gula, pewarna di pasaraya MAJORITI ADA LOGO HALAL.
Logo halal BUKAN penentu segalanya. Baca label makanan sebelum beli.
Label= bukan tulisan yang besar pada pek sahaja, yang kecil itu lebih utama.
P/S: Memang ada alternatif GLUTENFREE DAN BEBAS GULA PUTIH, tapi tak bermaksud ia okay untuk diambil selalu. Ramai anak diberi pula kek, roti, biskut yang bebas gluten ini pada anak-anak setiap hari, setiap minggu atas alasan ia bebas gandum atau guna gula organik.
Sedangkan semua ini bukan makanan ruji. Mengapa jadikan ia keperluan? Pilih real food.
Tahniah diucapkan buat anggota kumpulan K-Clique, Fareed yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada 8 Ogos lalu.
Kongsi Fareed, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86kg secara pembedahan.
Berkongsi rasa gembira, Fareed meluahkan rasa syukur malah turut memberitahu isteri dan anaknya kini dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah isteri dan bayi saya berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya sekarang sedang berehat dan dalam tempoh pemulihan untuk sembuh. Maklumlah bersalin secara pembedahan.
“Bayi kami seberat 2.86kg, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna,” katanya berkongsi.
Isteri Fareed yang juga kakak kepada MK, Siti Hawa kini sedang berpantang di Sabah.
Berkongsi rasa terujanya, akui Fareed ianya satu pengalaman yang baru buatnya dan isteri.
“Saya begitu gembira kerana ia merupakan satu perjalanan baru buat saya dan isteri. Saya juga sangat teruja menjadi seorang bapa,” kongsinya lagi.