Sejak kepulangan Ainul Mardhiah di tanah air Ahad lalu, bapanya Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terbaru anaknya yang berusia 11 bulan itu. Ternyata perubahan positif itu telah mengembirakan semua pihak terutama buat kedua ibu bapanya.
Menerusi laman Instagram, Ainul yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser di mulutnya itu kelihatan semakin sihat dan berisi.
“Budak yang tak tidur dari pukul 12 tengah malam sampai 5 pagi. Kesian mama dia kena buli.
“Sekarang ni baru nak tidur nyenyak. Walid sampai, walid pulak buli dia tak kasi dia tidur. Padan muka,” tulis bapanya.
Menerusi posting berbeza, Ahmad Safiuddin turut memuat naik gambar Ainul yang sedang menghisap ibu jari tangan sehingga mengundang perhatian ramai.
“Sedapnya. Rasa manis-manis kat jari. Tapi air liur tu jangan lah sapu satu muka. Apa Ainul ingat air liur tu boleh skrub muka ke?,” katanya dalam nada mengusik.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen dimana rata-rata bersyukur melihat keadaan terkini Ainul yang semakin membesar dengan sihat.
Senang Hati Tengok Ainul
Makin berisi, makin comel
Sumber: ig Ahmad Safiuddin