Bila isteri hamil, para suami tentunya teruja. Nabil teruja isteri hamil anak ketiga. Netizen pula mengharapkan untuk melihat selebriti kesayangan mereka mendapat cahaya mata lelaki pula.
Selebriti Nabil Ahmad memuat naik foto keluarganya bersama sekeping gambar cetakan imbasan sonografi dengan kapsyen;
View this post on InstagramAlhamdulillah Dah lekat ???????
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Isterinya juga, Zira Ayub juga memuat naik gambar yang lebih kurang sama dengan kapsyen seperti berikut;
Nabil sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 6 tahun dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan para peminat. Masing-masing teruja dengan berita gembira ini. Malah ada peminat yang berharap kali ini Nabil mendapat anak lelaki.
Sumber: Instagram Nabilzira & Zira Ayub
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadiah Anniversary Ke-3. Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan Selepas 2 Kali Keguguran
Diam-diam ada isi. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon, Sari Yanti mengumumkan dia kini sedang hamil 6 bulan. Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
My 6th pregnancy
Menerusi perkongsian Sari Yanti dia meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan rumah tangganya yang sudah pun memasuki tahun ketiga. Pada masa yang sama, dia turut memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Di akhir kapsyennya, Sari Yanti turut memberitahu bahawa dia sedang hamil 6 bulan. Tambahnya, zuriat kali ini merupakan cahaya matanya yang keenam selepas keguguran sebanyak dua kali.
View this post on InstagramCinta Hati ❤️ – Barr tangkapkan gambar 🥰
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan meluahkan perasaan tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru pasangan itu.
Sebelum ini perkahwinannya dengan Jep telah dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara yang akan memasuki usia 2 tahun bulan April nanti. Selain Dariya Sari Yanti dah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.
Alhamdulillah! Tahniah
Sumber: Sari Yanti & OB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kontraksi Berlaku Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Boleh Menyebabkan Fetal Distress! 7 Tanda Fetal Distress Wajib Anda Tahu
Fetal distress istilah ini mungkin terasa baru bagi anda yang hamil buat kali pertama. Sebenarnya ia merupakan masalah kelahiran yang serius dan perlu diberi perhatian.
Fetal distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan seterusnya menyebabkan dia lemas kerana kurang mendapat bekalan oksigen ketika anda sedang sakit bersalin sehingga boleh mengancam nyawa bayi. Untuk menyelamatkan bayi tersebut, pembedahan ceasarean harus dilakukan segera.
Selain bekalan oksigen yang tidak mencukupi, fetal distress juga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya saiz janin kecil daripada purata, kontraksi berlaku terlalu cepat atau terlebih hari (overdue). Jika kehamilan bermasalah, ia mungkin akan menjejaskan kelahiran bayi tersebut. Kemungkinan besar janin lebih mudah mengalami fetal distress sekiranya anda mempunyai diabetes atau pra- eklampsia; darah tinggi, hamil kembar atau lebih dan berusia 35 tahun ke atas.
Tanda fetal distress
- Pergerakan bayi kurang
Sekiranya ini berlaku, ia harus dipantau oleh doktor. Ada kalanya bayi tidur di dalam rahim, sehingga menyebabkan kurang pergerakan. Tetapi, jika pergerakannya berbeza daripada biasa, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan dia tidak berada dalam situasi yang bahaya.
Pergerakan bayi biasanya mantap sekitar 28 minggu. Jika anda berasa pergerakan bayi telah berhenti atau menurun, maklumkan doktor supaya pemeriksaan boleh dilakukan dan dapat memastikan bayi sihat dan selamat. Doktor perlu melakukan ujian bukan tekanan (NST), di mana dua buah alat pengikat pinggang diletakkan pada perut anda untuk mengukur kadar jantung bayi dan kontraksi.
- Pendarahan ketika hamil
Keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi kerana pendarahan ketika hamil menyebabkan kerosakan uri seperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.
- Toxemia
Rangkaian penyakit yang terdiri daripada tekanan darah tinggi, kencing yang mengandungi protein dan bengkak kaki/edema turut menjadi penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi.
- Lilitan tali pusat
Tali pusat terlilit pada sekeliling leher bayi khususnya lilitan yang banyak boleh menyebabkan bayi lemas ketika bersalin. Keadaan ini dapat dikesan dengan ultrasound scanning.
- Cephalo pelvic disproportion (CPD)
Keadaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas ialah rongga punggung anda yang sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Biasanya ukuran tinggi anda rendah iaitu kurang daripada lima kaki.
- Punggung leper
Kadangkala bentuk rongga punggung si ibu yang tidak bulat tetapi leper juga menyebabkan bayi lemas. Adakala kepala bayi memasuki rongga punggung dalam keadaan senget dan ini menyebabkan proses bersalin memakan tempoh yang panjang dan akhirnya bayi lemas.
- Pintu rahim tidak terbuka
Pintu rahim yang tidak mahu terbuka ketika bersalin dan berterusan juga penyebab bayi lemas.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan, Tapi Awas Ibu Hamil! Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan. Macam-macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal. Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil. Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi apa yang diinginkan isteri yang sedang mengandung.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan memenuhi segala permintaan bakal ibu, ada juga makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi akaun Facebook miliknya, menurut doktor tersebut wanita hamil perlu mengelak organ dalaman haiwan terutamanya dalam pemakanan. Hati ayam atau lembu salah satu makanan yang kaya dengan dos Vitamin A yang perlu dielakkan makan ketika kehamilan.
Berikut apa yang dikongsikan oleh beliau:
WANITA HAMIL PERLU MENGELAKKAN MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMA HATI DALAM PEMAKANAN
Bagi wanita hamil, saya mencadangkan bagi mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan. Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahim.
Tidak Perlu Ambil Makanan Kaya Vitamin A Setiap Hari
Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid. Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh. Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari. Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil jumlah vitamin A yang disyorkan setiap hari. Ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu. Ini kerana vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
Pengambilan Vitamin A yang banyak boleh sebabkan kecacatan pada bayi
Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah, tenusu, ikan, dan telur, juga sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A, maka wanita yang hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A. Pengambilan vitamin A yang banyak dari sumber produk haiwan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
Namun harus difahami, vitamin A yang berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh. Pengambilan vitamin A sebanyak 10,000 IU adalah pengambilan vitamin A yang maksima dibenarkan.
Oleh itu saya menasihatkan ibu yang hamil agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan, apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan. Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
Wallahua ‘lam.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI