“Alhamdulillah Di Beri Peluang Untuk Sambut Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya” Isteri Fizo Selamat Bersalin

Share

Pelakon, Fizo Omar memanjat kesyukuran kepada Illahi setelah isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan bayi kedua pada petang Jumaat.

Berita gembira tersebut dikongsi olehnya menerusi laman Instagram. Tambahnya lagi, bayi yang lahir seberat 3.07kg itu dilahirkan sihat secara normal.

“Syukur Alhamdulillah, Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.57ptg tadi di @andorrahospitalofficial”

“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.”

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat proses bersalin dan di beri peluang menyambut sendiri anak perempuanya itu.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata”

“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.”

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah buat pasangan ini diatas kelahiran cahaya mata baru.

Walau bagaimanapun Fizo belum mendedahkan nama serta wajah bayinya itu.

Kredit: Fizo Omar

Published by
NuFa