Umum sudah sedia maklum tentang perkhabaran bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah pun bernikah dengan bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina yang kini dikenali sebagai Rihana Petra.
Perkhabaran ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya beberapa gambar serta video majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Rusia pada tahun lalu.
Bahkan, kedua pasangan ini juga dikatakan sudah menimang cahaya mata yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei yang lalu.
Semua ini dikongsikan sendiri oleh Rihana Oksana Petra menerusi laman Instagram rasminya iaitu @rihanapetra.
Rihana Petra juga sering dilihat memuatnaik gambarnya di instagram bersama anaknda dan sentiasa menceritakan keadaan anakndanya dari semasa ke semasa.
Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.
Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 – 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya.
Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur … kadang-kadang.
Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya.
Kisah Pertemuan Rihana Petra Dan Sultan Kelantan
Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.
Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya
Rata-rata netizen kagum dengannya kerana beliau tetap berusaha untuk menulis dalam bahasa Melayu. Ramai yang mendoakan kesihatan Tengku Leon agar sentiasa dalam keadaan yang baik.
Sumber: Rihana Petra