Kuatnya si kecil ini melawan sakit kanser mata yang dihidapi!Nur Haura Wasiqah anak kecil yang berjiwa besar. Anak kedua dari dua beradik ini baru berumur dua tahun, tapi dia telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Dia telah dikesan mempunyai kanser mata.
Sejak lahir, Haura telah mengalami masalah penglihatan mata di sebelah mata kirinya. Apabila dia mencecah umur dua tahun, dia disahkan mempunyai Kanser Retinoblastoma. Ikuti perkongsian, Puan Nur Wahyuni (Ayu)
“Haura anugerah terindah buat saya dan suami. Doktor dah sahkan dia buta sebelah kiri sejak lahir kerana kanta matanya separuh berbeza dengan kanta normal dan tiada retina. Setiap bulan dia perlu menjalani pemeriksaan dengan Pakar Mata dan Pakar Kanak-Kanak di Hospital Batu Pahat, Johor. Haura turut disahkan menghidap jantung berlubang. Terlalu banyak komplikasi yang dia hadapi ketika itu”.
“Bermula mac 2018, Haura mendapatkan pemeriksaan seperti biasa. Kemudian doktor kesan sesuatu dalam mata dia. Sebelum ni kalau doktor tengok cahaya dalam mata dia boleh tembus ke arah belakang, tapi kali ini doktor buat pemeriksaan dan dapati cahaya dalam mata dia dah tak boleh tembus ke arah belakang. Doktor kesan ada Crystal biji tanda awal kanser. Tapi keadaan mata haura ketika itu belum berair lagi, cuma size mata dia makin mengecil”.
“Doktor nasihatkan supaya buat Diagnostic cancer test di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selepas pemeriksaan, doktor dapati dia ada tanda Kanser Retinoblastoma tahap 2. Kanser ini biasa akan menyerang kanak-kanak bawah umur tiga tahun. Kemudian doktor, saya dan suami berbincang tentang keadaan Haura. Doktor sarankan supaya buang biji mata yang telah dijangkiti kanser, iaitu mata sebelah kirinya. Saya dan suami mengikut arahan dan saranan doktor. Raya ke-5 baru ni saya dan suami bertolak ke HKL” cerita ibu tabah ini.
Pembedahan Ditangguh Akibat Kurang Dana
“Pembedahan sepatutnya sebelum bulan puasa tahun ini (2018). Namun disebabkan kekangan dana, saya dan suami melanjutkan tempoh pembedahan. Pembedahan ini untuk gantikan mata di sebelah kiri dengan mata palsu”.
Pengorbanan Ulang Alik Ke Hospital
Ads
“Kami berulang alik ke hospital sejak dia lahir kerana masalah mata dia sejak lahir. Kami ke HKL dua kali untuk pembedahan dan follow-up di HKL. Sekarang setiap bulan kami perlu ke HKL dari Johor dan jika keadaan dia semakin baik kami perlu ke HKL dalam tempoh setiap 6 bulan”.
“Dari kecik mata dia sakit. Jadi kita reda, bila doktor sahkan dia kanser. Kalau ikutkan biarlah mata dia seperti dulu. Tapi sebagai ibu, saya takut matanya semakin teruk. Saya takut kuman merebak ke sebelah mata kanan, sebab mata sebelah kanan tiada masalah. Sekurang-kurangnya dia boleh teruskan hidup dengan satu mata. Kalau virus merebak, nanti dua-dua belah mata hilang penglihatan. Ini akan lebih menyukarkan dia.”
Dengar Nasihat Doktor
“Bila doktor cakap buang tu, kita ikut arahan doktor. Keputusan bersama, kami suami isteri bersetuju untuk membenarkan doktor buat pembedahan untuk buang sebelah mata. Mungkin ini yang terbaik untuknya. Kalau dibiarkan takut merebak dekat otak, hati dan jadi lebih parah. Jika kita boleh bantu apa yang patut, buatlah dan nasihat doktor”.
Ads
Haura Anak Yang Kuat
“Alhamdulillah Haura kuat. Daripada kecil dia dah biasa dengan satu mata jadi dia dah biasa. Haura dah boleh bercakap. Dia ada bagitahu sakit, dia menangis. Doktor ada bagi ubat tahan sakit. Kadangkala dia menangis, air mata keluar darah, hidung pun keluar darah sekali. Sekarang alhamdulillah luka dah kering, lebam mata pun dah baik. Keadaan sekarang dah ok, dah mula main dengan abang dia,” cerita Ayu tentang perkembangan Haura.
Reda Dengan Ketentuan
Ads
“Ini semua ketentuan Tuhan dan saya reda, kalau saya tak kuat siapa yang akan bagi sokongan pada Haura. Sekarang dia kecil lagi, bila dia dah besar, kalau kita tak kuat dan tak bagi kata-kata positif dan bagi semangat.
Nanti bila dia dah sekolah dia akan jadi putus asa bila dia berjumpa orang. Saya takut dia akan putus asa, jadi dari sekarang saya kena bagi dia kata-kata semangat. Memang sedih dan menangis, tapi depan Haura saya perlu kuat dan buat macam biasa demi dia”.
Nasihat Kepada Ibu Bapa
Semoga ibu bapa di luar sana lebih berjaga-jaga jika anak anda ada tanda awal kanser.
Sumber: Puan Nur Wahyuni
Jangan lupa saksikan Pa&Ma setiap selasa, jam 12 tengah hari & ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Tajuk minggu ini sangat menarik iaitu “Wira Cilik Berjiwa Besar” dengan kupasan menarik daripada pakar-pakar & temu ramah ibu bapa anak-anak yang menghidap penyakit kanser.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekerja & menyusu memang mencabar bagi seorang isteri, ia tidak dinafikan. Tapi bebanan ini boleh diringankan dengan bantuan dan sokongan daripada suami.
Demi memberikan si manja titisan susu ibu yang sarat khasiat, ramai ibu memilih untuk memberikan si kecil susu ibu secara eksklusif pada enam bulan pertama dan meneruskannya dengan makanan pelengkap sehingga usia anak dua tahun.
Menyedari kebaikan susu ibu, kebanyakan ibu sanggup untuk memerah susu di tempat kerja setiap tiga jam sekali dan masih meneruskan menyusu secara terus (direct feeding) selepas pulang dari pejabat. Kedengaran seperti mudah tetapi jenis pekerjaan dan jangka waktu bekerja yang mungkin berbeza merupakan cabarannnya.
Seorang bapa, Rodzi Mohamed berkongsi pengalamannya membantu isterinya yang bekerja menguruskan penyusuan susu ibu. Katanya memang tidak mampu untuk menolong isteri dalam penyusuan susu ibu kerana ia istimewa untuk para ibu, tapi sokongan moral, motivasi dan bantuan menguruskan peralatan dan stok susu masih boleh dilakukan oleh para bapa.
Pengalaman isteri bekerja dan menyusu memang mencabar. Bayangkan isteri rehat di tempat kerja akan pam susu. Bawa balik berbotol-botol susu yang diperah. Sampai rumah petang, anak nak menyusu direct pulak. Memang penat.
Alhamdulillah anak pertama 17 bulan menyusu badan. Anak kedua 12 bulan menyusu badan. Anak ketiga 30 bln menyusu badan. Ketiga-tiganyaberjaya dapat penyusuan eksklusif enam bulan.
Sebagai suami, apa yang boleh kita bantu untuk support isteri yang menyusu anak-anak kita?
Ini beberapa tips yang suami boleh buat untuk ringankan sikit kerja-kerja isteri.
#1 KEMASKAN BEG PENYUSUAN Kemaskan beg menyusu isteri. Selain letak botol & pam.
#2 LETAK GAMBAR ANAK SUPAYA ISTERI GEMBIRA
Letaklah gambar anak supaya mood isteri menjadi gembira masa tengah pam susu dalam stor office tu.
#3 CUCI PAM & STERIL BOTOL Cuci bahagian pam yang kotor & botol-botol penyimpanan susu perahan. Masak air panas hingga mendidih, rendam botol dan keringkan. Leceh sikit tapi boleh jimat banyak.
#4 BANTU LABEL & SUSUN
Stok yang dibawa balik tu kita bantu labelkan. Letak tarikh dan susun dalam peti sejuk ikut tarikh supaya senang nanti nak bawa ke rumah pengasuh. Hehehe
Cuba buat yang empat tipini dulu, mesti isteri terkejut dan gembira.
Maria Sharapova, siapa yang tidak mengenali bintang tenis dunia bagi peminat sukan popular ini. Bukan saja lincah beraksi di gelanggang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure. Buktinya selepas melahirkan anak sulungnya pada Julai 2022, wanita ini tidak mengambil masa lama untuk kembali fit dan langsing.
Maria Sharapova Bekas Bintang Tenis Dunia, Kekal Langsing Lepas Bersalin
Tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan. Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Maria memulakan ‘workout’ selepas empat minggu melahirkan. Walaupun tubuhnya agak lemah ketika itu, wanita ini tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.
Ini Rahsianya
Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel. Bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020.
Kesimpulannya untuk kembali langsing dan fit selepas bersalin, bukan sahaja perlu menjaga pemakanan tetapi juga ‘wajib’ melakukan senaman.
Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 November yang lalu, kini selepas berusia sebulan, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham tampil berkongsi wajah bayi kesayangan mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, keduanya tampil segak mengabadikan kenangan bersama puteri sulung mereka yang kini genap usianya sebulan.
Wajah si comel Azzalea Safiyya dipotretkan dalam satu sesi fotografi khas dengan busana warna merah jambu. Paling comel pastinya gaya Azzalea yang menaiki buaian comel sambil dikelilingi bunga-bunga indah.
“Our beautiful Azzalea,
May you grow up to be righteous, May you grow up to be true, May you always know the truth and see the lights surrounding you, May you always be courageous, stand upright and be strong
Dalam pada itu, keduanya juga tampil dengan persalinan warna biru bersama buah hati tersayang. Tampak manis keduanya yang kini sudah pun menempuh dunia baru bergelar ibu dan ayah.
Kongsi detik kelahiran Azzalea
Dalam pada itu, Sheryl juga turut memuat naik video momen indah ketika detik kelahiran bayinya itu menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
Penuh kepayahan namun berbaloi selepas melihat buah hati tersayang di depan mata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Azzalea Safiyya malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapanya.
Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.Dalam kenyataan...