Balu Allahyarham Abam iaitu Hidayah atau Nor Hidayah memohon agar Ali Puteh (adik ipar) tidak melengah-lengahkan urusan pembayaran saman yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.”
“Semoga pihak disana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan”
“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini.”
“Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah”
Sebelum ini, Hidayah mengemukakan sama terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial yang telah menjatuhkan maruahnya.
Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.
Ali atau nama penuh Syed Ali Mubarak, 34 bagaimanapun gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi sebanyak RM60,000 itu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!