Penantian Saharul Ridzwan dan isteri untuk menimang cahaya mata kedua berakhir apabila Deena Emir telah selamat melahirkan bayi perempuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berita gembira itu dikongsi Saharul menerusi laman Instagram miliknya selepas meluahkan rasa syukur atas kelahiran si kecil seberat 3.305 kilogram itu pada Sabtu (13 Jun).
Ali dapat adik perempuan!
“Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm
Sebelum itu, pada Jumaat, Saharul ada berkongsikan Deena mengalami kontraksi dengan bukaan 1.5 sentimeter.
Namun apabila doktor membuat pemeriksaan, doktor menjelaskan itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm. Jadi pasangan ini dinasihatkan untuk pulang ke rumah dahulu dan datang semula pada 15 Jun.
Bagaimanapun, pada 14 Jun, akhirnya keluar juga puteri yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.Rata-rata rakan selebriti dan peminat tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi perempuan itu selain mendoakan yang terbaik buat keluarga berkenaan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Sumber : Saharul Ridzwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Batuk berkahak, demam suhu tinggi, lemah & nafas laju. Mama papa tolong jangan ambil mudah dan lengahkan masa mendapatkan rawatan!
Radang paru-paru atau pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat usia. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian sebanyak 920,936 orang kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia pada tahun 2015.
Menurut Dr. Foo Chee Hoe, Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Ampang, pneumonia adalah sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh terjadi pada semua peringkat usia. Jangkitan terjadi pada pundi-pundi udara di dalam paru-paru. Mujurlah penyakit ini boleh dielakkan dan dirawat. Atas sebab ini, anda perlu peka dan sentiasa keadaan si manja.
ELAK JANGKITAN DI TEMPAT AWAM
Pneumonia disebabkan oleh kuman virus atau bakteria. Antara kuman-kuman yang biasa dijumpai pada pesakit yang dijangkiti pneumonia ialah virus Respiratory Syncitial Virus, Influenza, Adenovirus dan bakteria seperti pneumococcal dan mycoplasma pneumoniae. Kuman ini disebar melalui pelbagai cara seperti berikut;
Kanak-kanak menghidu udara yang telah dijangkiti kuman penyebab pneumonia atau bakteria tertentu.
Kanak-kanak mengalami jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema.
Kanak-kanak mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak.
Kemungkinan terjadinya jangkitan pneumonia lebih tinggi di tempat awam dan tadika di mana kanak-kanak yang banyak bergaul bersama. Daya tahan badan kanak-kanak yang lemah juga memudahkah mereka diserang oleh kuman penyebab jangkitan pneumonia ini.
SIMPTOM PNEUMONIA
Pneumonia menunjukkan simptom apabila menyerang si kecil. Semasa jangkitan kuman pneumonia, salur pernafasan dan tisu-tisu peparu akan mengalami keradangan. Ekoran daripada itu, kanak-kanak akan mengalami simptom-simptom seperti berikut;
Batuk berkahak.
Hilang selera makan.
Bernafas laju.
Berdehit atau wheezing semasa bernafas.
Ada sesetengah kanak-kanak akan mengalami keletihan.
Ada di kalangan mereka turut mengadu sakit perut berdekatan tulang rusuk.
Sesak nafas. Namun bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada tiga tahun, mereka berkemungkinan tidak mengalami sesak nafas walaupun dijangkit pneumonia.
Simptom-simptom ini dikenalpasti oleh doktor selepas pemeriksaan doktor. Diagnosis boleh diperkukuhkan melalui ujian X-ray dada, ujian darah, ujian cecair kahak,lendir tekak dan hidung.
AWAS! NAFAS LAJU TANDA SERIUS
Demam, batuk dan susah nafas adalah tanda utama bagi pneumonia. Jangan ambil ringan dan berlengah untuk mendapatkan rawatan segera bagi menyelamatkan nyawa si manja.
Tanda-tanda pneumonia yang serius ialah kadar pernafasan yang sangat laju, keadaan si kecil yang amat lemah dan demam yang dialami bersuhu tinggi. Walau pun sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti pneumonia masih aktif dan tidak mengalami kerumitan bernafas dan kelihatan tidak kritikal, jangan ambil mudah. Anak anda tetap memerlukan rawatan hospital untuk memastikan pesakit sembuh secepat mungkin.
RAWATAN PNEUMONIA
Doktor selalunya akan mengamalkan strategi ini sebagai rawatan utama pesakit pneumonia kanak-kanak ialah termasuk;
Menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan ini dengan menggunakan ubat antibiotik yang sesuai.
Menolong pesakit yang kurang selera mendapat hidrasi yang mencukupi, yang hilang selera makan akan diberikan intravenous drip.
Membantu mereka yang sesak nafas untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi.
Mama dan papa perlu difahami bahawa pesakit jangkitan pneumonia biasanya akan batuk teruk, tetapi ubat batuk bukanlah ubat utama. Menghentikan batuk bukan strategi utama dalam rawatan kerana batuk adalah cara badan untuk membuang kahak yang mengandungi kuman.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA, JANGAN BERLENGAH
Anda boleh membantu anak dengan sentiasa peka kepada perubahan anak dan tanda-tanda yang menunjukkan anak mungkin dihinggapi penyakit ini. Bertindak awal dengan membawa anak jumpa doktor boleh membolehkan pesakit sembuh lebih awal dan elakkan komplikasi yang tidak diingini.
Bantu anak untuk memastikan mereka mengambil ubat-ubatan mengikut dos dan arahan doktor. Selain itu, kanak-kanak yang menghidapi pneumonia kerap kali akan hilang selera makan. Pujuk mereka untuk makan dan minum bagi memastikan air dalam tubuh yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
CARA ELAK PNEUMONIA
Pneumonia walaupun kerap berlaku dan doktor mempunyai ilmu untuk merawatnya, ia masih sejenis penyakit yang serius dan berpotensi membawa maut. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Pastikan anda tidak culas memastikan si kecil mengambil vaksin! Vaksin pneumoccoccal dan influenza boleh mencegah jangkitan kedua-dua kuman ini yang boleh menyebabkan pneumonia.
Menjaga kebersihan tangan supaya tidak tercemar dengan kuman bakteria dan virus. Ajar anak anda untuk mengamalkan amalan membasuh tangan setiap kali sebelum makan, minum dan selepas menyentuh kemudahan awam.
Hindari anak daripada punca asap daripada rokok dan tempat memasak.
Menguatkan imuniti badan anak dengan mempertingkatkan nutrien dalam diet anak. Ini kerana kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena birthday pertama anaknya, Harum Dalia yang pertama, aktres Ezzaty Abdullah mengimbau kembali saat-saat melahirkan. Indius tetapi tidak menggunakan sebarang penahan sakit!
Ezzaty yang melahirkan Harum pada 6 Disember 2017 dengan berat 2.9kg. Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menyatakan kesyukurannya atas kehadiran Harum sebagai kurniaan Allah yang terindah. Ia dinyatakan dalam posting Instagramnya, yang turut memaparkan video Harum sejurus selepas dilahirkan.
Ezzaty berkongsi yang proses kelahiran Harum bermula dari 5 Disember apabila melakukan rutin pemeriksaan berkala dan doktor mendapati bukaan serviks adalah 2cm. Doktor menganggarkan yang Harum akan lahir pada malamnya.
Namun pada 6 Disember 2017, proses bukaan hanya 3cm dan membuatkan doktor memecahkan air ketuban dan mungkin diberikan ubatan/drip sebagai indius bagi menggalakkan bukaan serviks. Lazimnya, apabila indius, kontraksi menjadi lebih kuat dan mungkin disebabkan itu doktor yang merawat menawarkan Ezzaty epidural sebagai penahan sakit, namun dia menolak kerana belum rasa sakit.
Kalau semalam kita mendengar perkhabaran Intan Ladyana telah melahirkan anak keduanya, hari ini Uqasha Senrose pula memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin bayi perempuan. Tahniah Uqasha dan suami!
Uqasha turut meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan lancar dan anaknya itu seberat 2.72kg telah dilahirkan pada subuh tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Memuatnaik foto di laman media sosialnya, Uqasha juga telah berkongsi nama bayinya iaitu Uqaira.
Apabila melihat foto tersebut, Uqasha tampak dalam keadaan yang baik sambil tersenyum di atas katil hospital. Suaminya, Kamal Adli juga telah memuatnaik dua keping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen berterima kasih kepada isterinya serta meluahkan rasa cinta kepada Uqasha dan Uqaira.
Paling tersentuh, doa seorang ayah buat anak perempuannya di mana Kamal mengharapkan puterinya itu menjadi anak yang hebat dan solehah.
Kamal turut menggelarkan dirinya sebagai Ayah dan Uqasha kepada anak mereka.
Pasangan Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan mereka pernah keguguran sebanyak dua kali. Uqasha gugur kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan perkahwinan. Kemudian dia turut mendedahkan keguguran kali kedua sekitar bulan November 2022.
Tahniah sekali lagi, selamat berpantang Uqasha!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.