Penantian Saharul Ridzwan dan isteri untuk menimang cahaya mata kedua berakhir apabila Deena Emir telah selamat melahirkan bayi perempuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berita gembira itu dikongsi Saharul menerusi laman Instagram miliknya selepas meluahkan rasa syukur atas kelahiran si kecil seberat 3.305 kilogram itu pada Sabtu (13 Jun).
“Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm
“Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak2. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah.
“Amin Ya Rabb. Tak tahu nak taip apa ntah. Happy betul ni Salam Maghrib semua,” luahnya.
Perkongsian yang menyentuh hati itu disertakan dengan gambarnya bersama bayi tersebut di dalam bilik hospital namun tidak mendedahkan wajah anaknya.
ARTIKEL BERKENAAN [Isteri Tunggu Hari Nak bersalin, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir]
Namun apabila doktor membuat pemeriksaan, doktor menjelaskan itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm. Jadi pasangan ini dinasihatkan untuk pulang ke rumah dahulu dan datang semula pada 15 Jun.
Bagaimanapun, pada 14 Jun, akhirnya keluar juga puteri yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Sumber : Saharul Ridzwan