Kehamilan

“Alhamdulillah Lengkap Sepasang”. Siti Umum Bakal Dapat Anak Lelaki. Pilih Nama Bermula Muhammad A…!

Share

Pengumuman kehamilan kedua yang dibuat penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza pada tanggal 1 Disember lalu sememangnya menggembirakan seluruh para peminatnya.

Hari ini, menerusi satu lagi sesi atas talian, Siti tampil mengumumkan jantina bayi anak keduanya yang kini menghampiri usia lima bulan. Ditemani suami tercintanya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa bagi mempromosikan produk kosmetik terbaru, pengumuman jantina yang dibuat Siti seakan sudah dijangka oleh peminatnya.

Sebanyak 93 peratus hasil undian para penonton di platform tersebut percaya bayi yang dikandung adalah lelaki manakala hanya 7 peratus meneka perempuan.

Bagi mengumumkan jantina bayi, Siti dan Dato’ Khalid memecahkan belon khas dan seterusnya mendedahkan bahawa anak kedua mereka adalah bayi lelaki sambil disambut meriah oleh para peminat di ruangan komen.

“Doakan yang terbaik, semoga dapat menceriakan lagi hidup, Siti terutamanya, dan Aafiyah,” ujar Dato’ Khalid ringkas ketika ditanya pengacara.

Malah ketika ditanya reaksi Aafiyah yang bakal mendapat adik, kata Siti lagi, Aafiyah akan menghampirinya dan mencium perutnya.

 

“Aafiyah ni bijak. Dia makin faham. Bila cakap “Ada adik, ada baby dalam perut ibu. Bila tanya mana baby, dia datang kat perut dan cium. Aafiyah ni memang suka kanak-kanak, tak kira yang lagi kecil atau lagi besar daripada dia,” katanya berkongsi.

Bakal pilih nama Muhammad

Menerusi satu laporan dari M Star, Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka nanti akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya dengan huruf A. Apa-apa pun saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.

Menurut kata Siti, diusianya yang bakal menginjak 42 tahun pada tahun hadapan, dia perlu menjaga pemakanannya dan menjaga pengambilan gula agar tidak berlebihan.

Siti dijangka bakal melahirkan bayi keduanya nanti sekitar April tahun hadapan. Semoga dipermudahkan kelahirannya kelak.

Artikel berkaitan: Aafiyah Jadi Kakak, Dah 4 Bulan, Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Dilahirkan!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM