Macam berturut-turut pula kelahiran bayi dalam kalangan selebriti. Terbaru pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan, sekitar jam 11.40 malam (31 Januari).
Berita gembira itu dikongsikan suami Intan yang juga pelakon, Harris Alif menerusi satu posting di InstaStory selain hantaran foto bersama isteri dan bayi perempuan mereka di dalam wad berkenaan.
Menerusi kapsyen yang ditulis Haris, pelakon Geng Bas Sekolah tersebut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih di atas doa dititipkan orang ramai untuk isteri dan zuriat sulungnya itu.
Ads
“31.1.2022 Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian Intan di instagramnya, dia memberitahu kedua-duanya sihat dan berada dalam keadaan baik.
Gambar Intan yang sedang menatap bayi perempuannya itu benar-benar menunjukkan perasaan syukurnya menimang cahaya mata sulung.
Ads
Rata-rata rakan artis dan pengikut pasangan itu memenuhi ruangan komen memberikan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak solehah.
Sebelum melahirkan puterinya itu, Intan telah Intan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh pada Disember lalu selepas disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Ads
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu. Walaupun perbezaan umur antara Intan dan Haris 17 tahun namun ia tak menjadi penghalang untuk mereka menikmati nikmat kebahagiaan hidup berumah tangga dan saling menghormati antara satu sama lain.
Kredit: Instagram Harris Alif & Intan Ladyana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman indah melahirkan bayi dalam suasana yang selesa dan patuh syariah diiringi ayat-ayat suci al-Quran sudah tentu akan menjadi kenangan paling tak dilupakan. Paling penting ibu akan berkongsi dengan rakan-rakan lain yang bakal melahirkan bayi. Semoga semuanya dapat merasai pengalaman manis sepanjang melahirkan bayi tersayang.
Perkongsian kenangan terindah melahirkan bayi oleh Nur Hawaniece Mohd Husin mungkin boleh dijadikan rujukan oleh bakal-bakal ibu yang sedang tercari-cari lokasi untuk melahirkan bayi.
Syukur alhamdulillah Ya Allah.
Akhirnya impian mommy nak bawak awak melihat dunia kat sini akhirnya menjadi kenyataan n the best part is awak dah jadi 1st Mutiara Andorra sayang.
Thank you very much to @DrKhamsiahMuda n to all @Andorra’ family untuk kenangan terindah ini. All of u did a very good job and we really appreciate n never forget this moment. The best place and professional team that we had in our life.
Welcome to the world baby.
❤️ Laila luthfia binti Azrul Anuar
❤️ 22122017 @ 08:47am
❤️ 3.33kg
SEDIKIT REVIEW
citer dr mommy nak beranak la eh.
Untuk bersalin kat andorra, at least 2x check up kat situ. Ko blh pilih sama ada nak doc kam or doc lili.
Aku memang check up dengan dr kam.
Ikutkan andorra boleh beroperasi penuh on 22hb @ 7.00am tapi masa 21hb malam tu andorra call aku cakap kalau ade contraction tengah malam tu just datang je. Guard n nurse dah standby untuk sambut kedatangan aku.
Lepas celebrate birhday anak aku yang 1st malam tu.. aku start leaking pukul 3 pagi tapi air ketuban takdela keluar habis. Husband aku terus bawak aku pegi andorra sebab sebenarnye dah 2 hari keluar darah tapi tak de contraction.
Sampai kat andorra around 3.45am n guard dah ready standby bawak aku masuk. Dia call midwife n dekat pukul 4 aku la orang 1st yang merasmikan labour room kat tingkat 4 tu. Bile cek jalan, baru bukak 3.5cm..
DALAM LR
– midwife tu sangat bagus sebab dia tolong bacakan surah yasin n ayat-ayat kat kite untuk kurangkan sakit contraction. Pastu, kat luar pun ade ayat-ayat quran terpasang. Walaupun sakit, tenang rasa hati. Tetibe aku feeling macam nak bersalin anak 1st pulak masa tu.
– 6.00 am
Bukaan baru 5-6 cm n doc kam masuk tanye aku “mama boleh solat lagi ni.. ape kate solat subuh dulu”.. (sangat syariah compliance). Diaorang providekan telekung n tanye nak solat atas katil or duduk.. aku prefer duduk la sebab masih boleh tahan lagi.
– ayat-ayat al-quran sentiasa berkumandang untuk bagi kite selesa
– 8.40 am
Aku dah start rasa kuat gler cntraction dan dah tak tahan. Dalam 8.45 kot dah bukak 10cm. Doc kam masuk n kepala baby dah nampk.
Walaupun da anak ke-3 sebenarnye aku dah lupe camne nak teran.hahahaha.
Dengan bantuan kepakaran doc n midwife /nurse kat situ..diaorang guide aku n 3 kali teran baby pun keluar. Alhamdulillah!!!! cara doktor sambut baby pun bagus, dia jaga aurat kita.
Part plg bestttt is tak yah kena jahit.. masyaAllah sampai 2 kali aku tanye doc betul ke tak yah jahit??? Berbunga-bunga hati masa tu. Hilang jap rase sakit . Doc sporting siap tanye husband tak nak amek gambar ke? Ape lagi.. aku suruh husband aku record la frutiful moment tu.
Alhamdulillah, doc bagi peluang kat suami untuk potong sendiri tali pusat baby. macam blur je husband masa tu.
-Pastu doc terus ucap tahniah, peluk n kiss kita mcm mak-mak kite. Touching dan terharu sangat mase tu. Nurse-nurse dan midwife pun banyak sangat membantu dan bagi semangat.
DALAM WARD
10.30 am kot
– Diaorang bawak aku turun ward dan surprise… andorra bg PRIVILEGE SINGLE ROOM sebab 1st bby lahir kat situ. (Actually aku amek pakej yg 4 bedded – refer pakej diaorg kat fb andorra eh)
– sepanjang dlm ward aku dilayan macam permaisuri beb!! Dr a smpi z semua diaorg buatkan termasuklah nak tolong mandikan aku skali.hihi.. ha, besttt kannn.. tapi aku mandi sendiri je sbb malam tu n esoknye aku dah kuat sikit.
– as usual doc akan melawat n tanye perkembangan kite n mintak review pasal bilik ok ke tak, makan ok ke tak..
MAKANAN
– haaaa.. yang ni aku rase paling best la sebab chef zubir kan yang masakkan.
– ikan pun both fav aku, salmon n kod.
– cume 3 kali makan jela kat sini.
– breakfast,lunch n dinner sume superbbbb. Tp laki aku la yang makan. Aku makan ikan je… (masih mengamalkan pantang cara lama hokey)
– kalau single room.. macam hospital
Lain gak boleh la nak bawak the whole family ko tido kat sana tapi bawak toto sendiri ye. Kerusi boleh laras adela untuk sorang tido.
– toilettries also provided except towel la..
LAIN-LAIN
– The whole andorra’s family sangat membantu
– persekitaran sangat selesa
– Nurse-nurse sangat prihatin
– Promo price sgt WORTH IT
– tqsm kat suami Dr. kham sebab sudi tahniqkan baby.
RATING
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Sumber: Nur Hawaniece Mohd Husin️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan.
Taska adalah tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit HFMD. Aktiviti harian seperti sukaneka dan kerja berkumpulan menyebabkan mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti.
Simptom
Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.
Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun, ada sesetengah kes membabitkan komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.
Rawatan
Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Ada juga kes kematian disebabkan oleh jangkitan penyakit HFMD, namun ia jarang berlaku.
Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanapun, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamol boleh diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakit-sakit badan dan sebagainya.
Selain itu, gel mulut juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedih yang disebabkan oleh kewujudan ulser di bahagian dalam mulut. Ruam di bahagian tapak tangan dan kaki lazimnya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Seterusnya, pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya bagi mengelakkan gejala dehidrasi berlaku.
Pencegahan
Pada masa kini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanapun, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan penjaga seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan betul guna air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak. Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.
Bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini, ibu bapa dan penjaga kepada pesakit HFMD dinasihatkan untuk elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar penyakit ini tidak merebak.
Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan untuk membawa anak yang disyaki menghidap jangkitan HFMD berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Penting untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dan tidak langsung pesakit HFMD dan orang lain.
Anak juga harus diajar untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Nurul Nasrah Mohd Ariffin dan Pegawai Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar (Metro)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu dan ayah mana yang tidak bimbang melepaskan anak kecilnya ke sekolah di kala pandemik masih berlanjutan. Pun begitu bagi Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob, mereka sepakat memberanikan diri untuk menghantar anak sulung mereka ke sekolah.
Lebih-lebih lagi melihat SOP yang dilakukan di tadika membuatkan kedua-duanya merasa yakin.
Baru berusia dua tahun, kini Raden Muhammad Rafael sudah pun bersekolah.
Menerusi Instagram dan Insta Storynya, Mawar turut berkongsi beberapa keping gambar si kecil Rafael yang sudah mula dihantar ke sekolah.
“Rafael dah start pergi sekolah. Semoga Rafael membesar jadi baik bijak pandai ❤️ amin,” tulis Mawar di Instagramnya.
Bimbang dengan pandemik Covid-19, kata Mawar dia bersyukur tadika dimana anaknya ditempatkan itu benar-benar mementingkan SOP.
” Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula. Sejujurnya memang risau tapi saya akan pastikan keselamatan di tadika itu.
” Sebelum itu saya juga ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid.
“Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya berkongsi.
“Tak ada isu hantar anak terlalu awal, macam-macam boleh belajar”
Biarpun dikatakan terlalu awal untuk menghantar anak sulungnya itu ke tadika. Namun kata Mawar, usia dua tahun adalah waktu yang sesuai untuk anak sulungnya itu mempelajari banyak perkara malah mengharapkan yang terbaik buat Rafael.
” Bagi saya usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak sangat-sangat penting.
” Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.
” Kalau belajar secara online itu berbeza, tapi kalau pergi tadika, dia dapat rasakan suasana di sekolah yang berbeza,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...