Tinggal lagi dua bulan, pelakon, Fizo Omar bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya bersama isteri tersayang, Fazeera.
Dalam satu majlis pelancaran billboard yang menampilkan Fizo sekeluarga, bapa penyayang ini turut mendedahkan jantina anak ketiganya yang juga seorang puteri.
“Alhamdulillah lagi sekali Allah memberi saya amanah dan tanggungjawab untuk menjaga tiga puteri, Maryam, Khaleeda dan seorang lagi puteri,” kata Fizo berkongsi.
Kongsi Fizo menerusi videonya di Instagram, kandungan isterinya kini sudah tujuh bulan dan bakal menyambut kelahiran puteri ketiganya itu sekitar Mei nanti.
Fizo malah bersyukur dipilih untuk sama-sama menjadi sebahagian jenama produk bayi hebat, Mamz.
Ads
“Alhamdulillah kandungan dah pun 7 bulan.
“Rezeki kami sekeluarga diberi peluang untuk bersama-sama dengan jenama hebat @mamzofficial.hq.
“Sekitar majlis pelancaran sebanyak 43 buah billboard #mamzXfizo di seluruh Malaysia.
“Alhamdulillah rezeki baby yang nak keluar bulan 5 nanti. Congrats sayang @ffezyranesry,” katanya berkongsi.
Ads
Pada majlis itu, Fizo sekeluarga tampil cantik dan anggun dengan pakaian sedondon warna biru. Dua puteri comelnya, Maryam dan Khaleeda turut tampil bergaya dengan gaun biru.
Bukan setiap pasangan diberikan rezeki untuk melalui proses kehamilan secara semula jadi. Pun begitu terdapat beberapa inisiatif yang boleh dibuat untuk memastikan pasangan tersebut berpeluang untuk memiliki anak kandung mereka sendiri. Salah satunya adalah dengan menjalani rawatan kesuburan yang dikenali sebagai IVF. Ia merupakan singkatan dari perkataan In Vitro Fertilisation atau lebih dikenali dengan bayi tabung uji.
Istilah In Vitro, dalam bahasa Latin bermaksud dalam kaca kerana percubaan biologi awal yang melibatkan penanaman tisu di luar organisma hidup dilakukan di dalam bekas kaca. Istilah bayi tabung uji sering digunakan untuk merujuk kepada bayi melalui proses ini. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang rawatan IVF dari Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan & Sakit Puan, Hospital Metro IVF, Klang.
PROSEDUR RAWATAN IVF
Proses IVF adalah seperti berikut:
Langkah 1: Ubat kesuburan menerusi pemantauan pakar kesuburan diberikan untuk merangsang pengeluaran telur. Telur yang banyak dan matang diperlukan kerana sesetengah telur tidak akan berkembang atau membesar meskipun setelah pengambilan ubatan tertentu. Ultrasound transvaginal digunakan untuk memeriksa ovari dan sampel ujian darah diambil untuk memeriksa tahap hormon.
Langkah 2: Telur diambil melalui prosedur pembedahan kecil yang menggunakan imbasan ultrasound untuk mengeluarkan telur. Ubat untuk mengurangkan dan menghilangkan ketidakselesaan juga disediakan.
Langkah 3: Pasangan lelaki diminta menghasilkan sampel sperma di dalam bekas yang disediakan untuk menggabungkan dengan telur wanita.
Langkah 4: Dalam proses yang dikenali sebagai pembiakan, sperma dan telur disatukan dan disimpan di dalam makmal untuk menggalakkan proses persenyawaan berlaku. Dalam sesetengah kes di mana terdapat kebarangkalian potensi persenyawaan rendah, suntikan Intracytoplasmic Sperm (ICSI) digunakan. Melalui prosedur ini, sperma disuntik terus ke dalam telur dalam usaha untuk mencapai persenyawaan. Proses ini dipantau dengan rapi agar persenyawaan dan pembahagian sel berlaku. Setelah berjaya disenyawakan, ianya dikenali sebagai embrio.
Langkah 5: Embrio biasanya dipindahkan ke rahim wanita dua hingga lima hari selepas pengambilan telur dan persenyawaan. Alat yang dipanggil kateter atau tiub kecil dimasukkan ke dalam rahim untuk memindahkan embrio. Prosedur ini tidak menyakitkan untuk kebanyakan wanita tetapi sesetengahnya mungkin mengalami kekejangan ringan. Sekiranya prosedur itu berjaya, implantasi biasanya berlaku sekitar enam hingga sepuluh hari selepas pengambilan telur.
Mengapa IVF merupakan salah satu alternatif untuk hamil yang menjadi pilihan pasangan yang mencuba mendapatkan anak?
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata bagi melengkapkan keluarga kecil mereka dan rawatan ini adalah rawatan alternatif bagi mengetahui kesuburan setiap pasangan. Bagi lelaki yang mengalami fungsi sperma terjejas atau sperma yang tidak normal; kepekatan sperma yang rendah, sperma lemah atau saiz sel sperma yang tidak normal. Kaedah rawatan kesuburan lain mungkin tidak sesuai dengan keadaan sperma tersebut.
Begitu juga untuk kes wanita yang mempunyai masalah kerosakan tiub fallopian, gangguan ovulasi, kegagalan ovari pramatang atau endometriosis tahap tiga dan empat. Percubaan rawatan IUI yang gagal beberapa kali juga memerlukan pasangan mencuba rawatan IVF.
Apakah ciri-ciri pasangan yang boleh mendapatkan rawatan ini? (dari segi fizikal dan kesihatan)
Menerusi kaedah ini, IVF dapat membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesuburan, termasuk:
1. Wanita yang berusia
2. Sperma yang tidak subur
3. Kedua-dua tiup faloppian tersumbat
4. Mengalami endometriosis yang teruk
5. Gagal kaedah IUI
6. Masalah ovulasi
7. Kemungkinan penyakit yang diturunkan secara genetik
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri sarat hamil, suami perlu tahu menyusun perjalanan agar selesa dan selamat. Tidak perlu terkejar-kejar yang penting semuanya mesti selamat.
Menjelang penghujung Ramadan, masing-masing akan bergerak pulang ke kampung halaman. Dalam keseronokan menuju ke destinasi, ibu hamil jangan lupa untuk memastikan diri dan kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pesanan daripada Dr Afida Sohana yang bertugas di Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan. Perjalanan jauh bagi ibu hamil perlu dirancang rapi agar ibu dan kandungan dalam keadaan yang baik.
BALIK KAMPUNG SEMASA HAMIL
Hari ni saya nak bercerita tentang ‘travelling in pregnancy’.. Boleh je ‘travel’ semasa hamil. Cumanya, perlu berbekalkan pengetahuan, dan dengan persiapan yang rapi.
1. Jangan lupa buku pink/antenatal
2. Kenal pasti klinik/hospital berdekatan di destinasi, supaya mudah mendapat rawatan jika perlu.
3. Sebelum ‘travel’, jumpa & berbincang dengan doktor perbidanan anda
4. Kalau ke luar negara, pastikan insuran merangkumi masalah kehamilan.
KAPAL TERBANG
Seronok takde jem!
1. Periksa tahap kehamilan yg dibenarkan. Lain airline, lain syarat.
2. Pastikan ada surat ‘fit to fly’
3. ‘Flight’ lebih 4 jam, ada risiko darah beku (DVT). pastikan:
a. Minum secukupnya
b. Buat senaman kaki tiap 30 minit
c. Pakai stokin DVT
MEMANDU KE KAMPUNG HALAMAN
Jika hamil, elakkan menempuh perjalanan yang panjang dalam kereta. Tapi apa nak buat, situasi pulang ke kampung halaman semasa hari raya menjanjikan perjalanan yang berganda-ganda masanya! Kalau memandu, pastikan :
Jika memandu, pastikan :
1. Berhenti tiap 2- 3 jam untuk bangun dan berjalan-jalan. Penting! Jika tidak, tinggi risiko darah beku (DVT)
2. Minum air secukupnya
3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan
4. Pakai stokin DVT / TEDs stockings
5. Pakai tali pinggang keledar (lihat rajah)
MAKAN & MINUMAN SEMASA PERJALANAN DAN SEMASA HARI RAYA
Pastikan makanan dan minuman yang diambil selamat. Makan makanan seimbang.
Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sentiasa menjadi perhatian ramai terutama dalam mendidik anak-anaknya. Malah khabar gembira mengenai kehamilan ketujuh Dr Halina juga buatkan semua orang kagum dengan pasangan suami isteri ini.
Terkini menerusi satu video yang dikongsikan di instagram Dr Sheikh Muszaphar, beliau menunjukkan momen isterinya sedang membuat pemeriksaan kehamilan bersama Pakar Obstetrik, Dr Imelda Balchin.
Menurut Dr sheikh Muszaphar, usia kandungan Dr Halina dah memasuki 10 minggu. Namun memandangkan Dr Halina kini mengandung di usia 42 tahun, risiko dan komplikasi lebih tinggi untuk ibu dan bayi.
Disebabkan itu, Dr Sheikh dan Dr Halina bersepakat untuk membuat pemeriksaan dengan Dr Imelda yang sememangnya dikenali antara pakar terbaik.
“Pemantauan secara terperinci perlu dilakukan selain untuk mengetahui apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang kehamilan di usia 40-an ini.
“Penjagaan pemakanan sangat penting untuk pastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, senaman semasa hamil juga satu kemestian dan perlu dijadikan rutin.
“Ini kerana kebanyakan ibu hamil, masalah diabetes dan hipertensi adalah komplikasi yang biasa berlaku dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan masalah lain,” kongsinya.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi, melalui hasil pemeriksaan kandungan, bayi berada dalam keadaan baik dan jantungnya juga kuat.
“Mommy perlu kuat dan daddy juga akan kuat untuk bantu apa yang patut terutama dalam menguruskan enam anak.
“Awak rehat ye sayang, masih jauh lagi perjalanan kerana kalau ikutkan due date pada 22 Julai. Sekarang rehat secukupnya. Segala alahan pasti akan jadi lebih baik. Nanti loya dan muntah akan beransur hilang.
“Di kesempatan ini nak ucapakan juga Selamat Hari Lahir buat Dr Halina hari ini (28 Disember).
“Ibu kepada anak-anak saya, tonggak kekuatan saya. Segala-galanya bagiku, semoga kita tua bersama. Till Jannah,” titipnya.
Dalam pada itu, Dr Sheikh juga turut memberitahu setakat ini hasil scan yang dilakukan, bayi dalam kandungan Dr Halina bukan kembar. Belia juga sempat berseloroh mungkin akan dapat anak kembar pada masa akan datang.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...