Tahniah diucapkan buat pasangan diraja, Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.
Dalam pada itu, menerusi Instagram peribadinya, Che Puan Khaleeda turut berkongsi hal yang sama malah turut berkongsi beberapa keping gambar dan perutusan khas di atas kelahiran itu.
” Alhamdulillah” tulisnya ringkas di Instagram.
Ads
Meninjau di laman twitter, TMJ juga turut meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan rezeki pada bulan mulia penuh keberkatan itu.
“Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini,” kongsinya ringkas.
Ads
Tidak hanya menyampaikan perkhabaran gembira, bahkan turut sama mengumumkan nama penuh indah yang dipilih bagi cahaya mata keempat ini, Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, Instagram pasangan diraja ini turut dihujani dengan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keempat mereka.
Tahniah buat TMJ dan Che Puan Khaleeda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @ymchepuankhaleeda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar perubatan menyarankan jika mengalami sakit ringan seperti demam biasa, batuk, selesema, sakit tekak dan lain-lain, ibu menyusu dinasihatkan untuk teruskan penyusuan bayi seperti biasa. Sakit-sakit sebegini sebenarnya, tidak memudaratkan bayi, malah dapat melindungi bayi daripada jatuh sakit. Hal ini disebabkan susu ibu akan menyalurkan antibodi khusus terhadap kuman yang menjangkiti diri si ibu.
Jadi, ibu menyusu jangan bimbang tentang anggapan ramai bahawa semasa sakit ringan sebegini, anda perlu menghentikan sementara sesi penyusuan. Jangan buat begitu ya sebab ia akan menjadi penyebab bekalan susu ibu terjejas. Keadaan ini boleh berlaku akibat tiada rangsangan mengeluarkan dan mengosongkan payudara bagi proses penghasilan susu ibu yang seterusnya. Antara panduan yang boleh anda ikuti semasa sakit ringan adalah seperti berikut.
1. Minum banyak air kosong
Semasa demam, suhu badan akan meningkat lebih tinggi berbanding suhu normal. Bagi membantu tubuh menstabilkan suhu badan, anda dinasihatkan untuk minum air kosong dalam jumlah yang banyak. Langkah ini juga penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi.
Bagaimana mahu memastikan diri minum air kosong dalam jumlah yang banyak sedangkan diri tidak berselera? Ini adalah antara yang boleh anda lakukan. Sediakan bekas khas berisi air kosong dan pastikan ia sentiasa berada di sisi anda. Jadi, mudahlah untuk minum apabila berasa dahaga.
Selain daripada itu, jika tidak berselera untuk minum air kosong, anda boleh gantikannya dengan susu atau jus buah-buahan segar. Mungkin juga anda boleh mencuba untuk makan buah-buahan atau makanan mengandungi banyak kandungan air seperti sup.
Dalam pada itu, anda perlu pantau keadaan fizikal dan kenal pasti tanda-tanda badan mendapat air mencukupi. Jika anda minum secukupnya, air kencing anda berwarna jernih dan tidak berbau.
2. Rehatkan diri
Pastikan anda berehat semasa demam. Jangan paksa diri melakukan kerja-kerja berat yang boleh membuatkan tubuh berasa lebih sakit. Tidurlah selepas makan ubat. Walaupun mungkin tempoh rehat semasa itu tidak lama, sekurang-kurangnya ia membantu tubuh anda untuk sembuh dengan lebih cepat.
3. Amalkan makanan seimbang
Walaupun semasa demam, selera makan berkurangan, anda masih perlu makan untuk membekalkan tenaga. Pada masa yang sama, ia membolehkan sistem tubuh menjalankan fungsinya memulihkan anda daripada demam.
Ambil makanan seimbang daripada sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Contoh karbohidrat ialah nasi yang boleh dijadikan bubur dan kentang. Contoh protein pula ialah seperti ayam dan daging yang boleh dijadikan sup atau dicampurkan ke dalam bubur nasi. Contoh vitamin dan mineral pula ialah lobak merah dan sayur hijau serta buah-buahan antaranya oren.
Dalam pada itu, anda boleh jadikan kurma sebagai kudapan kerana ia mampu memberi bekalan tenaga segera. Oleh itu, anda boleh memastikan diri tidak terlalu lemah atau keletihan untuk meneruskan sesi penyusuan ketika demam.
4. Susu dan pam seperti biasa
Selain daripada susukan bayi seperti biasa, anda perlu pastikan jadual mengepam stok perahan susu ibu dilakukan seperti biasa. Hal ini bagi menjamin penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Kekerapan anda mengosongkan payudara dengan menyusukan bayi atau mengepam seperti biasa walaupun demam adalah penting bagi mengekalkan paras prolaktin dalam tubuh adalah seperti biasa.
5. Jaga kebersihan diri
Amalkan kebersihan diri adalah penting seperti membersihkan tangan setiap kali sebelum menyusukan bayi. Hal ini penting bagi meminimumkan bayi terdedah kepada kuman yang ada pada diri anda.
Elakkan juga daripada batuk dan bersin berdekatan dengan bayi. Malah, hindari diri daripada terlalu kerap mencium bayi juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tak betul cara bancuh susu anak ditakuti hilang khasiatnya. Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka. Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab-sebab tertentu.
Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggantikannya dengan susu formula. Bagaimanapun sudah tentu khasiatnya tidak setanding dengan susu ibu. Lebih malang apabila ramai ibu bapa rupanya sudah tersilap membancuh susu formula untuk anak hingga menyebabkan zat dan nutrisi dalam susu tersebut hilang.
Cara biasa yang dilakukan oleh ramai ibu bapa ada seperti berikut;
a. Masukkan susu formula mengikut sukatan.
b. Tuang air panas.
c. Tambah dengan air sejuk hingga menjadi suam.
d. Goncang hingga sebati.
e. Rasa sedikit untuk memastikan ia suam dan selamat diminum bayi.
Sebenarnya langkah-langkah tersebut adalah salah! Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan segala khasiat yang ada dalam susu.
Malahan air yang terlampau panas akan betindak balas dengan botol susu jika botol tersebut bukan jenis bebas BPA. Ia akan menyebabkan berlaku pengewapan dan mungkin membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
Kalau selama ini anda melakukan cara tersebut semasa membancuh susu anak, maka rugilah kerana anak anda tidak mendapat apa-apa khasiat daripada susu yang diminum. Maka sebaiknya baca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang tertera pada label supaya segala khasiat dapat diserap oleh anak.
Ini adalah langkah yang betul menyediakan susu untuk anak;
1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak, 1 oz air panas untuk susu 5 oz.
3. Masukkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4. Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya rasa suam dan bukan panas.
Berikut juga adalah langkah membancuh susu seperti dipetik dari laman web kementerian terbabit.
Jangan sekali-kali menggunakan ketuhar gelombang mikro (micorwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu bayi. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang sekata boleh menyebabkan ‘titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.
Tonton video cara bancuh susu anak ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.