Tahniah diucapkan buat pasangan diraja, Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.
Dalam pada itu, menerusi Instagram peribadinya, Che Puan Khaleeda turut berkongsi hal yang sama malah turut berkongsi beberapa keping gambar dan perutusan khas di atas kelahiran itu.
” Alhamdulillah” tulisnya ringkas di Instagram.
Meninjau di laman twitter, TMJ juga turut meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan rezeki pada bulan mulia penuh keberkatan itu.
“Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini,” kongsinya ringkas.
Tidak hanya menyampaikan perkhabaran gembira, bahkan turut sama mengumumkan nama penuh indah yang dipilih bagi cahaya mata keempat ini, Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, Instagram pasangan diraja ini turut dihujani dengan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keempat mereka.
Tahniah buat TMJ dan Che Puan Khaleeda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @ymchepuankhaleeda