Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia, si comel Ainul Mardhiah. Ainul yang kini dah menginjak usia 2 tahun 4 bulan nampaknya mula menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif dari sehari ke sehari.
Ainul dah boleh berjalan
Terbaru dalam perkongsian di instagram mamanya, Ainul dah mula pandai berjalan. Walaupun bagi kanak-kanak normal yang lain, usia 2 tahun ini mereka dah laju tetapi bagi anak bertuah ini, ia suatu pencapaian terbaik.
Bagi walid dan mama Ainul, penantian untuk melihat Ainul berjalan dimakbulkan Allah dan sesuatu yang sangat dinantikan selama ini. Mereka ternyata bersyukur melihat perkembangan anak sulungnya yang begitu baik sekali.
Menerusi rakaman berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat Ainul sudah boleh berjalan tanpa perlu dipapah oleh mama dan walidnya lagi.
Ads
Sorry Ainul! Part jatuh tu comel sangat
Melihat Ainul membesar dengan baik, kebanyakan netizen yang mengikuti perkembangan Ainul turut gembira melihatnya semakin sihat dan aktif.
Sementara itu, menurut walid Ainul, Ahmad Safiuddin walaupun Ainul dah dapat ‘lesen kaki’, tapi dia masih dalam fasa mengimbangkan badan. Banyak kali juga dia jatuh, tapi its ok. Itu proses yang normal.
Ads
Ainul dah boleh off oksigen waktu siang
Dua minggu lepas jumpa Doktor Ainul di GH Melaka. Alhamdulillah Doktor dah bagi lesen pada Ainul untuk off oksigen waktu siang tapi dengan syarat mesti pantau betul-betul. Bila nampak Ainul sesak nafas, letih letih atau kebiruan, perlu on oksigen serta merta.
Alhamdulillah, so far Ainul nampak normal walaupun off oksigen sejam dua. Tapi malam doktor minta pakaikan Ainul oksigen ketika tidur.
Ads
Syukur dengan perkembangan Ainul sekarang
Untuk perkembangan sosial ainul, Teacher Ainul cakap dia dah semakin fokus dan banyak perkara baru yang dia dah belajar. Perkembangan dia sekarang sama seperti budak setahun lima bulan.
Ada delay sikit. Tapi tak mengapa. Hidup bukan satu perlumbaan. Take time, inshaAllah suatu hari nanti ainul dapat berdiri dan berlari sama macam kanak-kanak lain.
Sumber: ig Nurul Erwani & FB Ahmad Safiuddin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap dah genap dua tahun usia anak lelaki Dayah Bakar. Lahir pada 17 Ogos 2020, kini Achbar Muhammad Fahri makin banyak akal dan setiap gelagatnya sentiasa mencuit hati.
Bila dah mencecah usia dua tahun, kebanyakan ibu bapa dah mula tak sabar untuk dengar anak cakap. Biasanya perkataan pertama yang diharapkan keluar dari mulut si anak adalah menyebut panggilan ibu, ayah, mama, papa dan lain-lain.
Seperti situasi Fahri, Dayah berkongsi dia gigih mengajar Fahri memanggilnya ibu. Pastinya nak dengar perkataan itu buat pertama kali. Hakikatnya ia sangat struggle walaupun hanya tiga huruf sahaja.
Apa yang boleh disebut Fahri dahulu adalah baba namun sehingga sekarang masih lagi sukar untuk memanggil ibu walaupun setiap hari Dayah mengajarnya sebut ibu.
Dalam satu video yang dimuat naik ke TikTok, gelagat comel Fahri memanggil ibunya menggunakan nama cukup lucu. Walaupun masih belajar untuk bercakap dengan lancar, sebutan dengan nada yang pelat itu seolah-olah seperti dia memanggil ‘kawan’.
“Ni mesti kat rumah orang panggil dayah selalu. Anak-anak akan ikut apa panggilan ibu dia di rumah.”
“Hehe..anak bertuah ni. Panggil ibu dia dayah jehh. Kemain ye awak fahri. Comel sangat ni”
“Eeii comelnya Fahri😍 kemain ehh Dayah je dia panggil 🤣.”
“Saya pun pernah rasa pengalaman anak panggil kita dengan nama sebab duk dengar orang panggil macam tu.”
InsyaAllah jika selalu diajar untuk menyebut dengan betul, lama-kelamaan anak akan boleh faham. Asalkan terus mengajarnya. Lagi satu jangan sesekali ajuk dengan menyebut sesuatu perkataan itu dengan pelat.
Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah bersyukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Ibu kepada tiga cahaya maya itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi instagramnya sebagai tanda kegembiraan buatnya sebagai seorang ibu.
Dalam ucapannya itu, dia turut mendoakan agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.
Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa sejuk perut ibu mengandung. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara anak-anak menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokongan atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak.
“Alhamdulillah apa yang dilakukannya itu membuatkan saya dan Shuib bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah yang mengharapkan yang terbaik buat anak-anak tersayang.
Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Sumber: ig Siti Sarah & Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah sebarang kesan terhadap anak umur 2 tahun sekiranya mereka jenis tak suka tidur siang? Ini kerana ada kanak-kanak yang sentiasa aktif bermain sehingga sukar untuk tidur sekejap waktu siang.
Biasanya kanak-kanak umur 2 tahun ke atas memang sangat aktif dan lasak. Ada sahaja aktiviti yang hendak mereka lakukan sampai kadang-kala mengamuk bila disuruh tidur waktu siang.
Mereka sebenarnya sudah mengantuk tapi sanggup menahan ngantuk semata-mata hendak bermain sepanjang masa. Yang menghairankan waktu malam pun mereka tidur lewat juga. Ibu bapa mana tak risau akan hal ini.
Adakah ia akan mengganggu perkembangan si kecil kerana kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan tidur lebih kurang 11 hingga 13 jam sehari.
Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Mohamed Nazir Abu Bakar bagaimana kita nak tahu jika anak cukup tidur atau tidak? Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari. Jika nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur.
Sebagai panduan kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Apa yang merisaukan ramai ibu bapa ialah adakah anak-anak anda tidur dengan cukup? Untuk mengetahuinya, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1.Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2.Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3.Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
4.Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.