Keibubapaan

“Alhamdulillah, Syukur” Akhirnya Dapat Jumpa Anak 1 Mac Ini, Fizi Ali Ambil Cuti Bawa Anak Jalan-Jalan!

Share

Selepas hampir tiga bulan tidak bersua muka, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali akhirnya bakal bertemu dengan anaknya pada 1 Mac ini.

Keputusan itu diputuskan selepas sebutan semula kes hadanah yang berlangsung semalam.

Menurut perkongsian Fizi, dia begitu bersyukur malah teruja untuk bertemu dengan anaknya tidak lama lagi selepas hampir tiga bulan tidak bertemu.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur kerana akhirnya dibenarkan untuk bertemu Ameena selama empat hari selepas kira-kira tiga bulan tidak bertemu.

“Akhirnya, minggu depan, saya dapat ambil Ameena selama empat hari bermula (1 Mac) selepas kira-kira tiga bulan tidak berjumpa.

“Terima kasih puan (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari dan saya sangat bersyukur,” katanya.

Kesempatan selama empat hari itu akan digunakan sebaiknya oleh Fizi untuk bersama anaknya kelak. Malah kata Fizi dia juga berhasrat untuk membawa Ameena ke taman tema serta bertemu kedua ibu bapanya di kampung.

“Saya akan ambil cuti selama empat hari untuk bawa Ameena berjalan nanti.

“Emak dan ayah juga sangat rindukan Ameena walaupun mereka tidak meluahkannya. Emak juga pegang barang Ameena. Kami sekeluarga sangat rindu padanya,” katanya.

Sementara itu, sebutan semula kes hadanah kekal akan disambung di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Mei depan.

Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini kerana Shakila Khoriri enggan membenarkannya bertemu anak mereka.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Bonding time istimewa bersama anak-anak di Legoland, JB! Banyak hadiah best menanti tau.

Klik sini untuk DAFTAR 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Published by
SRM