“Alhamdulillah Syukur” Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Share

Tahniah diucapkan buat Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka petang semalam.

Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Nabil sambil meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang dipermudahkan.

Kata Nabil lagi, Ayda selamat melahirkan anak perempuan mereka di sebuah pusat perubatan tepat jam 7.07 malam semalam.

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

” Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

” Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” kongsinya.

Suami kesayangan Ayda yang juga pengacara itu semalam turut berkongsi sekeping gambarnya sebelum memasuki bilik bedah.

” BismillahBismillahirohmanirrohim. Super excited to meet my baby!
I’m gonna be a Daddy!!

“Please doakan kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi Instagramnya semalam Ayda turut memaklumkan bakal melahirkan bayi sulung mereka seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang selepas mengalami kontraksi.

” Assalamualaikum semua. Insyallah baby wuvv akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap.

“Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” kongsi Ayda di Instagramnya.

Beberapa keping gambar pasangan ini ketika berada di hospital dan sebelum memasuki bilik bersalin turut sama dikongsikan dikongsikan melalui Insta Story mereka.

Tahniah buat Ayda dan Nabil. Semoga Ayda dan baby wuvv cepat-cepat sihat untuk pulang berpantang di rumah.

Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pertama mereka. Tahniah!

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: Harian Metro

Published by
SRM