Bila kandungan makin membesar, sememangnya para suami akan kasihankan isteri ‘membawa’ perut.
Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar. Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar, penyampai radio Zayan, Raqib Majid yang kasihan melihat isteri yang semakin sarat hamil.
Dengan perkembangan kandungan yang membesar, Raqib turut mengatakan ramai meneka kandungan pertama mereka kembar. Apa pun, bakal bapa ini berharap doa yang baik daripada semua.
raqibmajid Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. Kebetulan agak besar jugak perut Tasha. Orang tengok ingt kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. Macam penguin jalannya. comel!
Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mane?
Para follower berkongsi pengalaman dan mendoakan agar kehamilan Tasha dipermudahkan. Ada yang mengatakan saiz perut yang besar sering menjadi bualan tetapi hakikatnya bukanlah kandungan kembar. Ini juga salah satu pengorbanan ibu hamil.
Enggan menanti lebih lama, penyanyi popular, Marsha Milan, tekad untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertamanya bersama suami.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, akui Marsha dia kini terbuka hati untuk mencuba rawatan itu malah sudah berbincang bersama suami.
Akui pelantun lagu Cinta itu lagi, sepanjang perkahwinannya, telah bermacam cara dilakukan termasuklah mendapatkan rawatan tradisional namun masih belum diberikan rezeki.
Malah kata Marsha lagi, dia pernah menyuarakan hasrat untuk punya anak angkat jika rawatan ini tidak mendatangkan hasil.
“Kami sudah berusaha bermacam cara termasuk rawatan tradisional untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh perkahwinan.
“Hasil pemeriksaan, doktor beritahu kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Marsha, dia menantikan masa yang sesuai sebelum menjalani rawatan itu sedikit masa lagi.
Biarpun terpaksa berehat seketika kerana IVF yang memakan masa, namun kata Marsha dia tekad. Semuanya demi zuriat pertama mereka.
“Sebelum ini saya sibuk dengan pelbagai komitmen dan kini selepas semuanya selesai, barulah kami berbincang semula mengenai IVF.
“Maklumlah untuk buat rawatan itu, saya perlu mengambil cuti yang panjang dari aktiviti seni. Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini,” katanya.
Malah kata Marsha lagi, dia juga mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat jika segala usaha yang dilakukan untuk mendapat anak sendiri tidak berjaya.
“Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini, dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.