Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Sekali lagi memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November, Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka.
Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata turut menimang cahaya mata perempuan yang dikatakan sudah pun diberikan nama, Azura Hanna Nur Atta.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi beberapa momen yang dikongsikan Atta di Tik Toknya turut dikongsikan saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.
Atta dilihat menangis sebak sepanjang detik hebat itu lantas membuatkan ramai yang hiba menyaksikan video penuh makna itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini mencambah rasa bahagia buat keluarga besar mereka.
Turut sama menanti momen penuh bahagia itu pastinya keluarga Hermansyah, Kris Dayanti dan keluarga Atta Halilintar yang setia menunggu.
Terdahulu, Atta dan Aurel turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI