
Baru sahaja sebentar tadi, pelakon Aidil Aziz suami kepada Fasha Sandha berkongsi berita gembira, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Dalam perkongsian yang dibuat melalui Instagram miliknya, Aidil mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran bayi yang dipanggil ‘Baby A’.
Pelakon Camelia itu turut mengucapkan terima kasih buat Fasha Sandha yang mengandungkan anak mereka selama sembilan bulan.
Malah menurut Aidil menerusi kapsyen yang memuat naik gambar bayi mereka turut menyatakan akan bercuti sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha selama berpantang.
“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
“Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami.
“Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..Aminn,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on
Tahniah buat pasangan ini dan selamat berpantang buat Fasha Sandha!
Sumber: Instagram Aidil Aziz
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Pasangan Anda Merokok, Elak Kongsi Katil Dengan Bayi. Boleh Membahayakan Kesihatan Anak

Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.
Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi:
- Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
- Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
- Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
- Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
- Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
- Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
- Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
- Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
- Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
- Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
- Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
- Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
- Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
- Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
- Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
- Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
- Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
- Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
Sumber: MyHealth Portal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ke Sekolah Akan Tukar Lampin Ibu” Anak 10 Tahun Jaga Ibu Kanser Tanpa Bapa

Usianya baru 10 tahun namun Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus sudah mampu menguruskan ibunya, Roliza Md Zain, 31, yang terlantar sakit akibat kanser payu dara sejak setahun lalu.
Setiap pagi sebelum ke sekolah, Nur Saffiya akan membersihkan badan dan menukarkan lampin pakai buang selain memberi ibunya makan.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar itu yang juga anak sulung daripada empat beradik itu menggalas tugas itu bapanya, Mohd Firdaus Marzuki, 35, meninggal dunia tahun lalu akibat penyakit jantung dan paru-paru berair.
Menurut Nur Saffiya, dia bersama ibu serta dua adiknya, Noureen Mikayla, 3, dan Nur Saffiya Elyana, 8, kini menumpang di rumah ibu saudara mereka, Rohani Md Zain, 44, di Kampung Charuk Purun, Tawar, Kuala Ketil, di sini.
Selain itu, adik bongsu mereka, Muhammad Waffiy Qayyum, 2, pula tinggal berasingan bersama seorang lagi ibu saudara mereka sejak ibu mereka jatuh sakit.
“Saya bangun awal untuk tukarkan lampin ibu setiap pagi sebelum pergi ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah saya lakukan perkara sama.
“Selepas itu, ibu saudara pula akan ambil alih untuk jaga ibu ketika saya ke sekolah manakala pada waktu malam pula saya akan menemani ibu kerana tidak mahu dia kesunyian,” katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya, di sini semalam.
Manakala Rohani berkata, sebelum ini Roliza yang menjaga ibu mereka Safiah Che Din sebelum meninggal dunia akibat kanser usus kira-kira 10 tahun lalu.
“Setiap hari saya sediakan dan masak apa jua makanan yang dia minta selain membantunya apa yang perlu termasuk ke bilik air,” katanya.
Dalam pada itu, Roliza berkata, dia dikesan menghidap kanser payu dara tahap empat pada Ogos tahun lalu iaitu dua bulan sebelum suaminya meninggal dunia.
Katanya, selepas bersalin anak keempat, payu dara kirinya membengkak dan bidan kampung memberitahu yang dia hanya mengalami bengkak susu.
“Tapi bengkak itu sakit sehingga enam bulan sebelum saya menjalani rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat.
“Sehingga kini saya masih berulang ke sebuah hospital di Ipoh, Perak untuk menjalani kemoterapi setiap dua minggu sekali.
“Tetapi sejak seminggu lalu, saya mendapati terdapat bengkak kecil seperti jerawat, tumbuh banyak di sekitar payu dara kiri,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 019-8673582 (Roliza) atau 019- 5739844 (Rohani) atau menyalurkan terus kepada akaun Maybank Roliza Md Zain bernombor 152040588376.
Kredit: HMETRO
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Setakat Payudara Bengkak & Sakit Merengat, Ibu Baru Lepas Lahirkan Anak Perlu Bersedia 3 Perkara Ni!

Kita rasakan semua kesakitan ketika melahirkan anak akan hilang dan lenyap begitu sahaja sebaik bayi dikeluarkan dari rahim. Rupanya ibu yang baru melahirkan anak perlu mempersiapkan mental untuk kesakitan sampingan lain.
Semua kesakitan ini terjadi sementara menanti proses tubuh untuk kembali ke keadaan sebelum melahirkan. Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abd Razak. Jadi mommies kenalah bersedia!
✅Merengat – menandakan rahim sedang mengecut dan kembali kepada kedudukan dan saiz asal. Lagi ketara kalau tengah menyusu. Ada orang describe rasa macam nak terberanak lagi, tapi idok ler keluar baby lagi, its just feeling of another contraction pain/cramping pain.
Kalau teruk sangat sakitnya, boleh la amek normal pain killers.
✅Sembelit – disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika pregnancy, pergerakan usus menjadi slow dan boleh sebabkan sembelit. Tak kisah bersalin secara C-section atau vaginal delivery tetap sama.
Sembelit ni lebih pronounce untuk ibu yang vaginal delivery yang ada episiotomy – nak berak pun takut, nak kencing pun takut. Bertenang. Boleh je berak macam biasa. Lebihkan air dan makanan berserat tinggi. Kalau masih tak jalan ada ubat sembelit yang boleh membantu.
✅Perut masih buncit. Ada baby lagi ke? – walaupun baby dah keluar, lebihan lemak, lebihan kulit akan sebabkan perut masih lagi kelihatan buncit.
Akan ambil masa untuk kembali kepada keadaan asal. Buat senaman ringan, makan secara sihat, yang penting breastfeeding untuk penurunan berat dah lemak yang berlebihan. Pakai bengkung takboleh kempiskan perut. Ingat tu.
Beli Cuoco Grade Stainless Steel Knife Set Di Sini
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/cuoco-grade-420-stainless-steel-knife-set-20166316″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Set[/su_button]
✅Buah dada bengkak – perubahan biasa juga ketika berpantang. Kena selalu perah susu, tuam sejuk dan panas berselang seli kekadang membantu.
Breast engorgement boleh sebabkan ibu demam. Tapi kalau dah terlalu bengkak, sakit sangat, breast bernanah – ni tak normal dah. Perlu jumpa doktor.
✅Berpeluh malam – get ready towel atau extra baju tidur sebab sesetengah ibu berpantang boleh berpeluh malam. Berlecak!
Perkara ini akan slowly pulih with time, bila hormon dah kembali pulih.
Menarik: Masa Berpantang Boleh Ke Tidur Dalam Aircond? Pencerahan Doktor Buat Ibu Lega
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI