“Alhamdullilah, Hero Lagi,” Shahrol Shiro Timang Anak Kedua. Isteri Selamat Lahirkan Anak Lelaki Jumaat Lalu

Share

Tahniah diucapkan kepada pelawak Shahrol Shiro yang mengesahkan isterinya Nor Farhanah Syamimi selamat melahirkan bayi kedua mereka pada pagi Jumaat minggu lalu.

Dalam satu laporan oleh Portal Hiburan Gempak, bayi lelaki yang dilahirkan dengan seberat 2.4kg dilahirkan secara normal di Johor Maternity Specialist Centre, Kluang.

“Alhamdulillah, hero lagi…Kalau nak diikutkan ini adalah hero ketiga saya, tetapi yang kedua bersama Anna.

“Apa pun saya bersyukur kerana anak dan ibu kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” katanya teruja.

Bagaimanapun dua hari lalu bayi kedua mereka dimasukkan kembali ke hospital kerana bacaan kuning yang agak tinggi.

“Ada pemeriksaan biasa sebenarnya. Tetapi bila bacaan kuning tu agak tinggi, baby kena tahan wad…Tapi tak lama, sehari sahaja sebab bacaannya kembali normal.

“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada yang telah mendoakan urusan isteri saya melahirkan anak kami,” katanya kepda Gempak.

Shahrol dan Anna bernikah pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan anak lelaki yang dinamakan Iskandar Rizqi pada 8 Februari 2017.

Sebelum ini, Shahrol pernah dikurniakan anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

Tahniah buat Shahrol Shiro dan isteri, semoga dengan kehadiran bayi lelaki kedua mereka akan melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Sumber: Gempak & IG Shahrol Shiro

Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini! 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
SAHR