Pemergian adik Nur Alisha Safiya selepas dilanggar van sekolah membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan. Apatah lagi rakaman CCTV itu tular di media sosial. Masing-masing bersimpati dan mendoakan keluarga arwah tabah dengan ujian tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, nenek arwah, Mahani Hamid, 68, memberitahu arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya.
Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.
Nampak perubahan Alisha sangat ceria
Ads
Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.
“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.
“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi.
Adik yang manja
Ads
Sementara itu, abang sulung Nur Alisha Safiya, Muhammad Aiman Firdaus, 16, berkata ketika kejadian dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.
Menurutnya, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.
“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.
Ahli keluarga menunggu jenazah Alisha di rumahnya
“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.
Ads
Rakaman CCTV kejadian yang meragut nyawa adik Alisha ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.
Setakat ini, pemandu wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pihak berkuasa bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi sebelum berbuka puasa! Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang berusia 4 tahun meninggal dunia selepas dihempap tiang batu botol di beranda rumahnya.
Kejadian yang berlaku di Alor Gajah, Melaka itu benar-benar memberi kejutan buat si ibu yang sedang menyiapkan juadah berbuka puasa.
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Nur Iman Irdina, 4, dijumpai berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali pada jam 7 malam di beranda rumah mereka.
Ujar Aznynaqiah ketika insiden tersebut berlaku, dia sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur dan mangsa sedang bermain seorang diri di kawasan beranda.
“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.
“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.
Kongsi ibu ini lagi, tiang batu botol tersebut memang dah retak dan sudah bercadang untuk membaikinya namun dia sama sekali tidak menyangka insiden tersebut meragut nyawa anak bongsunya.
Selepas kejadian itu, Aznynaqiah bersama adik dan ibunya membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.
Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.
Kini, proses bedah siasat sedang dijalankan dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Klip video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seseorang menyuap vape kepada anak kecil tersebut sebanyak dua kali dan jelas kelihatan anak kecil tersebut seperti menahan keperitan dan mengelap mulutnya dengan cepat (rasa tidak selesa di bahagian mulut).
Video tersebut dimuatnaik di instagram ibunya dengan caption “Ada Bapak Jadi Bodoh”. Setelah mendapat kecaman Netizen, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia memuatnaik video tersebut sekadar suka-suka.
“Kelam kabut masing-masing ya. Suka hati akulah nak post apa. Kalau rasa semak, jangan follow aku. Tak follow pun sebuk komen-komen dekat gambar aku. Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia, bodoh!”
“Stress aku. Cukup-cukuplah viralkan (video itu). Tak tahu pula boleh sampai jadi macam ni. Aku tahu aku silap di situ. Kalau aku nak bunuh anak aku, dari dia baby lagi aku dah buang. Tu saja buat video je. Harap maafkan aku. Dahlah viralkan video tu, aku stress!
“Salah satu, semua orang nampak sampai viral. Korang tak nampak ibu sendiri dia jaga macam mana. Video hanya saja-saja, tak tahu sampai viral dikecam macam ni sekali.
Rata-rata netizen berpendapat kesalahan sebegini tidak patut dibiarkan kerana perbuatan itu boleh memudaratkan anaknya. Meraih perhatian dengan menggunakan anak semata-mata untuk viral sangat tidak patut. Malah ada yang mencadangkan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan sewajarnya.
“Bukan nak pisahkan mak dengan anak, tetapi kalau dah macam ni cara gurau, harap Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan sewajarnyalah,” kata Huda.
“Selamba je bagi anak hisap vape. Otak kau penuh asap tak apa, jangan anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa kau sumbat mulut dia dengan vape. Buat bahan gurau? Fikir kesihatan anak, jangan fikir nak seronok-seronok saja.
“Selalu nampak video-video macam ni dari seberang, rupanya kat Malaysia. Terkedu aku! Aku paling geram orang guna budak-budak yang tak tahu apa-apa untuk dijadikan bahan lawak bodoh merepek-repek macam ni. Macam sempit sangat otak mak paknya,” – Nur Idayu.
“Kena report ni. Dia yang rakam, yang dia tak rakam? Mentang-mentang kat hospital bayar RM1, itu nilai nyawa anak dia eh?” – Syaidatul.
“Lain macam cara bergurau mak kau ni dik. Hari ini dia bergurau bagi anak hisap vape, pastu busted dekat orang baru pandai minta maaf. Esok lusa apa pula nak diguraukan. Itu pun kalau viral lagi, mungkin dia sedarlah sekejap.
Sumber video: Eykasweet
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Potty training adalah salah satu proses/aspek perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah. Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah. Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda Anak Bersedia Untuk Potty Train
Petanda anak-anak bersedia contohnya:
Seronok pergi ke tandas sendiri
Beritahu ibu atau bapa mereka nak kencing atau berak
Nak tukar seluar baju/pakaian apabila basah
Selalu nak buka lampin
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri. Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.
Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.