“Allah Atur Cantik. Diuji Dengan Perpisahan Masa Hamil, Kini Anak-Anak Kekuatan Ummi”

Share

Emosi ibu semasa sedang hamil memang cepat sensitif dan tak stabil kerana perubahan hormon. Sebab itu jika ada yang tak kena, ibu cepat berubah mood dan lebih mudah menangis.

Bukan itu saja, ibu hamil berisiko untuk mengalami masalah kesihatan yang lain seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi yang disebabkan pelbagai faktor dalaman mahupun luaran, fizikal atau psikososial dan lain-lain.

Jika tak kuat dan tiada sokongan orang sekeliling pastinya ia akan lebih memudaratkan lagi.

Namun menerusi perkongsian Fatin Nurul Ain yang pernah mengalami melalui saat getir dan perpisahan ketika hamil anak kedua, ia benar-benar menguji dirinya. Alhamdulillah semua itu diambil secara positif dan kini Allah beri yang terbaik untuknya dan anak.

Allah sebaik-baik perancang

Pengalaman melahirkan setiap anak itu memang berbeza. Hari ni mengingatkan kembali ummi time lahir kan Farrel.

Seawal 4 bulan usia adik dalam kandungan, doktor dah nampak baby boy. Berbunga-bunga hati ni, pengalaman baru buat ummi dapat anak lelaki.

Sepatutnya due adik betul-betul 1/1/2020, ikutkan pengalaman kakak, lahir awal dari tarikh due. Masa tu memang banyak urusan, banyak benda ummi perlu fikir. Ummi doa sangat-sangat adik sabar dulu dalam perut. Bagi ummi settlekan dulu semua.

Alhamdullillah Allah Maha Baik, adik lahir melihat dunia time ummi dah betul-betul bersedia.

Mungkin perancangan dan angan-angan ummi tak tercapai, tapi Allah dah aturkan sebaiknya. Persiapan ummi untuk lahirkan adik yang paling utama time tu adalah EMOSI.. Berbeza dengan kakak setiap hari asyik berangan kelengkapan dan persiapan sebab pertama kali kan.

Jangan duduk berseorangan jika sedih atau stres

Emosi memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan amanah Allah ni. Kalau nak cerita-cerita sedih, ummi pun dah lupakan. Buang jauh-jauh.

Tapi kalau ibu-ibu yang pregnant rasa sedih atau ada masalah yang membuatkan stres, tolong jangan duduk berseorangan. Deep breathing, banyakkan istighfar, cuba selesaikan masalah tu cepat-cepat, minta sokongan dan nasihat dari orang dipercayai. Jangan putus doa, Insyaallah, Allah permudahkan segalanya.

Tengoklah adik sekarang, seawal lahir dah suka senyum. Terbuktilahkan ummi happy je sepanjang mengandungkan adik.

Lupakan masa lalu, jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk dikenang. Fokus utama nak anak-anak lebih gembira dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Semoga Allah sentiasa beri kekuatan buat ummi untuk mendidik dan membesarkan anak-anak ummi dengan baik. Happy 1ST Birthday anak ummi NIK FARREL FAHIM

Sabar, reda kunci kekuatan buat seorang wanita

Selain itu, dalam perkongsian yang lain juga, Fatin turut memberi kata-kata semangat walaupun kehidupan ada ketikanya diuji.

Ingatlah, kita hidup ini atas takdir yang Allah SWT tetapkan atas diri kita. Tiada makhluk yang boleh mengubah takdir hidup kita.

Setiap ketetapan takdir sama ada dalam bentuk nikmat atau musibah atas diri kita, kita kena yakin Allah SWT tetapkan sesuatu yang terbaik buat diri kita untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.

Kita perlu sentiasa sandarkan kehidupan, tujuan dan matlamat hidup pada Allah SWT. Sebab hanya DIA Yang Maha Berkuasa, hanya DIA yang Maha Pemberi Rezeki, dan sebagainya.

Jika kita nak sandarkan hidup kita pada manusia, pasti manusia tersebut tak mampu memenuhi keperluan hidup kita kerana dia sendiri memerlukan rahmat dari Allah SWT.

Sabar, redha dan berharap pada Allah SWT adalah kunci untuk kita terus tabah dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini. Sentiasa jadikan al-Quran, Solat, Zikir, bersama dengan orang soleh sebagai resepi untuk kita terus mendapat kekuatan.

Kredit: Instagram Fatin Nurul Ain

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy