Penantian 10 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila Adam Corrie Lee mengumumkan bahawa bakal bergelar bapa tak lama lagi.

Telah sedekad mendirikan rumah tangga dengan Fazema Mohd Fuad, ternyata impiannya bersama isteri tercapai jua.

Pelakon aksi terkenal ini yang berusia 50 tahun ini percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan berita ini disambut dengan air mata kegembiraan.

Allah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua, Kini Adam Corrie Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.

IKLAN

“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya.

Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.

“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

IKLAN

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat.  Dan luaskanlah rezeki.  Dan jadikanlah bagi manusia yang  selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka  yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.

IKLAN

Allah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua, Kini Adam Corrie Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Sebelum ini, Corrie pernah memuat naik status di instagramnya yang Fazema pernah mengandung tapi keguguran sebanyak tiga kali.

Walaupun sedih sebab tak dapat nak rasa nikmat itu, pasangan ini tetap bersangka baik dan percaya belum sampai masanya lagi.

Apa-apa pun diharapkan tempoh kehamilan kali ini dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.

Kredit: ig adamcorrielee

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI