Akhirnya pergi jua..Ibu kepada tiga cahaya mata yang koma selepas sebulan melahirkan anak ketiga meninggal dunia Khamis lalu (4 Februari). Kisah allahyarham Marihah Husin, 35, ini mendapat simpati orang ramai selepas hanya terlantar dan minum susu melalui tiub sahaja.
Tiba-tiba isteri sukar bernafas
Pemergian arwah benar-benar dirasai oleh suami dan anak-anaknya yang masih kecil. Menurut suaminya, Hussain Muddasar, 34, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.
“Saya terus menelefon ambulans tetapi dia meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi sebelum ambulans tiba,” katanya kepada Sinar Harian.
Allahyarham Marihah sebelum ini mengalami koma selama tiga bulan selepas terjatuh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.
Ads
Pada waktu itu, selama dua bulan arwah di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dibawa pulang ke rumah selama sebulan dalam keadaan koma.
Sepanjang isteri koma, Hussain yang menjaga arwah sepenuhnya seperti menukarkan lampin pakai buang isteri bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Manir, Kuala Terengganu Khamis lalu.
Sementara itu, Hussain berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.
“Saya ingin membesarkan mereka sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,” katanya.
Ads
Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.
Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan empat bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai soerang ibu. Peranan seorang ibu juga besar, perlu uruskan banyak perkara demi memudahkan urusan suami serta anak-anak. ada masanya kita akan ‘tewas’ dan mula merasa tertekan kerana kepenatan.
Besarnya pengorbanan seorang ibu, sejak mengandung dan melahirkan serta mendidik anak-anak, banyak keinginan yang diketepikan. Namun semua itu tidak mengharapkan balasan kerana sudah naluri seorang iu hanya mahu melihat yang terbaik buat anak-anaknya.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan melalui akaun Instagram Nourul Depp, dia berkongsi tentang perasaa seorang ibu. Melalui video tersebut dapat dilihat dirinya yang sedang menangis di dalam kereta.
“Menjadi seorang ibu itu lebih banyak menangis dari ketawa. Ibu adalah penjaga dan pelindung anaknya. Dia akan terus bangun berjuang, walaupun sukar. Demi anak-anaknya..”
Nourul kini dilihat lebih banyak fokus terhadap rumah tangganya selepas berkahwin dengan Eric Daniel. Mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Eric iaitu Zachary, Raphael dan Isabella.
Di kapsyen, Nourul bercerita tentang kehidupan sebagai ibu yang sentiasa menangis dalam apa jua hal. Baik ketika mengandung dan melahirkan, kita akan menangis. Sebaik anak dapat berjalan juga menangis, anak mula bercakap juga sama.
Bila anak masuk sekolah dan dapat keputusan yang baik juga menangis. Ketika anak habis sekolah dan menamatkan pengajian juga seorang ibu akan menangis. Boleh dikatakan dalam apa jua situasi anak, ibu akan sentiasa ada dan menangis untuk mereka.
Banyak komen positif yang menyokong serta berkongsi rasa yang sama seperti Nourul;
Tambah Nourul lagi, semua wanita sama dan akan melalui pengalaman ini apabila sudah bergelar seorang ibu. Jika diikutkan, perkongsian Nourul ini ada benarnya. Sebagai seorang ibu, kita sentiasa beremosi dalam apa jua hal yang berkaitan dengan anak-anak.
Semoga kita semua akan terus menjadi ibu yang kuat untuk anak-anak. We can do it mommies!
Menantikan kehadiran si kecil dalam hidup anda sesuatu yang sangat mengujakan. Tentu sekali pelbagai persiapan yang ingin dilakukan agar kelahiran si manja disambut dengan lengkap.
Namun ada beberapa perkara yang anda mungkin terlepas pandang dalam membuat persiapan untuk si kecil. Utamakan kelengkapan yang lebih penting untuk menyambut kehadiran si manja agar dapat memudahkan urusan harian anda menguruskan si comel ini. Sebelum due anda hampir, sediakan barangan ini supaya mama tidak kelam kabut.
Kelengkapan tempat tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah besar sedikit. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
Tilam
Bantal kepala
Bantal peluk
Cadar
Selimut
Pakaian bayi yang selesa
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja.
Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek. Selain itu pastikan material baju yang dibeli itu selesa dan tidak panas kerana kulit si manja sangat sensitif.
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Produk mandian
Produk mandian sangat penting dan wajib. Ini untuk memastikan si comel sentiasa bersih dan selesa. Bayi memerlukan produk mandian yang sesuai dan serasi dengan kulitnya jadi pilihlah produk yang bebas paraben.
Mungkin anda tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kulit si manja. Dari pakar penjagaan kulit yang lembut, Cetaphil mengeluarkan produk yang dirumus khas untuk melindungi dan menyuburkan kulit halus si kecil anda. Produk bayi Cetaphil adalah bebas paraben, bebas minyak mineral, hypoallergenic, dan diuji secara dermatologi.
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Cetaphil Moisturising Bath & Wash ini adalah campuran 1/3 pelembap dengan lidah buaya dan rumusan hypoallergenic yang disyorkan oleh pakar pediatrik. Baby Moisturizing Bath & Wash ini menjadi pilihan utama oleh para ibu untuk menjaga kulit bayi mereka dengan lembut dan sihat.
10 daripada 10 ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash membasuh secara lembut dan melembapkan kulit halus bayi mereka tanpa menyebabkan kekeringan.
Antara kelebihan lain yang terdapat dalam Cetaphil Moisturising Bath & Wash;
• Disyorkan oleh pakar pediatrik
• Bebas paraben
• Bebas sabun
• Tidak memedihkan mata bayi
• Mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera yang menenangkan dan minyak badam
• Hypoallergenic
• pH seimbang
• Menjadikan kulit lembut dan bersih
Produk bayi Cetaphil dirumuskan khas untuk menjaga kulit si manja anda dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jadi anda tidak perlu rungsing lagi memikirkan produk apa yang sesuai untuk si manja. Setiap detik-detik istimewa dalam hari anda dapat mengeratkan ikatan dengan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan Caesarean.
Mengakui berdebar menantikan saat itu, Siti, 39, berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan juga dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.
“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.
“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya.
Mengenai persiapan menyambut si kecil, penyanyi yang baru saja muncul dengan single Comel Pipi Merah ini berkata, segala-galanya sudah tersedia.
Ketika ini, jelasnya, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan. Bukan setakat hiasan bilik bayi sahaja tapi lif pun sudah siap untuk kegunaan Siti dalam pantang. Bagaimanapun, ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” katanya.
Diharapkan Siti dan bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat. Dah tak sabar rasanya peminat nak tengok bayi penyanyi kesayangan ramai ini.
Sumber: Berita Harian & Instagram Ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.