Akhirnya pergi jua..Ibu kepada tiga cahaya mata yang koma selepas sebulan melahirkan anak ketiga meninggal dunia Khamis lalu (4 Februari). Kisah allahyarham Marihah Husin, 35, ini mendapat simpati orang ramai selepas hanya terlantar dan minum susu melalui tiub sahaja.
Tiba-tiba isteri sukar bernafas
Pemergian arwah benar-benar dirasai oleh suami dan anak-anaknya yang masih kecil. Menurut suaminya, Hussain Muddasar, 34, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.
“Saya terus menelefon ambulans tetapi dia meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi sebelum ambulans tiba,” katanya kepada Sinar Harian.
Allahyarham Marihah sebelum ini mengalami koma selama tiga bulan selepas terjatuh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.
Pada waktu itu, selama dua bulan arwah di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dibawa pulang ke rumah selama sebulan dalam keadaan koma.
Sepanjang isteri koma, Hussain yang menjaga arwah sepenuhnya seperti menukarkan lampin pakai buang isteri bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Manir, Kuala Terengganu Khamis lalu.
ARTIKEL BERKENAAN [“Hanya Terlantar Koma & Minum Susu Melalui Tiub.” Isteri Koma Selepas Sebulan Bersalin]
“Saya akan jaga ketiga-tiga anak”
Sementara itu, Hussain berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.
“Saya ingin membesarkan mereka sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,” katanya.
Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.
Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan empat bulan.
ARTIKEL MENARIK [Kongsi Semua Data & Password Pasangan, Elak Berahsia. 5 Perkara Ni Wajib Buat Sementara Pasangan Masih Hidup]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak, Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)