“Allah Masih Jaga Harazz. Akibat Kecuaian Pengasuh Sampai Hari Ini Mama Trauma”

Share

Anak adalah anugerah Allah. Tiada seorang ibu pun sanggup lihat anaknya sakit. Namun apabila diuji dengan ujian yang tak dijangka sama sekali, hati ibu mana yang tak sedih. Kisah adik Irsyaad Harazz beberapa tahun lalu, yang mengalami pendarahan dalam kepala benar-benar menjentik hati ibu ini.

Menurut Puan Farah Farhana Roslan, ibarat Allah beri peluang kedua buatnya dan suami memeluk Harazz sehingga ke hari ini selepas apa yang berlaku pada Harazz ketika dalam jagaan pengasuh semasa usianya 3 bulan setengah.

Alhamdulillah kini melihat kelincahan dan senyuman Harazz yang dah berusia 6 tahun benar-benar buatkan Puan Farah sangat bersyukur. Ikuti perkongsiannya agar ibu bapa sentiasa peka dengan kesihatan anak dan pengasuh yang menjaga anak kita.

8 Dec 2015
Irsyaad Harazz berumur 3 bulan setengah. Masa ni dia muntah-muntah. Mama tanya pengasuh, dia ada jatuh ke? Sebab muntah setiap kali menyusu. Pengasuh kata tak ada. So mama fikir mama yang salah makan sebab dia susu badan. Mama amik cuti jaga dia.

10 Dec 2015
Masa ambil kat rumah pengasuh, Harazz tak aktif. Dia tidur je. Pengasuh pun cakap dia tak aktif. Masih muntah-muntah. Mama monitor ja.

15 Dec 2015
Mama hantar ke pengasuh dalam pukul 8 pagi since dia dah tak muntah dan nampak aktif. Harazz tak demam pun.

Pukul 9.20 pagi, pengasuh call kata Harazz lembik. Mama pergi ambil, memang lembik. Leher macam tak ada tulang. Mata macam terkebil-kebil sikit. Tak ada langsung respond dari Harazz. Terus bergegas ke KK BSP since situ paling dekat. Nurse memang bertindak pantas. Doc rawat kat bilik emergency. Mama kena tunggu luar bilik. Dari luar baru dengar suara Harazz nangis.

Doc minta tanya pengasuh apa jadi sebelum tu. Pengasuh kata dia kejung dan mata naik atas. Dia sawan rupanya.

Then naik ambulan ke Hospital Serdang. Masuk red zone(zon kritikal). MA check, MA cakap baby kritikal sebab dia tak respond masa MA tekan dada dan picit kuku jari dia. Doc buat CT scan sebab sawan. Dia tak demam. Maknanya bukan sawan panas. Ada sesuatu yang menekan dalam kepala dia. Papa dah smpai opis time tu. take time dari subang ke hospital serdang.

Perasaan mama memang tak dapat nak gambar kan.. Anak tak pernah masuk hospital. Sekali masuk terus dalam keadaan kritikal. Sory semua orang, mama memang tak mampu nak pickup call sebab mama tak mampu nak cakap. Suara tak keluar sebab tahan nangis. Thanks semua sebab ambil berat. Mampu reply whatsapp je.

Pukul 1.30 petang, result CT Scan kuar. Doc cakap, ada pendarahan dalam otak. Agak banyak. Doc arrange ke HKL sebab sana ada pakar. Doc kata, kalo kejadian yang sama jadi kat orang dewasa, orang tersebut akan koma. Harazz alhamdulillah tak koma sebab baby belum tertutup sepenuhnya tengkorak dia.

Pukul  11.50 malam sampai HKL. Naik ambulan lagi. Dr red zone HKL transfer ke wad neurosurgery. Dalam wad, duduk katil depan nurse.

16 Dec 2015
Asalnya plan nak operate buang darah waktu pagi. Tapi doc ada emergency kes. Maka pukul 1 petang turn Harazz. Lama Harazz kena puasa sebab nak operate.

Sampai kat bilik operate, semua nurse kerumun Harazz. Depa geram tengok harazz. Putih gebu kata mereka. (Yela2, mama kulit gelap..hehe).

Doc suh mama bersiap pkai baju biru plastik tu lengkap utk masuk dlm bilik OT. Mama mcm ‘What??’.. mama mmg tak kuat nak tgk.. Rupanya doc suh kiss baby dann kuar after baby di tidurkan. Wayar penuh 1 badan dia.. Mama takde la perati betul2 sebab tak sanggup nak tengok.

Pukul 4 petang, operation settle. Doc gerudi dua lubang kat tengkorak Harazz untuk kuarkan darah.

Nurse KK call follow up setiap hari selama 5 hari berturut-turut. Lepas tu dia citer, dia takut sangat tengok Harazz masa mama bawa ke kk. Sebab katanya dia nampak Harazz pucat sangat. Pucat macam mayat.

7hari pasang tiup kat kepala untuk buang darah. Memang banyak darah. 14 kesan jahitan di kanan dan kiri kapala dia. Pasang stokin kat tangan sebab risau dia cabut tiub atas kepala dia.

Kena masukkan darah dan air sekali. Mama kira kesan jarum untuk masuk ubat/amik darah kat kaki sahaja ada 40 kesan jarum. Ni tak masuk lagi kat tangan. Banyak cucuk sebab urat jenis cepat bengkak. Sekali pakai ja boleh. Memang kaki tangan dia penuh lebam.

24 Dec 2015
Alhamdulillah dah boleh discharge. Thanks semua staff HKL dan Hospital Serdang. Thanks semua kawan-kawan dan sedara mara. Thanks papa..

Mama jaga harazz kat rumah sampi pertengahan bulan 1 and tukar pengasuh baru. Agak mencabar jaga dia kat rumah sebab asalkan bangun tidur je dia akan nangis sebab sakit. Kena bagi ubat tahan sakit. Doc cakap punca pendarahan disebabkan jatuh atau di goncang kuat.

Sebab doc check urat saraf kat kepala dia elok. Maknanya pendarahan tak terjadi dengan sendirinya. Mama buat report polis. Ada balai polis sebelah tempat emergency HKL. Kalo tak, Harazz tak dibenarkan keluar dari hospital. JKM take over. Macam-macam depa tanya mama. Mama report sebagai kecuaian.

Doktor kata Harazz bernasib baik sebab kira cepat dapatkan rawatan. Kalau tak, kesannya boleh lumpuh.

Tok dan tokwan dtg dari kedah. Tok amik kakak imtiyaz balik Kedah. Masa tu kakak umur 2tahun11bulan. Tok nak mama fokus jaga Harazz. Mama rindu kakak sebab tak pernah berjauhan. Hari-hari video call. Dekat-dekat dua bulan kakak Imtiyaz kat kampung.

Alhamdulillah sekarang membesar dengan sihat. 2 tahun lebih juga la kena ulang alik follow up kat HKL.

-Updated: pendarahan yang jadi kat Harazz tu darah cair. Jadi buat lubang kat tengkorak supaya boleh sedut darah. Kalau darah beku, kena buka tengkorak. Yang ini lagi teruk. Darah Harazz pun dah agak pekat. Maknanya dari mula dia muntah-muntah tu memang dah mula berlaku pendarahan.

Harazz kini dah pun berusia 6 tahun

Di uji sebab Allah sayang kita. Syukur pada mu Ya Allah. Sekarang tengok senyuman Harazz buatkan mama rasa Allah bagi peluang kedua untuk membesarkan amanah ini. Moga semua anak-anak kita sentiasa dalam perlindungan-Nya sepanjang masa. Amin

Kredit: Farah Farhana Roslan

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy