
Akhirnya wanita berusia 20 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini, petang semalam.
Wanita berusia 20 tahun itu ditahan selepas ada saksi melihat perbuatannya cuba membuang bayi itu ke dalam mangkuk tandas wanita bahagian Zon Kecemasan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata saksi iaitu seorang wanita pekerja kilang yang melihat kejadian itu memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.

“Tindakan segera saksi itu memaklumkan pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang mahu dibuang suspek.
“Bayi itu kemudian disahkan oleh doktor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata wanita terbabit dipercayai baharu melahirkan anaknya semalam namun siasatan lanjut akan dilakukan selepas suspek mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama.
“Pada masa ini suspek ditahan di wad Zon Merah hospital sama untuk rawatan dan enggan memberikan kerjasama ketika ditemubual oleh doktor.
“Dia hanya menangis sejak ditempatkan di wad Zon Merah,” katanya.
Samsor berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut Tengok Anak Tiada Dalam Kereta. Bila Diperiksa Ada Dalam Longkang

Tak sangka, niat ibu untuk tinggalkan anak sekejap dalam kereta benar-benar buatkan seorang ibu serik apabila mendapati anak lelakinya tiada dalam kereta.
Kejadian yang dikongsikan oleh seorang ibu ini benar-benar menjadi pengalaman buatnya dan peringatan untuk ibu bapa lain agar sama-sama beringat.
Fayyad, duduk dalam kereta diam-diam ya. Jangan pergi mana-mana. Mama nak masuk kedai runcit Ane tu jap. Nak beli mi kuning yang Fayyad suruh mama masak tu”, pesan saya kepada anak kecil saya.
Usai membeli mi kuning di kedai runcit itu, terus saya ke kereta. Allahuakhbar!!terkejut tengok anak tiada dalam kereta!

Fayyad!!!Fayyad!!!! Terpanggil-panggil namanya. Punyalah laju jantung saya berdegup, takut dia hilang!!!!!!sebab anak saya sangat aktif dan nakal. Macam nak pitam rasa. Panik!
Sekali terpandang sebuah motor dah terbaring di seberang jalan kedai. Allah! Risau takut Fayyad tumbangkan motor orang ke apa. Kelihatan seorang Pakcik terduduk tepi motor tu dan mengelap darah luka di kakinya. Motor tu jatuh tepi longkang besar.
Terpandangkan di tepi longkang tu ada tangan budak kecil. Tengok-tengok Fayyad dalam longkang tu!!!!!
Selalu kalau dia main tepi longkang ke, main kotor ke, memang siaplah dia. Tapi kali ni terus rasa sayu, rasa sebak, rasa happy, terharu tengok anak kecil mama yang nakal ni sedang berusaha mengutip topi keledar dan cermin mata Pakcik yang jatuh motor tadi di dalam longkang tersebut. Saya terus peluk Fayyad dan ucap terima kasih sebab tolong Pakcik tu.
Fayyad bagitahu saya, Pakcik tu mungkin pening dan terjatuh dari motornya. Apabila ada beberapa orang lain datang bantu angkat Pakcik tu, saya terus beredar.

Sewaktu dalam kereta saya tanya dia, “kenapa Fayyad tolong Pak Cik tu tadi?”.
Katanya,” bukan ke mama yang selalu kata kalau kita tolong orang, kita bagi orang makan, kita akan dapat pahala. Kan tadi kita dah dapat pahala?”.
Ohhhhh…dia pula ajar kita. So fahamlah, anak kecil ni dia akan ikut apa je yang kita cakap. Dalam hati senyum sorang-sorang. Rupanya dalam nakal-nakal anak kita ni, ada juga sifat yang baik.
Last sekali, kena bebel lah juga dia. Kalau ia pun nak tolong orang, jangan keluar kereta macam tu je. Kenalah panggil kita dan bagitahu kita dahulu nak pergi ke mana-mana.Bahaya! Angguk macam faham, tapi nanti buat lagi. Itulah budak-budak.
So lepas ni kena beringat:-
1. Jangan tinggalkan anak dalam kereta sorang-sorang. Takut terlepas pandang, mereka merayap ke mana-mana atau mungkin orang lain boleh bawa mereka ke mana-mana.
2. Kita selalu ajar buat baik pada semua orang. Tapi budak-budak kecil ni fikiran mereka tak matang lagi. Kena nasihatkan mereka, nak buat apa pun kena ada ibu bapa. Tak boleh tolong orang, sorang-sorang.
3. Kita kena beringat, anak hyper ni kadang-kadang pemikiran mereka di luar kotak pemikiran kita.
Kredit: Media Viral Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Pada Dr Amalina”. Dialah Bersungguh Nak Ainul Ke UK

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dari Awal Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Asyik Tak Menjadi” Tapi Shera Ayiob Emosi Bila Anak Sendiri Yang Minta

Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma TV musim ketiga berkongsi cerita di isntagramnya apabila anak beliau, Nadi Anaqi sendiri yang meminta untuk tidur berasingan. Beliau turut berkongsi, sebelum ini sudah mencuba untuk meletakkan tempat tidur anaknya secara berasingan, tapi Anaqi sendiri yang menolak.

Beliau yang mendirikan rumahtangga bersama Zahiril Adzim, pelakon dan juga mengacara bersamanya dalam Pa&Ma musim ketiga di Astro Prima & Maya HD, setiap selasa dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi (6 tahun lebih).
Hari ini dalam sejarah (hidup kami).

Anak Mommy minta tidur katil sendiri. Macam mimpi. Selalu kita suruh bukan main taknak lagi. Tapi katil je sendiri, bilik tetap sekali. Heh.
Biarlah.
Pelan-pelan.
Percubaan mengasingkan ni dari awal lagi dah dibuat tapi tak menjadi. Nak paksa tak sampai hati. Biarlah kami sempit berhimpit janji happy.
Dan sekarang bila dia minta sendiri, Mommy pula emosi. Apahal??
Ramai yang mengalami situasi yang sama, bila nak asingkan anak terasa emosi. Ada juga Netizen berpendapat, mungkin itu ruang untu Shera dan Zahiril memberikan Anaqi adik baru memandangkan Anaqi hampir memasuk umur 7 tahun.
Akak seminggu emosi

The situation same with me, sadis!

Ada maksud tu

Sumber: Shera Aiyob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


