Sehebat mana pun kita menjadi ibu ayah, tetap bergantung kepada Allah untuk menjaga anak-anak sepanjang masa. Sebab itulah, setiap hari perlu titipkan doa sebagai pendinding anak-anak walau di mana mereka berada.
Melalui perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat.
Ini antara doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga. Doa ini, saya jadikan ikhtiar dan doa peribadi saya.
Doa ini ada dalam al Mathurat. Sudah pasti, bila saya kongsi mengenai kes berkaitan dengan pornografi dan salah laku seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, ramai ibu ayah bimbang, takut.
Pasti pembaca yang mengikuti akan rasa paranoid dan bimbang mengenangkan anak sendiri. Rasa macam tak nak beranak dah lepas ini. Banyak sangat cabaran.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak, Berdoalah, Bertawakallah.
Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab.
Guna keistimewaan yang ada.
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL. Kita yakin Allah ada. Allah berkuasa.
Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita.
Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga.
Amalkanlah al Mathurat. Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
Kredit: Wan Nur Syakira
Moga Allah lindungi kita semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)