Kesihatan

“Allah SWT Makbulkan Doa Kalian Semua”, Isteri & Anak-Anak Negatif COVID-19, Alif Satar Luah Rasa Syukur!

Share

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang Ahad lalu disahkan positif Covid-19 hari ini meluahkan rasa syukurnya selepas isteri, Sha Dila Halid, dan ketiga-tiga anaknya disahkan negatif dari jangkitan virus itu.

Menerusi instagram miliknya pagi ini, Alif menyampaikan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Pun begitu kata Alif lagi, isteri dan anak-anaknya akan terus menjalani proses kuarantin di rumah selama dua minggu demi keselamatan keluarga.

Isteri dan ketiga-tiga anak Alif dikhabarkan menjalani ujian calitan atau swab test di kediaman mereka pada jam 9.30 pagi, semalam.

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah…isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.

Pastinya keputusan yang diterima itu membuatkan Alif merasa lega. Alif yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka turut sama menitipkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keadaannya dan keluarga.

Kata Alif lagi, dia menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp yang sentiasa menguatkan semangatnya untuk melawan virus yang mengancam dunia itu.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.

“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian.

“Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

 

Isteri kongsi pengalaman, tak sanggup tengok anak jalani ujian calitan

Dalam pada itu, menerusi akhbar Berita Harian, isteri Alif turut berkongsi pengalamannya bersama anak-anak ketika melakukan ujian calitan atau swab test itu dikediamannya semalam.

“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.

“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.

“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya berkongsi.

Malah menerusi instagramnya pagi ini, Shadila turut berkongsi ceritanya ketika berdepan detik itu dan sokongan yang tak berbelah bagi dari semua.

Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka pada hari Sabtu.

Semoga Alif terus kuat untuk melawan virus ini dan segera sembuh sepenuhnya.

Semoga Alif lekas sembuh dan kembali dapat bersama-sama dengan isteri dan ketiga-tiga anaknya, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1 tahun.

Artikel menarik: Its A Boy, Alhamdulillah- Idzham Ismail Timang Cahaya Mata Kedua, Dah Lengkap Sepasang!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @alifsatar, @shadilakhalid & Berita Harian

Published by
SRM