Zaman teknologi maklumat sekarang ini, kebanyakan anak-anak pandai menggunakan gajet. Biarpun tak diajar tetapi hanya melalui pemerhatian sahaja, cepat mereka explore.
Boleh dikatakan bila anak mula menghadap gajet, mereka akan leka dan boleh duduk diam berseorangan sehingga berjam-jam lamanya. Kadang kita sebagai ibu bapa tak perasan kesan jangka panjang yang akan berlaku pada anak, melainkan bila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Farhah Amir, mengenai anaknya, Nur Aileen Faqeeha yang berusia 4 tahun disahkan mengalami bell’s palsy akibat tekanan pada saraf asbab melihat gajet.
Mujurlah Allah bagi peringatan awal
My pretty baby.. Mama cried inside…Pray for baby... Dia ni tak macam abang Ariq. Apa-apa pun tak bagitahu mama..Independent konon. Mungkin hari ni dah 4 hari dia kena Bell’s palsy.
Sebenarnya lebih rasa bersalah. Mama sibuk kerja lepas tu tinggal dia kat rumah siap bagi tab. Sebelum ada Aniq, kami tidur bergelap. Bila tutup semua lampu, dia orang dah faham yang tak boleh tengok telefon atau tab. Kena baca doa dan tidur. Dia orang memang senang tidur kalau gelap.
Tapi sejak ada Aniq, memang 1 lampu depan toilet akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama hala kat lampu tersebut. Dah masuk 4 bulan macam ni, tiba-tiba Allah nak tunjuk kali ni.
Mama lupa yang biasa buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum tidur. Mama biar abang dan baby tidur sendiri. Mama biar abang dan baby mandi sendiri.
Alhamdulillah, syukur Allah tegur awal-awal. Semoga baby diberikan kesembuhan. Mama sedih sebab macam-macam baca kat Google.. Jadi mama kena kuat.
Berlaku radang pada salah satu saraf muka
Selepas buat pemeriksaan dengan pakar paediatrik, doktor cakap nasib mama datang cepat. Ada sesetengah ibu bapa sanggup bawa anak pergi mengurut sebab percaya yang bell palsy ni strok macam orang dewasa.
Doktor beritahu, within 72 jam masih boleh diberi ubat dan bell’s palsy ní berlaku sebab radang di salah satu saraf kat muka.
Mama tanya doktor, punca berlaku ni sebab tengok tab dalam tempoh yang lama ke?
Doktor cakap bergantung pada kanak-kanak. Tapi bell’s palsy ni sebab saraf. Ini kerana bell’s palsy adalah disebabkan ada radang pada salah satu saraf pada muka. Kawasan di antara belakang telinga dan depan telinga.
Apabila radang dah terjadi, dengan mata yang lebih masa menghadap HP/tab membuatkan saraf jadi lebih stres. Disebabkan itulah, ia membuatkan berlaku lebih tekanan pada saraf yang mengalami radang.
Doktor juga menjelaskan sentiasa berhati-hati dengan kecederaan anak terutama bahagian telinga dan wajah. Jadi buat masa sekarang doktor on steroid untuk sebulan, dan rujuk pada klinik pakae mata.
Jumpa doktor pakar mata, periksa mata, alhamdulillah sekali lagi doktor cakap máta dia ok cuma dah nak kering. Ada 2 jenis ubat doktor bagi. Yang cecair untuk drop/titik.. Yang satu lagi jenis gel.
Peringatan buat semua ibu bapa
Kiranya kejadian yang menimpa Aileen ini asbabnya kerana gajet. Jika Allah tak beri peringatan sebegini, mungkin akan biarkan je anak-anak dengan gajet.
Moga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi peringatan buat ibu bapa lain. Jika nampak ada perubahan pada anak, jangan bertangguh dan anggap tak ada apa-apa. Sebab dari awal kita kesan, sebenarnya lagi bagus.
Jika patut hadkan anak dengan gajet, bertindaklah dari awal. Biar anak menangis sekarang daripada kita menangis kemudian hari.
Kredit: Farhah Amir
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI