Bayi perempuan berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Kompleks Tun Razak (Komtur), Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada jam 1 tengah hari.
Allahuakbar, Anak..!
Difahamkan, ketika menyedari anak berada dalam kereta, bapa yang panik itu hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berumur 38 tahun itu menghantar anak perempuan sulung berumur 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering di sini kira-kira jam 7.20 pagi.
Selepas itu bapa mangsa kemudian pulang ke rumah untuk mengambil isteri berumur 39 tahun dan dua anak perempuan termasuk mangsa.
“Pada jam 8.25 pagi, bapa mangsa menghantar pula anak kedua berumur enam tahun ke sekolah yang sama untuk prasekolah sebelum menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota dan terus menuju ke tempat kerjanya di Komtur.
“Sepatutnya mangsa dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 di sini tetapi bapa mangsa terlupa dan dianggarkan mangsa ditinggalkan di dalam kereta kira-kira empat jam dari jam 9 pagi,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Siasatan akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek dan kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Trauma! Panjang Luka Di Bahu Anak Terkena Manik Sofa” Hati-Hati Kalau Ada Sofa/Katil Jenis Ini
Siapa sangka, hiasan manik di bahagian sofa yang sangat canti sebenarnya boleh membahayakan nyawa anak? Nampak selamat tetapi sekali terkena panjang lukanya.
Itulah yang berlaku kepada anak kecil Puan Anis yang mengalami luka selepas tertoreh manik sofa. Ikuti perkongsian ini.
Bercerita lanjut tentang kejadian tersebut, Puan Anis berkongsi detik cemas apabila bahagian bahu anak tertoreh manik hiasan sofa. Lebih membuatkan Puan Anis trauma kerana kesan torehan tersebut panjang.
“Kejadian semalam, bahu anak tertoreh panjang.”
“Trauma, sekali kena dekat anak. Panjang luka terkena manik sofa.”
Untuk keselamatan dan kebaikan anak, Puan Anis mengambil langkah selamat dengan membuat kesemua manik hiasan yang terdapat pada sofa. Tambahnya lagi, biarlah sofa tersebut nampak agak pelik dan tak cantik selepas manik dibuang asalkan anak kecilnya selamat.
“Jadi untuk kebaikan serta keselamatan anak, saya dah buat sesi cabut manik di sofa.”
“Biar lah nampak tak cantik sofa janji tak berlaku lagi pada anak di kemudian hari.”
Puan Anis sempat memberi nasihat buat ibu-ibu yang mungkin mempunyai design sofa yang sama ataupun berniat untuk membeli design sofa seperti ini supaya berhati-hati kerana manik di bahagian tempat sandar sofa boleh mencederakan anak-anak kecil.
“Ibu-ibu sekalian beringat lah ye sebelum terjadi. Anis terasa nak menangis tengok bahu anak sampai luka macam tu sekali terkena manik sofa.”
Kredit: Anis Abdullah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Enam Anak Saya Arwah Sambut.” Perginya Dr Yang Dianggap Seperti Ibu
Walaupun tiada apa-apa ikatan, tetapi kenangan bersama arwah Dr Zarina Bibi masih tak dapat dilupakan oleh Norman Hakim sekeluarga. Pemergian arwah Dr Zarina benar-benar memberi kesan kerana Norman telah menganggapnya seperti seorang ibu.
Ibarat seperti ibu
Seperti yang dikongsikan oleh Norman di instagramnya, jasa arwah Dr Zarina tak dapat dibalas dan hanya doa yang baik-baik saja untuk arwah di alam sana. Ini berikutan keenam-enam anak Norman semuanya disambut Dr Zarina dan hingga kini masih ingat pesanan arwah untuk membesarkan anak.
Sebagai seorang suami dan bapa, Norman sangat terhutang budi dengan Dr Zarina kerana beliaulah yang mengajar buat air selusuh.
Masih ingat lagi nasihatnya, air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal untuk memastikan proses kelahiran lancar.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
AL-FATIHAH buat Allahyarhamah DR.ZARINA BIBI yang telah kembali ke rahmatullah…
Doktor yg menyambut kelahiran dari anak pertama saya Mohamed Danish Hakim hinggalah ke Mikayla Delisha Hakim.Doktor yang saya anggap dah mcm ibu saya sendiri. Doktor yang mengajar saya untuk buat air selusuh sendiri untuk diberi minum kepada ibu2 yg melahirkan anak2 saya sebab air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal katanya.
Saya paling banyak terkesan atas ‘pemergian’ Dr.Zarina. Dia sentiasa ada untuk saya tak kira masa tiap kali saya perlukan dia bagi pihak ibu2 kpd anak2 saya dan juga tiap kali anak2 tak sihat dan sebagainya.Banyak ilmu jasmani seiring rohani yg dikongsikan terutama dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?”
Kali terakhir berjumpa dalam pertengahan bulan Februari 2020 untuk suntikan Mikayla utk usia 18 bulan,maknanya yg terakhir utk Mikayla.Masa tu Doktor Zarina sebak & nangis cakap “lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?” Saya sambut dgn nada gurau “In shaa Allah lepas ni next anak kita jumpa lagi Doktor”.
Tapi bila dia dah takde,baru kita dapat nilai kata2 terakhir dia dlm nada sebak tu mmg benar2 petanda yg dia nak tinggalkan kita.Allahu sedih sgt2 rasa ni,dada saya berombak hening & hiba tiap kali teringatkan momen dari dia sambut kelahiran anak saya yg pertama sampai la yg ke-6.
Setiap kali jumpa,setiap kali tu bila saya nak bagi duit mcm buat pada mak sendiri,dia akan tolak & tak nak terima.Tapi bila saya cakap terimalah umpama dari seorang anak,dgn berat hati dia terima dan terus angkat tangan ke langit mendoakan saya dan keluarga.
Terima kasih untuk segala jasa Doktor buat saya seisi keluarga.Pada ketika ni,saya sangat2 rindukan Doktor. Besar sgt jasa & pengorbanan Doktor pada saya. Saya harap sangat2 kita dapat jumpa lagi kat dunia yg lagi satu selepas ni.Semoga Roh Doktor ditempatkan dikalangan para Syuhada.
Kawan2…mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Dr.Zarina Bibi semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya…AL-FATIHAH
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Sementara itu, di instagram Memey Suhaiza, turut berkongsikan perasaan sedihnya apabila kehilangan doktor tersayang yang diibaratkan seperti ibu menjaga anak bermula dari fasa kehamilan, bersalin, penjagaan lepas bersalin dan proses membesarkan anak.
Doktor kesayangan saya dah meninggal. Semua anak sy Arwah Dr Zarina yg sambut, yang jaga setiap condition sepanjang sy pregnant..Suami sanggup follow hospital mana pun yg Dr Zarina bertugas. Sbb dah rasa selesa dijaga kita mcm anak.
Mengenalinya seorang yg sgt baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu. Apa pun masalah dlm labour room Dr Zarina sentiasa tenang… buat kita rasa sentiasa selesa ,tak risau. Allah lebih sayangkan Arwah.. Salam takziah buat keluarga Doktor. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman.
Ramai juga yg kenal dgn Dr Zarina Bibi kan…?Sama2 kita sedekah kan doa utk arwah ye…Al-fatihah
Sumber: Ig Norman Hakim & Memey Suhaiza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
J Eshan Nufail, Permata Hati Jahidah. Cantik Namanya, Bermaksud Pemberian Allah
Sebelum ini ramai ingatkan nama bayi miracle yang dilahirkan oleh ibunya yang koma adalah Jihady Nisywan. Namun setelah seminggu dilahirkan, ahli keluarga memilih nama J Eshan Nufail untuk bayi kepada mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang membawa maksud Pemberian Dari Allah SWT.
Mesra dipanggil Baby J
J Eshan Nufail yang mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu kini berada di bawah jagaan adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40, yang tinggal di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Fauziah berkata, nama J Eshan Nufail dipilih sendiri olehnya membawa maksud dalam berkah dan hadiah daripada Allah manakala J itu merujuk kepada nama ibunya Jahidah, 43.
“Alhamdulillah kini ‘Baby J’ berada di rumah dan bacaan penyakit kuning atau jaundis neonatal yang dialaminya sudah menurun. Tetapi masih kena pantau (bacaan kuning)” katanya.
Dalam kandungan doktor maklumkan kaki kecil, tapi keluar semua normal
Menurut Fauziah, mereka sekeluarga bersyukur J Eshan Nufail membesar dengan baik walaupun ketika dalam kandungan doktor memaklumkan kakinya agak kecil.
“Tetapi sekali keluar bayi sihat dan normal, sekarang siap boleh angkat kepala dan badan walaupun baru masuk seminggu,” katanya.
Jahidah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.
Telinga seakan kalimah Allah
Fauziah yang sering berkongsi perkembangan terbaharu ‘Baby J’ menerusi media sosial Facebook dan Tiktok turut memberitahu, ada dalam kalangan netizen memaklumkan telinga bayi itu mempunyai perkataan seakan kalimah Allah.
“Pada mulanya saya juga tidak perasan, mungkin ini tanda kebesaran Allah, semua orang sayangkan ‘Baby J’ dan kakak Jahidah,” katanya.
Fauziah berkata, Jahidah kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemantauan doktor di Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Rezeki tak putus untuk baby
Dalam pada itu, jelas Fauziah, sejak Jahidah melahirkan J Eshan Nufail setiap hari ada individu yang prihatin dan mahu sama-sama membantu meringankan beban dia sekeluarga menjaga Jahidah serta permata hatinya itu.
“Bantuan ini sangat bermakna dalam menguruskan kakak Jahidah dan bayi kecil ini, selain semangat semua orang membuatkan saya dan keluarga terus kuat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan je ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Kredit: UTUSAN ONLINE
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI