Kebanyakan wanita hamil terpaksa berhadapan dengan satu masalah kecantikan yang sukar dielakkan selepas bersalin iaitu stretch mark. Stretch mark ialah garisan-garisan berkedut seperti parut berwarna yang muncul pada sesetengah bahagian kulit. Stretch mark menyebabkan kerosakan di bahagian dermis kulit. Lapisan dermis ini koyak semasa berlaku regangan kulit yang pantas.
Bagi wanita hamil, tanda regangan ini sering berlaku semasa trimester terakhir. Biasanya tanda ini boleh dilihat di bahagian perut kerana regangan kulit yang berlaku semasa hamil. Selain itu, ia juga kerap muncul di bahagian dada, paha, pinggul, belakang dan punggung.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/close-up-young-pregnant-woman-sleeping_21080912.htm#query=pregnancy%20stretch%20mark&position=35&from_view=search&track=ais
Walaupun stretch mark tidak membahayakan kesihatan, ia tetap meninggalkan satu kesan yang hodoh jika tidak dihilangkan. Hampir sembilan puluh peratus wanita hamil pasti mengalami masalah kemunculan stretch mark ketika hamil.
Ads
Menurut Dr Samhan, terdapat beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan stretch mark. Mari lihat video tip menghilangkan stretch mark melalui perkongsian video di TikTok beliau.
Batuk tak berhenti waktu hamil ni. Nak makan ubat tak berani, khuatir pula beri efek pada bayi. Itulah yang menjadi kegusaran kebanyakan ibu mengandung yang diserang batuk. Semakin lama batuk yang dialami makin berpanjangan dan membuatkan ibu tak tahan menanggungnya.
Sebenarnya kalau ibu dapat ubat batuk yang diberi oleh doktor jangan risau untuk meminumnya. Ia selamat untuk ibu mengandung! Tapi kalau tak nak minum pun boleh juga sebab Dr Zubaidi Hj Ahmad ada kongsi cara lain yang lebih selamat dan mudah diamalkan oleh ibu hamil yang batuk.
Manfaat Madu Bagi Wanita Hamil
“Doktor, boleh tidak minum madu semasa hamil?”
Mengambil madu adalah amalan baik bagi wanita hamil. Ia membantu mengatasi masalah berkaitan dengan kehamilan, terutama bagi wanita yang tidak gemar menggunakan ubat sintetik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Ramai yang tidak sedar bahawa madu adalah salah satu ubat natural yang lama digunakan berkurun lamanya dalam merawat beberapa penyakit ringan dan berat.
Di dalam madu terdapat komponen antiradang dan antibakteria. Jika dikombinasi dengan bahan natural yang lain seperti halia, cengkih, kayu manis dan lemon, khasiatnya semakin baik.
1. Mengurangkan batuk
Untuk mengurangkan batuk akibat lendiran pada kerongkong, kita boleh mencampurkan satu sudu makan madu ke dalam satu cawan susu panas.
Cara lain ialah dengan mencampurkan tumbukan bawang putih atau perahan lemon ke dalam madu. Simpan di dalam botol kaca selama seharian. Ambil satu sudu makan campuran ini untuk meredakan batuk.
2. Meredakan hidung tersumbat
Madu dapat mengurangi masalah hidung tersumbat, yang biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau sambal ke dalam air hangat. Bancuh sehingga sebati dan minum perlahan-lahan apabila air mula menjadi suam.
3. Mengurangkan rasa sakit tekak
Madu memiliki komponen antiradang yang dapat mengurangkan rasa sakit tekak. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau nipis dalam air hangat. Apabila menjadi suam, kumur-kumurkan campuran sehingga rasa di tekak. Kemudian ia boleh diminum.
4. Mengurangi rasa mual (morning sickness)
Rasa mual biasa dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan akibat perubahan hormonal. Campuran madu dengan perahan lemon atau cuka (khall) epal akan mengurangi rasa mual.
Ketika hamil pencernaan makanan agak perlahan akibat perubahan hormonal dan pembesaran saiz rahim yang menekan usus dan perut membuatkan wanita yang hamil mudah mengalami masalah penghadaman. Ramai juga yang mengalami rasa pedih perut di akhir kehamilan. Satu sudu makan madu dengan segelas susu panas dapat mengurangi tidak selesa ini.
6. Menjaga kesihatan am ibu dan anak dalam rahim
Antioksidan yang kaya dalam madu akan meningkatkan kesihatan tubuh wanita yang hamil dan ia membantu perkembangan janin.
7. Mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan
Madu adalah produk yang dihasilkan oleh lebah secara natural. Ia boleh dijadikan sebagai pemanis pengganti gula putih. Secara tidak langsung mengurangkan pertambahan berat badan yang diakibatkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang banyak.
8. Mencegah alahan akibat kehamilan
Madu juga membantu mengurangkan reaksi alahan ketika hamil (terutamanya pada kulit seperti ruam, gatal dan kekeringan) kerana madu mempunyai komponen antiradang.
Banyak lagi manfaat madu yang dapat diperolehi jika diamalkan setiap hari. Madu yang selamat digunakan oleh wanita hamil adalah madu yang telah melalui proses pasteurisasi (pasteurized honey). Ini merupakan proses pemanasan singkat hingga 72 darjah celcius untuk membunuh bakteri- bakteri boleh menyebabkan penyakit.
Bagi mereka yang gemarkan madu yang tidak dipanaskan begini, carilah madu yang dipercayai mutu dan kebersihannya.
Ibu mana yang tidak teruja menanti kelahiran cahaya matanya. Bagi MUA Bellaz, dia begitu teruja untuk menantikan kelahiran seorang lagi ‘bunga’ dalam keluarganya.
MUA Bellaz yang kini sudah pun menghampiri 30 minggu usia kandungannya mengharapkan semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Menerusi Instagramnya, Bellaz menyatakan rasa syukurnya dan tidak sabar untuk menanti seorang lagi cahaya mata perempuan penyeri kehidupan bahagianya bersama suami.
“Tunggu bunga sekuntum lagi keluar maka lengkaplah 2 kuntum 2 kumbang insyallah.
“Apa-apa pun alhamdulilah rezeki dari Nya,” tulisnya memanjatkan rasa syukur atas rezeki dari Allah.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut sama mendoakan ibu-ibu lain yang menanti zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka.
“Ya Allah kurniakan zuriat buat ibu-ibu semua yang menanti secepat mungkin dan permudahkan urusan para ibu yang semakin hampir dengan due date Amin,” kongsinya lagi sambil mengharapkan ibu yang menunggu kelahiran sepertinya turut dipermudahkan kelak.
Meninjau di ruangan komen, peminat MUA cantik jelita ini turut sama menitipkan doa buatnya agar kelahiran keempat ini dipermudahkan. Masing-masing tak sabar hendak menatap wajah ‘bunga’ yang dinantikan Bellaz dan suami. Semoga dipermudahkan.
Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah tampil mengesahkan dirinya hamil anak kedua dan kini sedang menantikan bulan-bulan terakhir sebelum bersalin.
Akui Izara lagi, dia sendiri pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya hamil sehinggalah usia kandungan ketika itu sudah pun empat bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.
“Pada fasa ini, saya akui pergerakan saya agak terbatas. Malah paling sukar untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” luahnya berkongsi.
Adib Idam Anak Perempuan
Bercerita soal jantina anak keduanya, akui Izara lagi dia tidak kisah mengenai jantina anak asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat sempurna.
Pun begitu kata Izara, suaminya Adib mahukan seorang lagi anak perempuan.
“Saya dan suami tak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.
“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Izara yang menghadiri satu acara baru-baru ini menarik perhatian ramai bila mana baby bumpnya yang cukup jelas kelihatan.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.