Kehamilan

Aloe Vera Pelembap Semula Jadi, Membantu Menghilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin!

Share

Kebanyakan wanita hamil terpaksa berhadapan dengan satu masalah kecantikan yang sukar dielakkan selepas bersalin iaitu stretch mark. Stretch mark ialah garisan-garisan berkedut seperti parut berwarna yang muncul pada sesetengah bahagian kulit. Stretch mark menyebabkan kerosakan di bahagian dermis kulit. Lapisan dermis ini koyak semasa berlaku regangan kulit yang pantas.

Bagi wanita hamil, tanda regangan ini sering berlaku semasa trimester terakhir. Biasanya tanda ini boleh dilihat di bahagian perut kerana regangan kulit yang berlaku semasa hamil. Selain itu, ia juga kerap muncul di bahagian dada, paha, pinggul, belakang dan punggung.

Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/close-up-young-pregnant-woman-sleeping_21080912.htm#query=pregnancy%20stretch%20mark&position=35&from_view=search&track=ais

Walaupun stretch mark tidak membahayakan kesihatan, ia tetap meninggalkan satu kesan yang hodoh jika tidak dihilangkan. Hampir sembilan puluh peratus wanita hamil pasti mengalami masalah kemunculan stretch mark ketika hamil.

Menurut Dr Samhan, terdapat beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan stretch mark. Mari lihat video tip menghilangkan stretch mark melalui perkongsian video di TikTok beliau.

@dr.samhan 7 tip kurangka parut stretch mark di perut #JomBelajar #LearnOnTiktok #TikTokGuru ♬ In The End – Mellen Gi Remix – Tommee Profitt & Fleurie & Mellen Gi

Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan, dan selamat mencuba.

 

Published by
Zetty Mazlan