Nana Mahzan bangga dan tidak menyekat minat dan bakat anaknya Althea yang suka melukis. Sebagai ibu, memberikan sokongan kepada apa yang dminati anak boleh membantu perkemgangan bakat mereka yang lebih positif.
Althea, 8 tahun berbakat dalam bidang seni lukis. Galakan dari si ibu tentu membuatnya lebih bersemangat. Althea akan menggunakan medium kertas atau menggunakan tablet untuk melukis. Tapi yang sweetnya, mummy akan mencetak dan menyimpan hasil kerja Althea.
Kata Nana, kalau sekiranya ia hilang dalam tablet, sekurang-kurangnya ada simpanan yang versi cetak.
Berikut adalah antara hasil tangan Althea yang kreatif bayi kanak-kanak seusianya.
Para follower Nana mmuji kreativiti Althea dan tindakan Nana menyokong minat Althea. Ada mengatakan ia unik dan kreatif dan meminta agar bakat pada Althea jangan disia-siakan.
Sumber: nanamahzan & althearts
Jangan lupa temui Nana sebagai hos rancangan TV Pengantin Musim Kedua mulai 17 Disember 2018. Bagi musim kedua ini, pelbagai tajuk berkaitan raja sehari akan diutarakan seperti Busana Moden, Pelamin, Hantaran & Sirih Junjung, Solekan, Rambut & Tudung, Busana Klasik, Pre-Wedding dan sebagainya.
Rancangan TV Pengantin Musim Kedua akan disiarkan setiap minggu pada hari Isnin, jam 12.3- tengah hari di slot Dewi (Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135). Dalam setiap episod, pelbagai tips dikongsikan oleh para pakar.
Ada juga segmen DIY yang memberikan idea kepada anda membuat sendiri keperluan majlis perkahwinan. Manakala slot Detik Indah pula membuat perbandingan dalam pelbagai aspek seperti lokasi, tema, fesyen terkini busana pengantin dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Impian Shera Aiyob & Zahiril Ingin Jadi Host Pa&Ma Tercapai! Harap Penonton Dapat Menerimanya