Beberapa jam selepas dilahirkan, Adam Corrie Lee menjadikan alunan zikir sebagai caranya berinteraksi dengan ‘baby Lee’ yang ditunggu-tunggu selama ini.

Menjadikan zikir SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar sebagai ketenangan buat anak lelakinya, jelas menampakkan Adam Corrie Lee begitu bersyukur dengan anugerah terbesar dalam hidup mereka suami isteri.

Alhamdulillah ❤️ #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Melalui raut wajah Adam Corrie Lee dan cara dia merenung bayinya benar-benar menunjukkan dia masih lagi tergamam dengan khalifah kecil yang dipangku.

Malah rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan alhamdulillah kepada Adam Corrie Lee kerana penantiannya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah.

Adam Corrie Lee dan isteri pernah berkongsikan cabaran yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan zuriatnya.

IKLAN

Alunan Zikir Interaksi Awal Adam Corrie Lee Buat Bayinya. Hadiah Bermakna Sejak 10 Tahun Kahwin

Beberapa kali mengandung dan keguguran adalah ujian yang terbesar bagi Fazema Mohd Fuad namun atas kesabarannya, Allah dah gantikan hadiah paling bermakna dalam hidup mereka selepas 10 tahun berkahwin.

Semalam Adam Corrie Lee telah memuatnaik status di instagramnya dengan meluahkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan babyLee di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang.

IKLAN

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. Insya-Allah hati tenang,” tulis Adam.

Alunan Zikir Interaksi Awal Adam Corrie Lee Buat Bayinya. Hadiah Bermakna Sejak 10 Tahun Kahwin

IKLAN

Sebelum ini, pelakon KL Gangster itu meluahkan perasaan syukur apabila doktor memaklumkan isterinya tidak perlu menjalani pembedahan, sebaliknya hanya perlu mendapatkan cukup rehat sebelum melahirkan anak.

Pelakon berusia 50 tahun yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu turut memaklumkan, hanya akan berkongsi nama permata hati mereka selepas tujuh hari dilahirkan.

Sumber: ig Adam Corrie Lee

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI