Saya sedang hamil enam bulan. Ada yang menyarankan saya beberapa petua untuk elakkan jaundis pada bayi baru lahir. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut tentang prolong jaundice dan amalan yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengelakkan masalah ini terjadi kepada bayinya yang bakal lahir nanti?
Jawapan:
Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
Ads
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembanganya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6P, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Ads
Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
Ads
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Doktor Pakar Kanak-kanak, DEMC Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keikhlasan Abang Viva yang dengan tulus hati membantu mangsa banjir di beberapa buah tempat mendapat perhatian ramai satu ketika dahulu.
‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, yang menamatkan zaman bujangnya pada Oktober lalu rupanya baru sahaja ‘kehilangan’ selepas isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.
Menerusi perkongsian video isterinya, Evanoza Zakaria di Tik Tok, isteri kesayangan Abang Viva itu berkongsi kisahnya yang berkain batik ketika pergi mengundi pada Sabtu lalu.
Berkongsi momen itu, kata Evanoza dia turut berterima kasih kepada suami, mak mentua dan kakak iparnya yang turut sama menemaninya ke pusat pengundian biar pun dirinya terpaksa berkain batik.
“TQ cik abang sayang, mak mertua & kakak ipar teman Eva pergi mengundi tadi.
“Berkain batik pun kain batik lah. Sekejap je kan,” tulisnya berkongsi.
Malah menjawab pertanyaan wargamaya, menerusi ruangan komen Eva turut menjelasnya yang dirinya baru sahaja menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.
“Eva operation buang tiub kanan, lepas di syaki ectopic pregnancy ataupun kandungan luar rahim,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar isteri kesayangan Abang Viva ini segera sembuh.
Bukan itu sahaja, bahkan sikap penyayang yang ditunjukkan Abang Viva ketika setia menemani isterinya itu dipuji ramai. Murah dengan senyuman tanpa sedikit pun merasa payah.
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan. Mungkin anda pernah mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Namun, hakikatnya, terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti salur pernafasan manusia. Empat daripadanya hanya menyebabkan jangkitan selesema biasa.
SARS-CoV dan MERS-CoV boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya pada golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil. Namun, tahukah anda apakah kesan Covid-19 terhadap ibu hamil ini?
Ibu hamil perlu bimbang ke dengan coronavirus?
Wabak novel coronavirus yang sedang menular di China merupakan fokus utama sektor kesihatan global pada masa kini. Golongan yang berisiko tinggi bakal mengalami simptom yang teruk hingga boleh membawa kepada kematian.
Kehamilan membuatkan tahap imuniti badan ibu mengandung berubah mengikut keperluan biologi. Namun, pada kebanyakan masanya, ia berada pada tahap yang rendah.
Kajian menunjukkan ketika proses implantasi, peningkatan pada kekuatan imuniti badan akan membantu janin untuk bertapak pada rahim ibu.
Selepas fasa tersebut selesai, imuniti ibu berada pada tahap yang rendah hingga menyebabkan si ibu terdedah kepada jangkitan.
Menurut Dr Steven Gordon, pakar penyakit berjangkit daripada Klinik Cleveland, ibu hamil terdedah kepada banyak komplikasi jangkitan virus seperti influenza dan cacar air (chickenpox).
Adakah ibu mengandung perlu bimbang berkenaan dengan wabak novel coronavirus yang sedang melanda?
Jawapannya mungkin. Namun virus influenza dan varicella boleh memberikan kesan yang lebih serius berbanding novel coronavirus yang masih tidak diketahui akan tahap keterukannya ini.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Namrata Prasad et al pada tahun 2019, wanita hamil mempunyai risiko 3.5 kali ganda lebih tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital berbanding dengan mereka yang tidak hamil.
Bagaimana pula dengan kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil? Oleh sebab terdapat pelbagai jenis persoalan yang masih belum terjawab berkaitan dengan virus misteri ini, risikonya tidak dapat dianggarkan secara tepat.
Mari kita lihat antara kesan jangkitan coronavirus lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV.
Kesan jangkitan coronavirus terhadap ibu hamil coronavirus terhadap ibu hamil
Masih ingatkah anda akan wabak pandemik SARS pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012? Kedua-duanya menular dengan kadar yang cepat dan meragut banyak nyawa.
Menurut laporan kes yang diterbitkan dalam laman Jurnal Penyakit Berjangkit pada tahun 2004, jangkitan SARS boleh menyebabkan komplikasi keguguran dan kematian dalam kalangan ibu mengandung.
Perkara yang sama turut berlaku pada tahun 2013 apabila MERS yang turut disebabkan oleh coronavirus menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran!
Masalah pernafasan yang dialami oleh ibu boleh menyebabkan penurunan kadar pemberian gas oksigen kepada janin yang sedang membesar.
Akibatnya, setinggi 59% wanita hamil yang dijangkiti pada trimester pertama mengalami keguguran. Bagaimana pula dengan mereka yang berada dalam trimester kedua atau ketiga kehamilan?
Mereka berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang kesan daripada kurang bekalan oksigen pada bayi dalam kandungan.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), novel coronavirus mempunyai persamaan dengan struktur SARS-CoV dan MERS-CoV. Adakah ini bermakna ia akan menyebabkan kesan buruk yang lebih kurang sama dengan kedua-dua virus tersebut?
Setakat ini, gejala yang disebabkan oleh coronavirus jauh lebih ringan berbanding dengan apa yang pernah berlaku ketika wabak SARS dan MERS.
Oleh sebab itulah, Dr Steven menasihati wanita untuk tidak memberikan tumpuan kepada novel coronavirus semata-mata.
Coronavirus lain seperti 229E dan NL63 hanya menyebabkan simptom selesema biasa. Namun, jika anda menunjukkan simptom selesema, anda tidak akan tahu virus apakah yang menjangkiti anda. Maka adalah lebih elok untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Jangan ambil risiko coronavirus terhadap ibu hamil
Walaupun kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil kelihatan ringan, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan tahap penjagaan kesihatan anda. Ingat! Anda masih tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.
Mereka yang berisiko tinggi mempunyai kebarangkalian untuk mengalami simptom yang teruk, seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan secara menyeluruh.
Buat masa ini, tidak banyak perkara yang kita tahu berkenaan dengan novel coronavirus. Oleh itu, adalah lebih bijak jika anda mula mengamalkan langkah pencegahan.
Tiada protokol rawatan novel coronavirus yang telah terbukti berkesan dalam merawat pesakit jenis ini. Virus tersebut berupaya untuk merentasi halangan spesies antara haiwan dan manusia dan menular dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu mengandung bagi memastikan mereka terhindar daripada penularan novel coronavirus adalah:
-Cuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun
-Elakkan daripada berhubung dengan individu yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk
-Amalkan etika batuk/ bersin yang betul semasa anda berada di tempat awam
-Pastikan anda membasuh tangan dan buang tisu yang digunakan ketika batuk dan bersin
-Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami gejala gangguan pernafasan
-Amalkan gaya pemakaian topeng muka yang betul ketika anda berada di tempat awam
-Pastikan anda makan makanan yang telah dimasak dengan betul. Elakkan daripada mengambil makanan mentah atau separa masak
-Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi dengan individu lain terutamanya jika anda mengalami simptom selesema
-Tanpa kawalan jangkitan yang sepatutnya, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi yang masih lagi tidak jelas, memandangkan kita kekurangan maklumat mengenainya.
Setakat ini, kes novel coronavirus di Malaysia hanya melibatkan pelancong dari Wuhan yang kini sedang dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.
Namun, jangan ambil mudah walaupun simptom yang disebabkan oleh novel coronavirus masih lagi ringan. Ini berikutan kehamilan bukan sahaja melibatkan nyawa ibu, ia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan janin yang sedang membesar.
Konklusi
Jika anda mengalami sebarang simptom selesema atau baru sahaja tiba dari China, dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan virus yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dan janin termasuklah novel coronavirus.
Setakat ini, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil masih lagi tidak jelas namun, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal bagi mencegah jangkitan tersebut daripada berlaku.
Mola hydatidosa atau hamil anggur adalah pembentukan ari-ari (plasenta) yang abnormal ketika kehamilan. Hamil anggur tergolong dalam komplikasi kehamilan yang jarang terjadi. Plasenta atau ari-ari yang terbentuk tidak normal seperti anggur. Janin sama sekali tidak terbentuk, hanya jaringan plasenta yang abnormal.
Tak semua berita kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan terutama bila anda mengetahui bahawa kehamilan anda adalah kehamilan anggur. Jika anda disahkan mempunyai kehamilan anggur, berbincanglah dengan pakar segera untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Puan Fazilah Rahman antara salah seorang yang mendapat kehamilan anggur. Ikuti perkongsian beliau.
Yesss.. Inilah soalan yang selaluuu orang tanya bile Cik Eyla bagutahu Cik Eyla didiagnose molar pregnancy atau kandungan anggur..
Kebanyakan orang memang tak pernah dengar.. Sebab kes yang agak rare.. 1:700 bak kate doktor.. Ade jugak yg cakap 1:1000..
Cik Eyla baru lepas jumpa doktor pakar.. Baru yakin sikit nak cerita.. Takdelah tersalah bagi info..
2 JENIS MOLAR
1. Partial Molar Molar jenis ni terhasil dari persenyawaan 1 ovum dengan 2 sperma (menghasilkan 3set kromosom) which is memang abnormal lah..
2. Full Molar (tak pasti istilah sebenar) Molar ni terhasil dari persenyawaan 1 ovum (tanpa telur / kromosom), dengan 2 sperma (menghasilkan 2set kromosom, tapi tetap abnormal sebab dua2 set kromosom dari ayah).. Jadi sel2 ni tidak berkembang jadi baby, sebaliknya, jadi sel2 yang tak berguna (rupa macam anggur, bulat2)
SIMPTOM
1. Tumpah darah 2. Morning sickness yang sangat teruk 3. Thyroid 4. Rahim membesar lebih dari umur kandungan yang sepatutnye …. ada beberapa lagi yang Cik Eyla tak ingat.. Sebab Cik Eyla takde semua simptom tu.. Cuma ade bleeding yang sangat sikit masa kandungan 6weeks++..
DIAGNOSIS
Molar pregnancy biasenya ditentukan dari scan (nampak cloud of titik2 hitam), dan ujian darah..
Kebiasaannye, tahap hormon betaHCG untuk molar pregnncy adalah sangat2 tinggi (>100,000)..
RAWATAN
Bila disahkan molar pregnancy, doktor akan buat procedure suction & curretage atau D&C secepat mungkin untuk buang semua kandungan molar..
Selepas procedure, follow up adalah sgt2 penting.. Untuk pastikan sel molar hilang sepenuhnye (betaHCG = 0). Follow up mungkin akan sampai tempoh setahun atau lebih..
Kalau betaHCG tak turun ke tahap normal, rawatan kemoterapi mungkin diperlukan untuk mengelakkan sel molar merebak menjadi kanser..
Kanser molar adalah satu2nya kanser yang boleh sembuh 100% selepas rawatan kemoterapi..
Oh ya.. Sepanjang tempoh follow up, doktor nasihatkan untuk tidak mengandung semula sehingga hormon betaHCG betul2 pada tahap normal..
Itulah serba sikit yang boleh Cik Eyla ceritakan pasal molar pregnancy bagi yang masih tertanya2.. Memang hampir semua orang yang Cik Eyla bagitahu, tak pernah dengar langsung pasal ni.. Selebihnye, korang google lah sendiri ye
Cik Eyla pon start je doctor bgtahu pasal molar pregnancy, terus google untuk tahu detail.. Pernah dengar.. Tp tak pernah ambik tahu..Bile terkena batang hidung sendiri, baru ko nak gelabah kan..
Ok lah.. Akhir kata, doakan procedure esok berjalan lancar..Doakan Cik Eyla cepat2 sembuh sepenuhnya dan bebas dari molar.. Harapnye janganlah sampai setahun
T. Kasih pada semua yang mendoakan, yang bagi sokongan tak putus2.. Sampai Cik Eyla jadi kuat macam harini (yeke?)..InshaAllah
#molarpregnancyjourney #kandungananggur
Pa&Ma mendoakan semoga urusan Cik Eyla dipermudahkan.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...