Amalan membedung bayi memang baik untuk perkembangannya. Tapi mama papa perlu elakkan kesilapan membedung ketika bayi dalam 5 situasi ini!

Mama papa adakalanya buntu sama ada mahu bedung bayi atau tidak. Bimbang bayi menangis dek panas, salah membedung dan bimbang kes kematian mengejut bayi?

Usai melahirkan bayi, adalah penting untuk mama dan papa mempelajari teknik yang betul membedung bayi. Ia bagi memastikan bayi selamat setelah dibedung kerana bedung yang tidak kemas boleh membahayakan keselamatan bayi.

Amalan Membedung Bayi Memang Elok, Tapi Mama Papa Elakkan Kesilapan Dalam 5 Keadaan Ini!

 

APAKAH AMALAN MEMBEDUNG BAYI?

Membedung bayi bererti “membungkus” menggunakan kain bedung. Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikutr;

#1 Bedung dapat memberikan rasa hangat dan seperti di dalam rahim ibu. Ia juga memberikan rasa tenang ketika bayi mendapat rangsangan yang berlebihan dari luar.

#2 Waktu sesuai untuk memakai bedung ini ialah ketika baru lahir, pulang ke rumah dari hospital, ketika malam yang dingin, sesudah mandi pagi, ketika berada di dalam bilik berpendingin hawa dan semasa membawa bayi mendapatkan suntikan imunisasi.

#3 Bedung sangat membantu bagi mencegah bayi menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan, .

#4 Boleh membantu bayi yang kerap terkejut yang sering terjadi secara refleks terutama pada bulan pertama setelah kelahiran dapat dielakkan apabila bayi dibedung.

#5 Mama dan papa dicadangkan supaya tidak membedung bayi setelah dia berumur tiga atau empat bulan ke atas. Ini kerana dia sudah mula belajar meneroka sekelilingnya dan bermain dengan jari dan objek di sekitarnya.

Amalan Membedung Bayi Memang Elok, Tapi Mama Papa Elakkan Kesilapan Dalam 5 Keadaan Ini!

5 KEADAAN BAYI TIDAK PERLU DIBEDUNG

Terdapat beberapa sebab bedung tidak sesuai kepada bayi anda. Mama papa perlu peka dan elakkan membedung dalam keadaan ini.

1.Cuaca atau musim panas.

2.Ketika tengah hari.

3.Bayi mempunyai ruam merah atau gatal-gatal pada badan bayi terutamanya di leher dan tengkuk.

4.Bayi menangis akibat tidak selesa.

5.Bayi demam. Jangan sesekali membedung kerana ia boleh memerangkap haba dan seterusnya menyebabkan suhu badan bayi meningkat.

Amalan Membedung Bayi Memang Elok, Tapi Mama Papa Elakkan Kesilapan Dalam 5 Keadaan Ini!

MANFAAT MEMBEDUNG BAYI

Amalan membedung memberikan banyak kebaikan kepada si manja dan ibu. Antaranya ialah;

  • Kajian mendapati bedung dapat meredakan gejala kolik pada bayi.
  • Penelitian di Jerman menunjukkan bahawa membedung bayi secara betul dapat membuatkan bayi tidur lebih lena.
  • Bedung membantu bayi tidur secara terlentang dan mengelakkannya berada dalam posisi meniarap.
  • Membedung dengan cara yang betul akan membantu mengawal suhu tubuh bayi iaitu  memberikan kehangatan pada tubuhnya.
  • Membantu anda menenangkan bayi baru lahir yang meragam kerana belum biasa dengan bunyiyang tidak pernah didengarnya.
  • Mengelakkan bayi daripada menggapaikan tangannya ke atas akibat terkejut.
  • Membantu proses pelekapan semasa menyusu susu ibu. Ini kerana ibu lebih mudah dan selesa apabila pergerakan bayi terhad akibat dibedung.
  • Mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut ketika tidur kerana terkejut dan tersentak.Amalan Membedung Bayi Memang Elok, Tapi Mama Papa Elakkan Kesilapan Dalam 5 Keadaan Ini!

Anda boleh membaca artikel ini dan boleh dapatkan panduan membedung bayi menerusi video yang dipaparkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI