Tak akan pernah miskin jika kita bersedekah dan membantu orang lain. Itulah hakikatnya. Semakin kita banyakkan sedekah, semakin luas rezeki kita nanti.
Jadi jangan lokek untuk memberi pada orang yang terdekat dengan kita. Perkongsian Dr Abdul Rahman Fauzi ini benar, dahulukanlah anak isteri serta ibubapa dan selebihnya sedekahkanlah pada yang memerlukan. Pasti Allah beri kita rezeki berganda.
Sudah menjadi rutin, apabila dah tutup akaun bulanan, saya akan pergi bank in duit kutipan dan buat pengasingan siap-siap.
1)Bonus untuk staf 2)Duit untuk ibu bapa 3)Duit untuk adik beradik 4)Duit untuk isteri 5)Bayaran hutang pinjaman 6)Baki akaun syarikat
Dah selesai semuanya, itulah gaji saya. Setiap kali nak bank in duit, mesti akan ada not duit yang tidak berjaya dimasukkan.
Biasanya baki tersebut akan terus disedekahkan kepada peminta sedekah atau penjaja di hadapan pintu bank.
Tak kira jumlah sedikit atau banyak. Letak duit dan ambil sedikit barang jualan mereka. Kerana saya yakin Allah dah tentukan itu adalah sebahagian rezeki mereka.
Ads
Bukan senang nak yakin dengan ‘power of sadaqah’ ni. Biasanya orang berniaga sendiri pasti ada pengalaman masing-masing.
Nak rezeki luas, rajin-rajinlah bersedekah. Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak Allah akan bagi.
Pernah ada orang bagi tips. Kalau nak bersedekah dalam tabung derma, ambillah not duit yang paling besar dalam beg duit masa tu. Kalau RM10, sedekah RM10. Kalau RM50, sedekah RM50. Kalau RM100, sedekah RM100.
Ads
Ambil duit, tutup mata ikhlaskan hati, letak je. Lupakan. Nescaya akan rasa tenang dan lega.
Orang yang pendapatan mereka puluhan ribu, mungkin sedekah mereka beribu-ribu. Orang yang yang pendapatan mereka ratusan juta, mungkin sedekah mereka puluhan ribu.
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Bersedekahlah, nescaya kamu akan kaya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Abdul Rahman Fauzi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi lumrah, kebanyakan ibu suka mengabadikan foto-foto anak dalam galeri kamera. Macam-macam pose anak yang ada. Tengah ketawa, menangis, tidur dan macam-macam lagi angle yang diambil. Sesetengah ibu suka berkongsi foto anak di media sosial ada juga yang sebaliknya. Lebih selesa disimpan untuk kenangan.
Sama juga seperti Tasha Manshahar, suka ambil gambar anaknya. Dalam posting terbaharunya di laman Instagram, Tasha berkongsi sebuah foto dengan kapsyen menarik.
Semenjak ada anak ni, socmed mmg tak sempat nak update sangat. Satu, sebab tengah dalam fasa adaptasi dengan rutin baru. Kedua, takde gambar yang sesuai sebab gallery phone penuh dengan gambar anak je. Nak ootd, alahai masa tu la tengah angkat anak, tiba-tiba anak muak susu la, tiba-tiba stokin anak tertanggal la, tiba-tiba ehh tudung sengetla, tiba rasa buruk la, banyak betul tiba-tibanya. Jadi buat masa ni keutamaan utk snap gambar sendiri dah jauh ke belakang gambar pemandangan pun takde sebab bagi mommy takde pemandangan yang lebih indah daripada Muammar Rafiqi. Nanti Muammar dah pandai baca caption ni, kalau Muammar geli, awas ya!
_
Banyak benda nak share, personal experience jadi ibu baru ni, expectation vs reality, tapi gambar takdeeeee. Takkan asyik upload gambar anak je kan. Orang lain pun ada anak. (Laaaaaaaaaa bitter sendiri )
_
Salam Jumaat from the 6kg @muammarrafiqi
_
Disclaimer : berat bukan ukuran tahap kesihatan anak. Tak semestinya tembam tu sihat, kurus tu sakit. Ramai je baby yg nampak kecik, tapi berat badan dia sebenarnya normal mengikut umur dia dan dia healthy. Ada juga yg debot masa baby je. As dia membesar dia makin kurus. It could also be vice versa. Macam-macam keadaan ada. Yang paling penting adalah anak kita membesar sihat, selamat dan gembira. Itu je. Betul tak?
Pa&Ma setuju sangat dengan kenyataan Tasha ni. Kesihatan anak bukan dilihat pada fizikalnya. Tak kisahlah kurus sikit atau tembam, yang penting bila buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor, mereka sihat.
Ikan yang disimpan terlalu lama dalam peti ais sememangnya sudah tidak sedap di makan. Namun cara yang dikongsikan oleh Normah Bahari dan dikongsikan semula oleh Fidz ini memang tahan lama.
Paling penting cara ini juga buat ikan sentiasa segar, sama macam baru dibeli di kedai. Macam mana caranya? Jom ikuti perkongsiannya. Memang terbaik. Nampak pun segar.
Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia bukan sahaja stok tersusun rapi, malah tahan lebih lama dalam simpanan. Salah cara simpanan, ikan yang dibeli jadi tak sedap, ayam tak manis dan sayur rosak begitu sahaja.
Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak.
Tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut , kemudian frozenkan.
Bila nak masak, keluarkan dan biarkan ia cair.
Kalau nak masak pagi, keluar dari malam dan bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. Insyallah ikan kita tetap segar macam baru beli.
Nak dapatkan kelengkapan sekolah anak, jom ke Hari-Hari.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ramai ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin kerjakan solat. Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
Doa anak taat perintah Allah Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini; Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69. “Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. Atau Al-Hasyar ayat 22-24.
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.