Saya sedang hamil enam bulan. Ada yang menyarankan saya beberapa petua untuk elakkan jaundis pada bayi baru lahir. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut tentang prolong jaundice dan amalan yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengelakkan masalah ini terjadi kepada bayinya yang bakal lahir nanti?
Menurut Dr Roliza Ibrahim, Doktor Pakar Kanak-kanak, Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
Baca:Tiba Di Sekatan Jalan Raya, Bayi Nak Keluar. Suami Jadi Bidan Sambut Ana
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembanganya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6P, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI