Soal zuriat semuanya rahsia Allah dan ramai pasangan yang berkahwin akan mengimpikan anak dalam rumah tangga. Namun, rezeki setiap orang tak sama.
Bagaimanapun jika Allah masih belum menjawab doa, teruskan berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk anda serta pasangan.
Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, jangan cepat putus asa. Tak bermakna anda gagal cuma bezanya lambat atau cepat sahaja.
Menurut Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ada dua cara suami isteri boleh cuba untuk mendapatkan zuriat. Cara ini kena diamalkan bersama dengan niat bersungguh-sungguh.
Percaya pada Allah dan pastinya ada sinar yang akan memberi kegembiraan di penghujungnya.
Ads
Ikhtiar Hamil Cara Pertama Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Ads
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Ads
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya,
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah. Moga bermafaat pada anda semua.
Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.
Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.
Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.
1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.
Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik.
Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.
Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.
Kredit : Hajar Syazwan
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Rumah bersih, tersusun kemas buatkan hati pun rasa tenang. Namun ada yang memberi alasan jika ada anak kecil ni, nak mengemas rumah pun tak sempat kerana anak asyik buat sepah je.
Tapi jika anda seorang yang tak boleh tengok rumah bersepah, nak tak nak rumah mesti ada akan tetap kemas juga kan. Bagaimana nak mengemas tu terpulang. Ada yang selesa kemas hari-hari, ada juga yang suka buat dua hari dalam seminggu dan bagi ibu bekerjaya ada yang akan betul-betul pulun kemas waktu hujung minggu.
Ada juga sesetengah orang, mereka akan terus kemas sebelum nak tidur dan siap-siap bersihkan dapur dan pinggan mangkuk dalam sinki.
Namun bagi anda yang masih lagi tercari-cari alternatif untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, ini tip dari Salini Md-Jam
5 CARA MUDAH UNTUK RUMAH BERSIH & KEMAS
Susah betul nak jaga rumah bagi kemas & bersih terutama bila ada anak2 kecil kat rumah.. Pulak tu..bila kita ni sibuk bekerja.
Mami ni jenis suka berletiaq kalau rumah tak bersih & kemas. Anak2 sampai dah faham perangai mami..
KEMAS KATIL
– kemas katil & bilik tidur sebaik saja bangun tidur.
– celik mata saja HARUS lipat selimut. Selimut benda yg paling penting utk katil kelihatan kemas.
– bilik tidur sebenarnya adalah tempat pertama utk menentukan sikap kita. JIKA BILIK TIDUR BERSIH & KEMAS..INI MELAMBANGKAN SIKAP KITA…SAMA ADA KITA INI ADALAH SEORANG YG RAJIN ATAU PEMALAS!
SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
– jgn biar baju kotor bertimbun.
– jgn biar baju yg sudah dibasuh & kering menimbun dlm bakul. Tetapkan masa utk lipat baju.
JANGAN BIAR SINGKI PENUH
– haa…..yg ni mami paling pantang!
– basuh pinggan setiap kali selepas makan.
– singki yg penuh & kotoq akan buat dapuq tak bersih.
PASTIKAN KAUNTER DAPUR SELALU BERSIH
– cuci dapur selepas masak.
– cuci &susun pinggan mangkuk di tempatnya.
– simpan baki lauk pauk dgn kemas.
– buang sampah setiap kali bakul sampah penuh. JANGAN BIAR SAMPAI BUSUK & BERULAT!!
KEMAS RUANG TAMU SELALU
– ruang tamu tempat santai di rumah. HARUS sentiasa bersih & kemas.
TIPS EKSTRA….
– sambil mandi…basuh la bilik air & mangkuk tandas.
– mop lantai paling kurang sekali seminggu.
JOM SAMA-SAMA AMALKAN.
Sibuk bukan bermakna kita blh abaikan kebersihan rumahtangga.
Buat rumah sentiasa bersih & tenang. BARU LA SUAMI & ANAK2 MELEKAT JA KAT RUMAH! Betul tak??
Mendidik anak solat sememangnya memerlukan kesabaran, namun trik dan pendekatan yang digunakan ibu ini sememangnya berbeza. Bukan ketika usia anak lima tahun tetapi sejak usia anaknya berusia dua tahun lagi, anak-anak sudah didedahkan akan kepentingan untuk menunaikan tanggunggjawab sebagai umat Islam.
Pendekatan paksa namun dengan cara cukup berbeza. Ini yang dikongsikan oleh Pn Nora Karim. Semoga trik dan tip yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.
Alisya menyarung stoking berwarna pink ke kaki kanannya. Air mata masih menitis, bersama wuduknya. Sedu sedan, masih berbaki. Dalam marah dan rajuk, dia akur dipaksa solat zuhur.
Paksa? Ya, saya paksa dia untuk solat. Walaupun ketika itu usianya baru lima tahun. Belum baligh. Belum wajib solat.
Saya ingat lagi, bagaimana dia menangis sehingga merah matanya, kerana saya menyuruhnya solat di surau ketika kami berada di pusat membeli belah.
Ketika itu saya tidak boleh solat. Tetapi saya memimpin tangannya ke surau dan menyuruhnya solat.
“Mama?” soalnya kepada saya.
“Mama cuti hari ni. Alisya solat. Mama tunggu dekat sini,” jawab saya. Dia tak puas hati dan mula menangis.
Puas dipujuk, namun dia terus menangis. Akhirnya saya meletakkan sejumlah wang di tapak tangan kanannya dan dia boleh beli apa saja dengan wang yang saya berikan itu. Jumlahnya tak banyak cuma RM10.
“Allahuakbar,” bahunya tergerak-gerak menahan esak. Solat dengan sisa-sisa air mata.
“Assalamualaikum warahmatullah… assalamualaikum warahmatullah…,” sambil memalingkan kepalanya ke kanan dan kiri.
Alhamdulillah. Cukup empat rakaat!
“Boleh kita singgah Daiso? Alisya nak tengok barang dekat sana,” pintanya sambil membuka stoking pinknya dan menggenggam erat duit RM10, ‘upah solat tadi’.
“Ok, boleh. Jom!” Saya memimpin tangannya keluar dari surau.
“Ini… bukan upah solat tau. Tapi ini, Allah bagi rezeki untuk Alisya. Allah bagi Alisya, tapi melalui Mama,” sambung saya lagi, sambil menunjukkan duit RM10 yang digenggam erat ditangan kanannya.
“Mama bangga sebab Alisya solat zuhur. Allah mesti sayang Alisya. Good job Alisya,” puji saya sambil berHi-5 dengannya.
Dia memandang saya dengan senyuman. Tiada lagi air mata. Hanya wajah ceria. Mungkin dikepalanya dah terfikir apa yang hendak dibeli nanti.
Itu kisah enam tahun lalu, sekarang tiada lagi drama air mata bila disuruh solat. Kadang-kadang bila saya terleka, dialah yang akan tanya, sama ada saya dah solat atau belum. Kalau saya tertidur pun, dia akan kejutkan dan tanya sama ada saya dah solat atau belum.
Upah solat? Tak, sekali tu je saya bagi dia RM10. Tapi jika dengan ‘upah’ tu anak-anak nak solat, maka raikanlah. Biasanya anak-anak yang bawah 12 tahun, mereka suka buat sesuatu untuk dapatkan ganjaran atau upah. Jadi tak salah pun kita nak beri ganjaran, tapi dalam masa yang sama, beritahu mereka, solat bukan untuk duit atau mainan. Nanti lama-lama mereka faham.
Tip & trik didik anak solat
Apa yang saya buat sejak Faris dan Alisya kecil, adalah seperti berikut:
1. Setiap kali nak solat, letak anak di sebelah sejadah. Buat sejak anak bayi lagi. Saya perasan Faris dan Alisya, mereka boleh duduk diam jika kami singgah solat di surau atau masjid.
2. Fasa paling awal adalah mengajar anak-anak untuk meniru pergerakan solat kita. Tentang bacaan, boleh dikuatkan sedikit supaya anak-anak tahu pada setiap pergerakan tersebut, adanya bacaan-bacaan tertentu.
3. Belikan buku panduan solat untuk anak-anak. Saya beli buku solat Upin Ipin ni, sebab masa kecil mereka suka sangat dengan Upin Ipin. Eh, sampai sekarang pun mereka masih suka Upin Ipin. 😅 Buku solat ni masih digunakan sehingga kini sebagai rujukan dalam memperbetulkan bacaan.
4. Beri ‘kuasa’ kepada anak-anak untuk memilih telekung, kain pelekat dan sejadah kegemaran mereka sendiri. Biasanya bila dipilih sendiri, mereka akan rasa teruja untuk memakainya. Kadang-kadang Alisya suka pakai telekung warna sedondon dengan saya.
5. Setiap kali kita nak solat, ajak anak-anak sekali, kalau mereka tak nak solat pun, pujuk mereka untuk duduk sebelah kita. Lama kelamaan, daripada duduk saja, mereka akan mula perhati dan kemudiannya akan ikut.
6. Sekali sekala bila anak-anak tengah main tu, buat game. Contoh, “siapa tahu, rukuk tu apa?” (galakkan mereka untuk tunjukkan cara rukuk. Masa ni tugas kita adalah membetulkan cara rukuk dan semak bacaan ketika rukuk.) Anak-anak ni sebenarnya lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu yang kita ajar tu ketika mereka sedang bermain. Buat santai-santai je. Tak perlu lama.
7. Kaedah ‘pohon solat’ pun sebenarnya banyak membantu saya dan Alisya untuk jadualkan waktu solat. Selain tentang rutin solat itu sendiri, ada banyak cerita dari sebatang pokok tu untuk kita ambil ibrah, boleh cerita pada anak-anak.
Inilah tujuh tips yang saya lakukan ketika perkenalkan tentang rutin solat pada Faris dan Alisya, seawal mereka berusia dua tahun.
Nora Karim Benarlah anak-anak mudah dilentur, ketika usianya masih kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!