Soal zuriat semuanya rahsia Allah dan ramai pasangan yang berkahwin akan mengimpikan anak dalam rumah tangga. Namun, rezeki setiap orang tak sama.

Bagaimanapun jika Allah masih belum menjawab doa, teruskan berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk anda serta pasangan.

Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, jangan cepat putus asa. Tak bermakna anda gagal cuma bezanya lambat atau cepat sahaja.

Menurut Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ada dua cara suami isteri boleh cuba untuk mendapatkan zuriat. Cara ini kena diamalkan bersama dengan niat bersungguh-sungguh.

Amalkan Cara Ini Dan Doa Nabi Zakaria Untuk Hamil. Dengan Izin Ada Rezekinya!Percaya pada Allah dan pastinya ada sinar yang akan memberi kegembiraan di penghujungnya.

IKLAN

Ikhtiar Hamil Cara Pertama
Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.

Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.

IKLAN

Amalkan Cara Ini Dan Doa Nabi Zakaria Untuk Hamil. Dengan Izin Ada Rezekinya!

Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.

IKLAN

Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x

Amalkan Cara Ini Dan Doa Nabi Zakaria Untuk Hamil. Dengan Izin Ada Rezekinya!√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya,
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.

InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah. Moga bermafaat pada anda semua.

Sumber: Pusat Perubatan Al-Mujahidin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI