Mempersiapkan diri untuk menyambut kelahiran anak pertama sememangnya mendebarkan. Semua persiapan sebolehnya mahu dilengkapkan demi menanti si comel tersayang. Rasa teruja setiap hari namun berdebar dalam menanti si comel.

Tidak terlepas daripada keterujaan ini pastinya buah hati kesayangan Haris Elias, Shila Amzah yang bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi.

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Shila yang namanya cukup popular di China membuat keputusan untuk berehat sepenuhnya di tanah air demi memberikan perhatian pada kelahiran sulung ini. Menariknya, Shila sentiasa berkongsi apa aktiviti dan perkembangan yang dilakukannya setiap hari.

Terbaru menerusi posting di instagram, Shila berkongsi menjaga pemakanan yang tepat malah berusaha untuk makan kurma pada kuantiti yang banyak bagi menambahkan tenaganya ketika proses bersalin kelak.

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Ads

Bila dah dekat ni Sha banyak makan kurma,
Sha ambil supplements like evening primrose oil..
Pastu esok Sha nak try raspberry leaf tea..
Ada orang suggest buat perineal massage, so gonna try that too.
Apa lagi yang korang buat bila dah dekat-dekat ni? Share la tips haha.

Bukan hanya amalkan makan kurma, suplimen dan raspberry leaf tea, bahkan Shila juga sentiasa rajinkan diri untuk melakukan pelbagai senaman di akhir kehamilannya supaya memudahkan proses bersalin.

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Ads

Antara yang diamalkan Shila adalah bersenam menggunakan gym ball di rumahnya. Aktiviti harian yang sudah dianggap seperti BFFnya.

Bukan itu sahaja, malah Shila juga berenang dan workout sekali sekala. Malah Shila juga sentiasa memperbanyakkan berjalan seperti yang dikongsikan oleh para peminatnya di instagram.

Rata-rata peminat mendoakan semoga kelahiran Shila Amzah junior dipermudahkan. Malah pengikut di instagram juga turut sama berkongsi pemakanan mereka sepanjang kehamilan sambil memberi panduan buat Shila.

Ads

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Amalkan Kurma Dan Minum Teh Daun Raspberry Di Hujung Kehamilan, Cara Shila Amzah Lancarkan Proses Bersalin!

Kredit foto: @shahilamzah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI