Amalkan Makan Bayam & Buah Oren Dalam Pantang, Antara Tip Kempiskan Perut Lepas Bersalin Mama Boleh Cuba

Share

Selepas bersalin, pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing, kan? Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba? Baca artikel ini.

 

Badan langsing idaman setiap wanita

Perubahan hormon selepas bersalin yang dialami wanita akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk badan sebelum mengandung.

Namun, ia memerlukan masa untuk menghilangkan kulit kendur yang ada pada bahagian perut.

Walau bagaimanapun, dengan usaha dan ketekunan, mendapatkan kembali bentuk badan langsing bukanlah sesuatu yang mustahil, wahai ibu sekalian.

Tip kembalikan badan langsing selepas bersalin

Umumnya, kaedah yang disenaraikan di bawah boleh membantu untuk memulihkan dan menegangkan kulit perut yang mengeleber dan longgar selepas bersalin.

Tetapi seperkara perlu anda ketahui, ia mungkin tidak memberikan impak yang sama pada setiap individu.

1. Pemakanan seimbang

Kulit memerlukan nutrien untuk mengekalkan keanjalannya. Oleh itu, anda perlu mengambil nutrien yang mencukupi agar kulit kekal berdaya tahan dan lembut.

Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak seimbang untuk meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit yang longgar.

Mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berikut juga dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit selepas bersalin, seperti:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, dan strawberi, mengandungi vitamin A dan C. Vitamin A dapat membantu mencegah pengeringan kulit sementara vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang memberikan ketegangan pada kulit
  • Badam, biji bunga matahari, dan kacang hazel mengandungi lemak yang sihat. Ia juga mempunyai vitamin E dan antioksidan yang membantu menjaga kesihatan kulit
  • Oren, beri hitam, strawberi, dan raspberry mengalakkan pengeluaran kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. Sayuran seperti daun salad, bayam, tomato, brokoli, lobak, ubi bit, dan lada benggala juga merupakan sumber kolagen yang baik
  • Makanan tinggi kandungan zink, termasuk biji labu, kacang buncis, kacang gajus, dan cendawan, juga dapat membantu menegangkan kulit
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kekacang, susu soya, taugeh, dan quinoa juga boleh membantu menegangkan otot

2. Aktiviti fizikal

Bersenam dapat menegangkan kulit yang kendur dengan menguatkan otot perut.

Aktiviti ini juga membantu menurunkan berat badan berlebihan, mengencangkan otot perut, membentuk semula tubuh dan mengembalikan badan langsing anda.

Bersenam juga melancarkan peredaran darah, yang meningkatkan bekalan oksigen ke tisu dan membantu meningkatkan kolagen dan elastin – protein matriks ekstraselular yang memberikan keanjalan serta ketahanan terhadap tisu.

Rutin senaman boleh merangkumi:

  • Senaman kardio yang membantu menguatkan otot perut dengan membakar lemak berlebihan
  • Senaman kekuatan untuk  menguatkan dan menegangkan otot, yang membantu meningkatkan keanjalan kulit

Tambahkan variasi dalam senaman anda dengan memulakan latihan kardio atau kekuatan. Jangan lupa untuk melakukan aktiviti pemanasan badan dan regangan sebelum memulakan senaman.

3. Teknik pernafasan

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan biarkan udara memenuhi paru-paru. Hembuskan perlahan-lahan melalui mulut untuk mengosongkan paru-paru.

Latihan pembesaran dan pengecutan perut melalui pernafasan juga boleh berfungsi untuk menegangkan kulit yang longgar. Ia akan membantu mencapai badan langsing idaman anda.

4. Penjagaan minda

Jangan berputus asa sekiranya anda tidak dapat kembali kurus selepas bersalin.

Ia memerlukan masa dan anda perlu memastikan minda berada dalam keadaan sihat dan fokus.

  • Amalkan teknik pernafasan mendalam dan meditasi
  • Dengarkan muzik kegemaran anda
  • Bermain dengan si manja
  • Lakukan aktiviti luar seperti berkebun
  • Manfaatkan waktu tidur bayi untuk mendapatkan tidur siang. Kajian menyatakan ibu baharu yang tidur malam kurang daripada 5 jam akan mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Bahkan, mereka cenderung berdepan kenaikan berat badan

Menumpukan kepada kesihatan emosi dan mental akan menyumbang kepada kesejahteraan fizikal yang penting untuk mendapatkan badan langsing.

5. Minum air

Kekal hidrat memberi kesan dan mengekalkan keanjalan kulit. Pastikan anda minum air dengan kerap sepanjang hari.

Tabiat anda itu akan membantu mengurangkan pengekalan air dan membakar kalori, yang menjadikan kulit longgar kurang kelihatan.

Menggunakan pelembap juga menyumbang kepada proses keanjalan kulit.

6. Penyusuan eksklusif si manja

Penyusuan susu ibu sangat bermanfaat sama ada kepada ibu mahupun bayi.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu dapat membantu ibu baru kehilangan beberapa kalori tambahan sehari.

Ini sudah pasti dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan.

7. Proses pengelupasan kulit

Pengelupasan akan mendorong pertumbuhan kulit baharu yang lebih sihat dan anjal.

Ia juga meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk penghasilkan kulit baharu serta meningkatkan keanjalan.

Anda boleh gunakan loofah atau span mandian untuk menggosok bahagian perut semasa mandi.

8. Balutan badan di spa

Untuk mendapatkan badan langsing dan mengembalikan keanjalan kulit, anda juga boleh melakukan balutan badan di spa. Namun, hasil yang diperolehi lebih bersifat sementara.

Balutan yang dilakukan di spa mengandungi garam laut, tanah liat, atau minyak berkhasiat. Kesemua bahan-bahan tersebut dapat menyahtoksin kulit dan membantu menegangkannya.

9. Mengurut badan

Mendapatkan urutan perut dapat melancarkan peredaran darah.

Walau bagaimanapun, periksa dengan doktor sebelum memasukkannya ke dalam rutin harian anda selepas bersalin.

Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk menggosok perut kerana minyak tersebut mengandungi fungsi antioksidan.

Teruskan mencuba

Usah berasa bimbang jika anda tidak dapat menyingkirkan kulit kendur walaupun selepas aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Teruskan usaha untuk mendapatkan badan langsing dan jangan berputus asa. Anda pasti dapat mencapainya!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Published by
NuFa